Khamis, 19 Jun 2008

MINDA BLOG MASTER

PERUBAHAN ISI KANDUNGAN

ALHAMDULILLAH blog NURZAMAN ONLINE telah berada di alam maya hamper setahun. Walaupun pengunjong yang melawati blog ini masih amat kecil hanya 700 hit namun saya tetap berpuas hati. Ini kerana saya sedar blog ini masih mempunyai terlalu banyak kelemahan dan persembahannya masih kurang menarik. Insya Allah di masa-masa yang akan dating saya akan cuba memperbaiki persembahan untuk menarik lebih banyak pengungjung.
Pada awal pembinaan blog ini saya tidak merancang untuk membina blog lain dan blog ini akan dijadikan wadah untuk saya melahirkan apa saja pandangan. Namun akhirnya satu demi satu blog muncul di alam maya seperti MACHANG BUBOK, BICARA UMMAH, CITRA CINTA, FIKRAH MUSLIM, USAHAWAN ONLINE DAN BAZAR IKLANEKA. Dan yang terbaharu Blog HERBA Insya Allah selepas ini akan muncul satu atau dua lagi blog.
Memandangkan sudah terdapat blog-blog lain yang boleh saya berikan pandangan maka kini blog NURZAMAN ONLINE hanya akan berfungsi sebagai blog seni dan budaya dan blog peribadi saya yang akan merakam penglibatan saya dalam dunia penulisan. Saya amat berharap perubahan ini akan dapat diterima oleh para pengunjung blog ini.
Memang saya berhasrat untuk sering memaparkan bahan-bahan baru dalam setiap blog yang berada di alam maya akan tetapi masalah komitmen dengan perkara-perkara yang penting dalam usaha mencari rezeki telah menghalang hasrat ini. Saya berdoa dan berharap beberapa bulan akan datang saya akan dapat merealisasikan hasrat saya ini.
Sekian, terima kasih.

Isnin, 16 Jun 2008

Beginilah Nasib Penulis

Akhbar Mingguan Malaysia, Ahad, 15 Jun diruangan CUBIT MANJA bersama Siti Jarum ada memaparkan kisah seorang penulis skrip yang tersohor juga namanya.

Menurut Siti Jarum, baru-baru ini ketika sarapan disebuah gerai di Jalan Ipoh dekat Hospital Pusrawi beliau terserempak dengan seorang penulis skrip. Beliau lalu bertanya penulis tersebut apa yang penulis itu buat pagi-pagi lagi sudah ada di situ.

Penulis skrip itu memberitahu beliau menyewa dan bermalam di sebuah hotel dekat kawasan tersebut untuk menyiapkan skrip drama RTM. Untuk mendapatkan ketenagan beliau menyewa di hotel tersebut kerana beliau dapat menulis selama lebih 12 jam.

Siti Jarum terus mengajukan soalan kenapa lama tak Nampak namanya dalam drama swasta? Menurut penulis itu, semuanya kerana bayaran. Beliau berkata, bayaran skrip untuk drama swasta adalah rate 20 tahun lalu. Sebuah skrip telefilem tak lebih RM3,500.00. Kalau episode lagi kecil.

Pihak RTM membayar penulis skrip seminit RM60.00 dan untuk skrip telefilem penulis boleh dapat lebih RM5,000.00. Oleh kerana bayaran inilah beliau sanggup menyewa hotel untuk menghasilkan karya.

Beginilah nasib penulis yang tidak pernah diambil tahu oleh persatuan-persatuan penulis yang bercambah di Malaysia dan kebanyakannya berapa di bawah payung GAPENA. Para pemimpin persatuan penulis baik diperingkat daerah, negeri mahupun Negara seperti GAPENA hanya bijak bersimposium, bersiminar dan pelbagai program yang menghabiskan jutaan ringgit. Kesemua meraka lupa akan nasib dan masalah yang dihadapi oleh golongan penulis.

Mereka bangga memegang jawatan dan menonjolkan diri bila diadakan program. Cuba kita bayangkan ini nasib penulis skrip yang agak tersohor. Nasib malang juga dialami oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dan bagaimana pula nasib para penulis ikan bilis? Bagi saya kalau keseluruh pemimpin persatuan penulis termasuk GAPENA alpa menjaga kebajikan dan memberi pembela sewajarnya kepada golongan penulis maka selama itulah masyarakat tetap akan memandang rendah kepada golongan yang sewajarnya berada ditahap yang tinggi kerana tergolong dalam golongan pemikir.

Oleh sebab itu jugalah ramai penulis tidak lagi menyertai aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan penulis. Malah terdapat persatuan penulis peringkat negeri kehadiran dalam mesyuarat agung begitu kecil dan kalau pihak pendaftar hadir untuk mempastikan cukup korum berdasarkan perlembangaan persatuan maka banyak persatuan penulis yang akan tutup kedai.