Jumaat, 21 Mac 2008

CATITAN PILIAHN RAYA 2008

SUARA RAKYAT MENGAJAR BARISAN NASIONAL

APABILA Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008 dan sehari kemudian SPR bermesyuarat dan menetapkan 24 Februari 2008 sebagai hari penamaan calon dan pada 8 Mac 2008 lebih 10 juta rakyat malaysia membuang undi.

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi amat mengejutkan saya. Pada saya yang pernah terlibat secara aktif dalam politik dan terus mengikuti perkembangan politik merasakan Datuk Seri Abdullah pada waktu ini. Mengapa Datuk Seri Abdullah dilihat tergesa-gesa untuk mengadakan pilihanraya sedangkan mandatnya masih ada lebih kurang setahun lagi?

Pada waktu ini terlalu banyak isu yang masih belum diselesaikan misalnya isu pembicaraan Atantunya yang melibatkan penganalisa politik yang juga dikatakan sebagai ‘think tank’ politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang isu ini tidak ada kiatan politik secara langsung tetapi ia melibatkan orang kuat Timbalan Perdana Menteri.

Disamping isu pembunuhan gadis mangolia Razak Baginda dikiatkan menerima komisen pembelian kalam selam bernilai lebih RM500 juta. Rakyat hari ini semakin cerdik dan mempersoalkan kerajaan khususnya Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan mengapa melantik Razak Baginda sebagai agen atau perunding? Apa kelayakan Razak Baginda di bidang tersebut sehingga membolehkan beliau menyapu RM500 juta?

Begitu juga isu pembicaraan kes Vedio V.K.Lingam yang juga tidak selesai. Isu vedio tersebut mengugat kreadibiliti kerajaan dan boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara. Isu vedio ini juga berjaya membongkarkan bahawa pembicaraan kes Datuk Seri Anwar juga sudah diatur. Isu ini berjaya membukakan mata rakyat yang sebelum ini telah dibutakan dengan pelbagai cerita yang menarik.

Disamping itu terdapat terlalu banyak isu yang wajar diberi perhatian dan diselesaikan sebelum pembubaran parlimen dibuat. Misalnya rakyat rasa begitu tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan dan pelbagai lagi isu yang boleh memberikan kesan kepada parti pemerintah.

Walaupun ramai terlalu yakin yang Perdana Menteri akan mengadakan pilihanraya dalam waktu tersebut namun suasana memenag tidak menyembelahi BN. Kita hairan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi begitu tergesa-gesa hendak mengadakan pilihanraya? Adakah tindakan ini bagi mengelakkan Datuk Seri Anwar turut menyertai pilihanraya tersebut?

Kalau inilah tujuannya maka tindakan ini tidak wajar kerana Datuk Seri Anwar akan bebas bergerak berkempen ke seluruh negara tanpa perlu memikirkan keadaan kawasannya kerena beliau tidak bertanding. Datuk seri Anwar juga tidak tertekan dan dapat mengatur strateji dengan cukup baik untuk memenangi pilihanraya. Lihat empat negeri telah jatuh ke dalam gengamannya termasuk negeri kelantan yang gagal ditawan oleh BN. Negara ini juga nyaris-nyaris-nyaris jatuh dalam gengaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya 28 kerusi saya lagi BN akan menjadi pembangkang setelah 50 memerintah negara.

Usaha untuk menghalang Datuk Seri Anwar daripada bertanding dan memasuki parlimen juga dianggap sia-sia kerana kini beliau pasti akan bertanding dan memasuki parlimen. Besar kemungkinan Datin seri Wan Azizah pasti akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding.

Rata-rata pemerhati politik berpendapat bahawa tujuan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengadakan pilihanraya awal kerana takut Datuk Seri Anwar memasuki Dewan Rakyat. Ini kerana kita dapat melihat BN begitu bersungguh-sungguh mengempur parlimen permatang pauh yang ditandingi oleh isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah dan parlimen Lembah pantai yang ditandingi oleh anak sulungnya yang juga terkenal sebagai puteri reformasi Nurul Izah.

Nampaknya usaha ini sia-sia apabila Datin Seri Wan Azizah telah menang berlipat ganda daripada pilihanraya lepas. Datin Seri Dr. Wan Azizah berjaya memeangi dengan majoriti 13,388 undi. Puteri reformasi Nurul Izzah yang bertanding di lembah pantai juga mencapai kejayaan yang cemerlang kerana berjaya memangi kerusi tersebut daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan majoriti 2,895 undi. Walaupun majoriti ini kecil tetapi berbanding dengan kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 15,288 dalam pilihanraya lepas kejayaan Nurul Izah boleh dianggap cukup cemerlang.

Terdapat juga andaian lain mengatakan pilihanraya ini diadakan dalam waktu ini kerana kerajaan berhasrat untuk menaikan harga minyak kerana harga minyak di pasaran dunia telah mencecah RM100.00 setong. Kerajaan BN pasti tidak berani menaikan harga minyak sebelum pilihanraya kerana ini akan memberikan kesan yang besar. Jesteru itu pilihanraya perlu diadakan sebelum harga minyak dinaikan. Nampaknya usaha ini juga gagal kerana Datuk Seri Anwar telah memainkan isu akan menurunkan harga minyak jika pembangkang berkuasa dan dengan keputusan pilihanraya ini kita yakin kerajaan BN tidak akan menaikan harga minyak dalam waktu yang terdekat ini.

Barisan Nasional menerima kejutan yang amat memeranjatkan pendokong dan penyokong mereka kerana pilihanraya kali ini BN mendapat 50.28% berbanding pembangkang mendapat 49.71% daripada 8.1 juta undi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini. BN mendapat 140 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan dan buat pertama kalinya BN kehilangan penguasaan 2/3 kerusi Dewan Rakyat.

Malah yang lebih memeritkan BN apabila mereka memukul gendang dan mengatur langkah untuk menawan kembali Kelantan. Malah BN telah pun mencalonkan Datuk Dr. Awang Adik Husin untuk menjadi Menteri Besar jika usaha menwan Kelantan berjaya direalisasikan. Usaha BN ternyata sia-sia kerana hanya berjaya memenagi 6 kerusi daripada 45 kerusi DUN di negeri Cek Siti Wan Kembang itu. Manakala untuk kerusi parlimen pula BN hanya mampu menangi di dua kerusi daripada empat belas kerusi yang diperuntukan di kelantan.

BN merasakan begitu perit lagi apabila usaha menyerang dan merampas negeri Kelantan tetapi gagal malah beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor malah negeri Pulau Pinang negeri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi jatuh ke tangan pembangkang.

Apakah punca yang menyebabkan BN kalah dengan cukup teruk sekali? Punca utama kekalahan teruk BN kali ini kerana beberapa faktor antaranya berpunca daripada tindakan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini bergelar Tun) memecat Datuk Seri Anwar dengan pelbagai tuduhan yang gagal dibukti di mahkamah. Walaupun isu ini sudah 10 tahun berlalu namun pengedaran CD pengakuan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan Datuk Seri Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan banyak mempengaruhi pengundi.

Tun Dr. Mahathir juga telah menyerang kepimpinan Perdana Menteri yang beliau sendiri pilih juga meninggalkan kesan negatif rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Disamping itu gelombang kebangkitan rakyat telah digerakan oleh Datuk Seri Anwar dengan begitu baik. Kita dapat melihat gelombang itu setiap kali Datuk Seri Anwar muncul di pentas-pentas ceramah, ribuan orang akan membanjiri ceramahnya.

Datuk Seri Anwar juga amat bijak membaca mood dan keresahan rakyat. Kehidupan rakyat walaupun nampak senang tetapi kehidupan majoriti rakyat hidup begitu tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Lalu Datuk Seri Anwar memberikan jaminan jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan harga minyak akan diturunkan. Dan rakyat kebanyakan yakin jika harga minyak diturunkan maka harga barang-barang keperluan lain juga akan turun. Jesteru itu majoriti rakyat terus memberikan sokongan yang cukup kuat dan hanya memerlukan 28 kerusi parlimen lagi untuk berjaya membentuk kerajaan.

Disamping itu sikap dan budaya ego, angkuh dan sombong telah the memenuhi jiwa dan raga kepimpinan BN khususnya UMNO dipelbagai peringkat. Semua orang dapat melihat betapa angkuh dan sombongnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang telah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan yang dikatakan gagal menaunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Kita juga dapat melihat dengan biji mata kita sendiri YB-YB BN yang baru saja bergelar YB tetapi telah mampu membina rumah bagaikan mahligai.

Pemimpin-pemimpin BN juga sudah tidak mendengar suara hati rakyat di bawah. Mereka melakukan apa yang mereka rasa betul walaupun pada hakikatnya rakyat kebanyakan di akar umbi tidak menyenanginya. Mereka tidak peduli semua itu kerana mereka sering diberi kepercayaan setiap kali pilihanraya diadakan.

Begitu juga peranan media massa dan penganalisa politik yang sering muncul di kaca-kaca TV. Semuanya menyokong penuh apa saja yang dibuat oleh kerajaan walaupun di mata rakyat ianya tidak disenangi oleh majoriti rakyat. Pandangan-pandangan yang berlawanan dengan rancangan kerajaan langsung tidak mendapat tempat menyebabkan pemimpin tertinggi BN menjadi buta mata hati.

Inilah antara beberapa sebab mengapa kerajaan BN kecundang dalam pilihanraya kali ini. Sekiranya kepimpinan BN gagal memperbaiki kedaan dan cuba mencari salah orang dan kerajaan negeri yang dibentuk oleh pembangkang berjalan dengan baik dan memberikan faedah kepada rakyat jelata maka inilah alamat BN akan terkubur di hati sanubari rakyat.