Sabtu, 23 Februari 2008

MINDA NURZAMAN

Demam Pilihanraya
Sejak 13 Februari yang lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen maka kini seluruh negara di landa demamnya. Bila kita buka televisyen membicarakan soal pilihanraya, buka radio juga memperkatakan mengenai pilihanraya, baca akhbar juga menceritakan soal pilihanraya, di tempat kerja juga memperkatakan mengenai pilihanraya dan sudah tentu di kedai-kedai kopi tidak akan terlepas membicarakan mengenai pilihanraya. Memang kedai kopi adalah parlimen tidak rasmi orang-orang kebanyakkan.

Kita katakan demam pilihanraya kerana semua orang membicarakannya. Malah termasuk mereka yang sudah boleh mengundi tapi belum mendaftar sebagai pemilih turut membicarakannya. Bagi aktivis politik peringkat tinggi mereka membicarakan siapa yang bakal bertanding dan siapa pula yang hendak mengundurkan diri dan siapa yang akan disingkir. Setengah-setengah orang pula sibuk membicarakan parti mana yang bakal dipilih nanti untuk menerajui kepimpinan negeri dan negara.

Bagi aktivis politik peringkat rendah mereka tidak begitu kisah siapa yang bakal bertanding tetapi mereka sibuk membuat kerja-kerja parti seperti meletak poster, merayu undi mengatur ceramah dan sebagainya. Bagi setengah-setengah orang pilihanraya dapat menambah wang saku dengan melakukan pelbagai kerja terutama bekerja dengan parti pemerintah. Dan sebahagian yang lain suka menjadi pemerhati.

Kerja-kerja kempen, merayu undi dan melekat poster akan bertambah giat selepas hari penamaan calon iaitu pada 24 Februari ini sehinggalah tengahmalam 7 Mac sebelum seluruh rakyat yang berdaftar dengan Suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan keluar mengundi. Keputusannya akan diketahui pada malam tersebut di mana televisyen akan mengadakan rancangan khas untuk mengumumkan keputusannya.

Berdasarkan kajian rambang yang dijalankan mendapati bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) akan menghadapi saingan yang cukup getir kali ini. Sehabis baik parti pemerintah akan memang sepertimana pilihanraya pada tahun 1999 dan paling teruk bermungkinan macam pilihanraya 1969. Namun segala keputusan bergantung kepada strateji kempen parti-parti yang menyertai pilihanraya mempengarhui pengundi.

Perkembangan semasa dirasakan majoriti masyarakat India akan mengalihkan sokongan daripada BN kepada pembangkang. Majoriti masyarakat India dilihat begitu marahkan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan Kerajaan BN. Sebelum ini kita begitu sukar untuk berjumpa orang India yang mengutuk Datuk Seri Samy Vello dan MIC. Tapi hari ini kalau sepuluh orang yang kita jumpa lebih separuh yang tidak akan menyokong MIC dan BN. Datuk Seri Samy Vellu memang sudah merasakan kemarahan masyarakat India kepada beliau sehingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa inilah penggal terakhir untuk beliau.

Manakala majoriti masyarakat China pula merasa begitu tertekan dengan kelembabpan ekonomi sejak dunia dan negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sejak tahun itu hingga hari ini kedudukan ekonomi yang mampu bertahan. Sampai bila keadaan ini mampu bertahan kerana mereka yakin selepas pilihanraya harga minyak akan naik dan kenaikan harga minyak akan disusuli oleh pelbagai kenaikan barang-barang lain. Jika ini berlaku maka rakyat tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja. Jika ini terjadi maka banyak perniagaan yang akan gulung tikar. Keadaan ini boleh mengalihkan sokongan masyarakat China daripada menyokong kerajaan pemerintah.

Manakala orang melayu yang rata-ratanya hidup sekadar cukup makan dan pakai juga memikirkan kenaikan harga minyak selepas pilihanraya ini. Kenaikan harga minyak akan diikuti kenaikan pelbagai barang lain. Jika ini berlaku kehidupan akan menjadi bertambah sempit. Dalam pada itu mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memberi janji harga minyak tidak akan di naikkan malah akan diturunkan jika barisan pembangkang memang. Tawaran Datuk Seri Anwar pasti akan menarik lebih ramai masyarakat melayu akan menyokong pembangkang.

Walaupun isu yang diketengahkan ditempelak oleh Kepimpinan tertinggi kerajaan BN yang mengatakan kerajaan akan bengkrap dan sebagainya. Kebanyakan orang melayu tidak pedulikan itu yang penting mereka dapat hidup selesa tanpa menghadapi banyak tekanan ekonomi. Malah penjelasan Datuk Seri Anwar mengenai bagaimana perlaksanaannya menyakinkan masyarakat melayu diperingkat bawah. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan bertindak mengurangkan keuntungan petronas yang berjumlah RM80 billion setahun kepada hanya RM40 billion.

Terdapat juga suara-suara yang mengatakan bahawa rakyat tidak boleh memberikan kemenangan selesa kepada BN khususnya UMNO kerana kemenangan selesa itu akan membuatkan mereka lupa akan nasib dan masa depan orang melayu kebanyakan. Kata mereka banyak kepentingan melayu telah ditolak tepi. Siapa yang mengantikan biasiswa kepada pelajar melayu ke universiti dengan pinjaman? Siapa yang menukar bahasa pengantar bahasa melayu untuk mata pelajaran sains dan methamatik kepada bahasa Inggeris?

Malah yang paling menyedihkan kata mereka apabila BN cuba membodohkan rakyat apabila mengatakan akan memberi pendidikan percuma di mana yuaran sekolah dimansuhkan. Tapi realitinya untuk sekolah ketogori C Yuran persekolahan bernilai lebih kurang RM13.00 telah dimansuhkan tetapi dimasukan Bayararan tambahan bernilai lebih kurang RM30.00. Setelah masyarakat bising Menteri Pendidikan mengeluarkan kenyataan kalau ibu-bapa tak mahu bayar tak mengapa. Dalam waktu yang sama cikgu di sekolah telah mendesak anak-anak untuk menjelaskannya.

Analisa rambang ini menyaksikan kekecewaan majoriti rakyat yang meliputi semua bangsa. Kalau semasa pilihanraya 1999 kita hanya dapati hanya majoriti orang melayu yang tidak menyokong BN. Pilihanraya 1990 kita lihat penolakkan masyakat china khususnya di Pulau Pinang terhadap BN. Dan kali ini ketiga-tiga kaum majiriti di negara ini dilihat akan mengalihkan sokongan kepada BN. Jadi sama-samalah kita lihat akan sepak terajang dan permainan politik diantara BN dan pembangkang dalam usaha menarik sokongan. Dan kita tunggu keputusannya pada malam 8 Mac 2008.

Selamat Mengundi.

Ahad, 3 Februari 2008

BAHASA DAN BUDAYA

SURAT TERBUKA UNTUK GAPENA

GAPENA GAGAL MEMERTABATKAN GOLONGAN PENULIS

ASSALAMUALAIKUM WMT. WBKT. Keseluruhan anggota jawatankuasa GAPENA khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein yang bertindak selaku Ketua Satu GAPENA. Apa khabar semua? Apa perancangan dan program GAPENA?

Nampaknya sejak kebelakangan ini GAPENA tidak menganjurkan apa-apa program, mungkin juga GAPENA khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein sudah ketandusan idea. Maklumlah sudah berada ditahta kekuasaan GAPENA selama 38 tahun. Jika sesaorang berada ditampuk kekuasaan terlalu lama buka saja akan ketandusan idea malah boleh menjadi diktaktor dan Ketua Satu GAPENA telah menuju ke arah, ini terbukti apabila beliau menghendak Rejab FI sebelum penulis ternama dari Perlis meletak juawatan dan kini terus menyepi.

Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein telah berjaya memecah rekod berada ditahta kekuasaan pertubuhan NGO di negara ini malah mungkin di seluruh dunia. Malah keupayaan Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein mengatasi keupayaan Tun Dr. Mahathir yang berada ditampuk kekuasaan negara selama 22 tahun.