Ahad, 20 Julai 2008

ISU PERSATUAN PENULIS




GOLONGAN PENULIS PERLU CARI ALTERNATIF GAPENA
NAMPAKNYA anggota kerabat GAPENA yang baru saja bermesyuarat masih lagi mengekalkan Ketua Satunya, Tan Sri Ismail Husien, walaupun Tan Sri Ismail Husien dicabar tetapi beliau masih berjaya mengekalkan jawatan yang disandang sekian lama.

Kemenangan Tan Sri Ismail ini bukan disebabkan kehebatannya tetapi disebabkan pemimpin-pemimpin kerabat gapena juga terdiri daripada orang yang telah lama bersongkongkol dengan beliau. Biarpun era kepimpinan Tan Sri Ismail Husien langsung tidak mempedulikan akan nasib Bahasa Melayu yang dibunuh oleh pemimpin melayu yang menerajui kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO namun dia tetap mendapat tempat dikalangan pemimpin-pemimpin kerabatnya.

Era kepimpinan Tan Sri Ismail Husien juga tidak pernah mempedulikan akan nasib dan masa depan penulis. Beliau langsung tidak mempedulikan apabila para penerbit mengkapur para penulis. Beliau langsung tidak pedulisan nasib malang yang terpaksa dilalui oleh golongan penulis. Kepimpinan GAPENA tidak seperti kepimpinan KARYAWAN yang begitu prihatin akan masalah yang dihadapi oleh golongan seniman.

Era kepimpinan Tan Sri Ismail Hashim penuh dengan seminar, simposium dan program mencari melayu yang mana kertas kerja yang telah dibentangkan bertimbun-timbun tetapi kertas kerja itu hanya tinggal kertas kerja. Tidak ada sebarang tindakan daripada kepimpinan GAPENA untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara sebagai bahasa rasmi negara. Tidak ada juga usaha untuk memertabatkan golongan penulis. Tidak ada juga usaha membaja dan menjaga tunas-tunas penulis yang baru tumbuh di serata ceruk tanahair.

Jesteru itu golongan penulis generasi baru perlu membentuk atau menwujudkan persatuan alternatif yang boleh mengambil alih peranan GAPENA yang telah lari jauh daripada sasaran penubuhannya. Para penulis harus berani bertindak kerana kita tidak boleh berjuang sendirian dan tidak ada sesiapa yang akan mendengar luahan hati kita secara bersendiri.

Biarkanlah Tan Sri Ismail Husien dan kerabat GAPENAnya terus bersiminar, bersimposium dan usaha mereka menjejaki melayu. Sedangkan Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembangaan negara yang telah dibunuh tidak mereka pedulikan. Dan biarkanlah beliau dengan dunianya bagaikan luncai terjun dengan labu-labunya.

Kita perlu membina satu persatuan baru yang boleh menjaga dan memperjuangkan nasib dan masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan yang boleh menjaga kepentingan dan kebajikan golongan penulis juga boleh mengcungkil dan menyuburkan bakat golongan pelapis yang bakal menyemarakan dunia penulisan.

Jika golongan penulis tidak bangkit melakukan sesuatu maka selama itu golongan penulis bagaikan peminta sedekah yang sering merayu dan meminta haknya kepada penerbit. Golongan penulis akan sentiasa menjadi mangsa penerbit yang hanya tahu memeraha pemikiran golongan penulis dan mengautkan segala keuntungan kedalam poketnya tanpa pedulikan golongan nasib penulis.

Jika kehidupan penulis yang digolongan sebagai golongan pemikir hidup merana dan sengsara maka siapa yang akan menghormati segala karya dan buah fikiran yang dihemburkan walaupun teramat baik.? Jadi golongan penulis hari ini perlu bangkit untuk memperjuangkan nasib dan masa depan serta hak golongan penulis itu sendiri, Dan mungkin PAKSI yang baru ditubuhkan boleh mengembeling tenaga untuk menwujudkan persatuan penulis baru di seluruh negara dan seterusnya menjadi payung kepada golongan penulis untuk bernaung.