Khamis, 6 November 2008

BLOGGER HADIR PERSIDANGAN UMNO

MUSIM ini adalah musim persidangan UMNO bahagian baik diperingkat Putri, Pemuda, Wanita mahupun Bahagian UMNO. Seingat aku sejak tahun 1999 selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar, aku sudah tidak menghadiri cuma hadir sebagai permerhati sebanyak dua kali. Tapi kali ini aku berhajat untuk pergi sebanyak mungkin persidangan UMNO untuk lihat perkembangan dan mencari bahan bagi menulis berita atau artikel politik khususnya untuk SIASAH.

Pada 18 Oktober lepas aku telah hadir ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam. Di situ aku telah menemui ramai kawan-kawan lama namun begitu hampir sepuluh tahun aku tidak terlibat dalam UMNO terdapat agak ramai muka baru yang aku tidak kenali.

Di persidangan tersebut kawan semasa aku bergiat dalam Pemuda Ramlan Ishak terpaksa melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana sudah cukup umur. Ramlah satu masa adalah Jawatankuasa Pemuda UMNO Bukit Mertajam dan selepas itu dilantik menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam. Ketika aku tidak lagi aktif beliau telah menerajui Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam. Tempat beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah diambil oleh seorang lain kawan aku Fauzi Sharif. Fauzi Sharif yang sebelum ini adalah Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut.

RAMLAN ISHAK TERKENAL DENGAN PANGGILAN PAK WAN DIKALANGAN TEMAN-TEMAN, KINI MENJAWAT JAWATAN TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM, BELIAU MENANG TANPA BERTANDING. BELIAU ADALAH KAWAN BLOGGER SEMASA AKTIF DALAM PEMUDA BUKIT MERTAJAM DULU.

Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang telah menghantar Pemuda UMNO Bahgian Bukit Bendera yang di ketuai oleh Datuk Salim Al-Bari. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang untuk menjadi wakil. Aku sempat bertemu dan berbual dengan beliau. Aku tak sangka hampir 10 tahun tidak aktif dia masih lagi mengenali aku. Bukan apa, kita dia sekarang telah bergelar Datuk.

Oleh kerana lama tak bertemu aku balik jam dua pagi dan pada keesokannya aku bercadang untuk pergi ke Persidangan UMNO bahagian Nibong Tebal. Disebabkan aku balik lewat aku gagal untuk pergi maklumlah sekarang aku sudah tua dan kudrat aku tidak seperti semasa aku aktif dulu. Rancangan itu tinggal rancangan.

Pada sebelah petangnya aku bersama sahabatku Pak Su Kecil atau Zamrizal Zainol ke Hotel Pearl View untuk menghadiri Mesyurat Perwilan Pemuda Batu Kawan. Aku cukup akrap dengannya dan semasa bersama-sama terlibat dalam Pemuda UMNO Bukit Mertajam. Beliau kini merupakan salah seorang pegawai TEKUN di Bukit Mertajam.
Bahagian Batu Kawan diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad. Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad juga agak akrab dengan aku semasa aku aktif dulu. Beliau juga banyak membuka peluang untuk aku mengembangkan bakat penulisan.

Aku amat menghormatinya sebagai seorang pemimpin yang berani membuat keputusan. Semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu terdapat ura-ura syarikat pengurusan hartanah Henry Bucher ingin mengemukan cadangan untuk menguruskan bangunan komtar. Aku telah didatangi oleh pegawai tinggi yang menguruskan komtar dan meminta aku memberitahu Datuk Seri Dr. Ibrahim akan perkara itu. Pegawai itu bimbang jika pengurusan komtar ini jatuh ke tangan syarikat tersebut nasib pekerja dan kontraktor di situ akan terancam.

Aku menemui Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad menceritakan perkara tersebut. Beliau bertanya aku syarikat bumiputra mana yang boleh urus bangunan itu. Aku cadangkan syarikat yang menguruskan Daya Bumi anak syarikat UDA. Nampaknya di sini keberanian Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, beliau telah mengarahkan pegawai tinggi syarikat yang menguruskan Daya Bumi menubuh syarikat dan membuat cadangan bentuk perkongsian dengan PDC. Akannya syarikat tersebut Berjaya dan di kenali sebagai Pen Urus Harta. Cuma malang buat saya kerana gagal menghidu dan mengambil sebahagian peluang itu. Mungkin Allah Azzawajalla sayangkan aku, jika aku bergelar apa-apa disyarikat itu dan mendapat gaji yang besar mungkin aku akan lupa diri. Alhamdulillah.

Di sini aku bertemu dengan kawan-kawanku Md. Noor Ahmad, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan bakal bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian bahagian tersebut. Aku juga bertemu dengan Yusof Din, Setiausaha UMNO bahagian tersebut, Ketua Pemuda bahagian tersebut Wahid Othman yang menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut, Nizam Naib Ketua Pemuda yang bakal ditentang oleh tauke Nasi Kandar Nasmir dan ramai lagi. Aku dan Pak Su Kecil balik awal sebelum majlis tamat.
Dan sehingga hari ini aku tak tahu siapa yang memang samada kawanku Nizam atau Tauke Nasi Kandar Nasmir. Jauh di sudut hatiku aku yakin tauke nasi kandar itu akan menang. Ini kerana sikap dan budaya politik anggota UMNO memang suka memenangkan orang yang ada duit dan lagi satu beliau berada dalam kumpulan yang mendominan UMNO Batu Kawan.

Selepas berehat pada hujung minggu berikutnya iaitu pada 26 Oktober aku sekali lagi ke Hotel Summit Bukit Mertajam untuk melihat Mesyuarat Perwakilan UMNO Bukit Mertajam yang di ketuai oleh YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir. Beliau juga merupakan bekas bos aku semasa aku bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd.

Sekali lagi aku bertemu kawan-kawan lama daripada UMNO bahagian Bukit Mertajam. Ramai yang terkejut dengan kehadiran aku. Aku juga dapat bertemu dengan kawan-kawan daripada bahagian Bukit Bendera yang menjadi pemerhati. Aku

YB. SENATOR DATUK MUSA HJ SHEIKH FADZIR ADALAH BOS BLOGGER SEMASA BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DI ASEANIA DEVELOPMENT SDN. BHD. YANG JUGA TEMAN POLITIK KERANA KETIKA BLOGGER AKTIF DALAM PEMUDA BUKIT MERTAJAM, DATUK MUSA ADALAH TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN TERSEBUT. KITA YB. DATUK SENATOR MUSA ADALAH KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM.

bertemu dengan Azhar bekas Ketua Pemuda UMNO Bukit Bendera tapi kini tidak aktif dalam politik UMNO Bukit Bendera sebaliknya membantu Ketua Bahagian Bukit Bendera yang digantung Datuk Ahmad Ismail sebagai Setiausaha Eksuketif Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Aku juga bertemu dengan An orang kuat Datuk Ahmad Ismail dan bakal Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang baru Datuk Jalil.

Datuk Jalil adalah Naib Ketua Pemuda bahagian tersebut semasa Azhar menjadi ketuanya dulu. Aku bersembang panjang dengan Azhar, An dan Datuk Jalil. Ini kerana aku telah diminta tolong oleh seorang rakan yang bertanding sebagai Naib

BLOGGER MELIHAT DATUK JALIL, KETUA UMNO BUKIT BENDERA YANG BARU MENGANTIKAN DATUK AHMAD ISMAIL YANG DIGANTUNG. DATUK JALIL ADALAH KENALAN BLOGER SEMASA AKTIF DALAM PEMUDA DULU. KETIKA ITU DATUK JALIL ADALAH NAIB KETUA PEMUDA BUKIT BENDERA

Ketua UMNO bahagian iaitu Abdul Hadi Salleh untuk menjadi wakil calon dan masuk dalam dewan pengiraan undi. Hari itu aku keluar diawal pagi dan balik hampir 9.30 malam. Walaupun mesyuarat sebenarnya tamat di sekitar jam 7.00.

Pada 2 November 2008 aku sekali lagi ke Hotel Pearl View untuk mengikut Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan. Di mesyuarat tersebut aku merasa begitu sedih seorang lagi tokoh kepimpinan melayu Pulau Pinang yang aku cukup hormati menjadi korban politik.

Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad terpaksa melepaskan jawatan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan kepada Datuk Nordin Kasim. Aku sedih dan kecewa dengan perkembangan itu kerana aku tahu beliau seorang pemikir dan perancang yang baik malah beliau sangat berani untuk bertindak.

Walaupun kini Datuk Seri Dr. Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding sebagai anggota MKT ataupun mungkin ada pihak yang akan melobi beliau untuk menjadi Setiausaha Agung yang penting daya pemikiran beliau telah hilang di Pulau Pinang. Mungkin ramai yang tidak betul-betul kenal dan tahun siapa beliau namun begitu ucapan perasmiannya dalam mesyuarat tersebut yang merupakan ucapan yang terakhir sebagai Ketua UMNO bahagian ramai yang bersetuju apa yang beliau ucapkan itu. Dalam waktu yang sama merekalah yang tidak memberikan sokongan yang jitu untuk beliau menerajui bahagian itu.

Saya sempat bertemu dengan beliau sebentar semasa mesyuarat masih lagi bersidang, sebaik saja beliau melihat saya beliau mengucap panjang dan bertanya ke mana saya menghilang sekian lama tidak bertemu beliau. Saya sempat bertanya samada beliau boleh mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding MKT, beliau yakin akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding.

BLOGGER BERSAMA DATUK SERI DR. IBRAHIM SAAD BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM DAN BATU KAWAN. BLOGGER TERHARU DENGAN TINDAKAN DATUK SERI DR. IBRAHIM SAAD TIDAK MAHU MEMPERTAHANKAN JAWATAN DAN SESUNGGUHNYA UMNO DAN MELAYU PULAU PINANG TELAH KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN YANG BERWIBAWA, TEGAS DAN BERANI BERTINDAK.

Semasa persidangan berjalan saya sempat bersembang panjang dengan adik Datuk seri Dr. Ibrahim Saad, Amirudin Saad atau terkenal dikalangan kawan-kawan sebagai Amin. Amin memberitahu Datuk seri Dr. Ibrahim Saad mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut memandangkan beliau sudah tidak boleh ke mana dengan umurnya sekarang. Dan beliau juga gagal untuk mensesuiakan diri dengan cara pemikiran para pemimpin UMNO di bahagian tersebut. Keadaan ini menyukarkan beliau untuk menjalankan tugas dengan baik.

Selepas tamat persidangan beliau telah ditemubual oleh wartawan TV. Saya menunggu dan bersalam sekali lagi dengan beliau dan menyatakan saya amat sedih dengan apa yang berlaku. UMNO Pulau Pinang hilang seorang lagi pemimpin yang berwibawa dan berani bertindak. Saya juga mengajak beliau bergambar kerana selama mengenali dan bekerja dengan beliau saya belum pernah bergambar dengan beliau. Gambar saya bersama Datuk Seri Dr. Ibrahim telah dirakan oleh adiknya, Amin.


PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN SEDANG BERSIDANG DAN PERSIDANGAN INI JUGA TELAH MENGORBANKAN SEORANG TOKOH UMNO DAN MELAYU PULAU PINANG.KEHILANGAN BELIAU AKAN DI RASAI SATU HARI NANTI.


Walaupun saya sudah tidak aktif dalam UMNO tetapi saya amat sedih Melayu Pulau Pinang sudah hilang seorang lagi pemimpin yang berkarisma tinggi dan berani membuat keputusan. Saya begitu letih memikirkan perkara ini dan tidur awal pada malam itu.
Kesimpulan yang aku dapat daripada menghadiri mesyuarat dan bertemu dengan kawan-kawan lama dalam UMNO, rata-rata menghentap parti-parti komponen seperti GERAKAN dan MCA. Sepertimana yang kita tahu parti-parti komponen tersebut yang telah bermesyuarat lebih awal juga menghentap kepimpinan UMNO. Adakalanya mereka menghentap perebutan jawatan diperingkat tertinggi UMNO. Rata-rata mereka kesal dengan sikap Tan Sri Mahyudin Yasin yang begitu vocal mempertikaikan pelan peralihankuasa.

Pelan peralihankuasa daripada Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib yang pada mulanya dijadualkan pada bulan Jun 2010. Selepas pilihanraya kecil lunas selepas BN menerima kekalahan yang memalukan maka anggota MKT UMNO sekali lagi membuat desakan. Seolah-olah kekalahan itu berpunca daripada Datuk Seri Abdullah. Sedangkan pengarah pilihanraya tersebut disandang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka Datuk Seri Najib yang wajar didesak untuk melepaskan jawatan.

Datuk Seri Abdullah yang terkenal dengan sifat lembut dan tak mahu menjadi isu bersetuju dan masanya pada bulan Mac 2009. Apa yang menghairankan selepas keputusan diumum bunyi suara-suara mereka yang turut hadir hadir mesyuarat MKT yang mempertikaikan tindakan itu. Suara yang paling lantang kali ini Tan Sri Mahyudin Yasin. Sikap Tan Sri Mahyudin pasti akan mengecilkan hati pemimpin UMNO Pulau Pinang dan penyokong-penyokong Datuk Seri Abdullah di seluruh pelusuk tanah air. Yakinlah sekiranya ada pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden Tan Sri Mahyudin yang mendapat pencalonan agak besar ini akan menghadapi sedikit masalah untuk menang besar. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti.

APA YANG SAYA LIHAT PARA PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT TERTINGGI MASIH LAGI GHAIRAH MEREBUT JAWATAN. JAWATAN YANG DIREBUT ITU BUKAN BERTUJUAN MEMBELA DAN MENJAGA KEBAJIKAN AHLI DAN MASYARAKAT MELAYU KESELURUHAN TETAPI HANYA MEMENUHI KEPENTINGAN PERIBADI. SEDANGKAN DI MASA INI PERTANDINGAN DI PERINGKAT CAWANGAN/BAHAGIAN BOLEH DIKATAKAN TIDAK SEHEBAT SERANCAK DULU. LIHAT BUKIT MERTAJAM, APA YANG AKU TAHU KETUA DAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO TIDAK PERNAH MENANG TANPA BERTANDING, TAPI KALI INI KAWAN AKU FAUZI SHARIF DAN AZMI OMAR MENANG TANPA BERTANDING.