PENGGAMBARAN TELEMOVIE
Karya seterusnya dari saya "Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai" telah memulakan pergambaran di Gunung Jerai dan Changloon pada 21-12-2013 hingga 22-12-2013. Pergambaran seterusnya di Taman Mutiara, Simpang Empat, Taman Bunga Raya, Pejabar Perumahan Aseania Bukit Mertajam, Safira Country Club dan beberapa tempat lain sekitar Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.
Isnin, 23 Disember 2013
Selasa, 17 Disember 2013
SCREEN TEST DI SEBERANG JAYA
Baru-baru ini pengarah Drama Khalid Sulaiman telah berjaya mengadakan ‘screen test’ untuk
memilih pelakon tempatan untuk telemovie “PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI” hasil karya saya.
Kepada pelakon tempatan yang berjaya di pilih membintangi
drama ini diucapkan tahniah dan bagi yang gagal bukan kerana tidak berbakat
tetapi tidak mempunyai watak yang sesuai untuk diberi.
Antara yang berjaya ialah :-
1.
Aida Othman
membawa watak Khaty (juga Producer dalam penerbitan drama ini)
2.
Sharifah Jauriah yang akan memegang watak Mak
Timah
3.
Nizam akan membawa watak Razak
4.
Omara membawa watak Pak Leh
5.
Ali membawa watak Datuk Yahya
6.
Mid Gulai Kawah akan membawa watak Pegawai
Penyiasat Polis
7.
Rina membawa watak Fifi
8.
Azimah Abu Hahan akan memegang watak Nani
9.
Tina Hamzah akan membawa watak Sherry
Dan ada lagi beberapa watak yang saya tak
ingat nama mereka.
Pergambaran drama ini akan bermula pada 21hb
yang akan dibuat di Kedah di sekitar kawasan Gunung Jerai dan akan disambung di sekitar Seberang Perai
khususnya Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.
Rabu, 27 November 2013
DUNIA KREATIF
PERTEMUAN ORANG KREATIF DENGAN ORANG BISNES
SAUTU masa sahabat saya seorang Pengarah drama, Khalid
Suliaman Fdam telah memberitahu saya mengenai satu projek penerbitan kawannya.
Namun projek itu tersangkut kerana beberapa masalah pendaftaran. Ketika itu saya
ingat, saya pun boleh ‘create’ projek seumpama itu melalui kawan-kawan yang
saya ada.
Bagi merealisaikan impian ini saya telah memberitahu tiga
orang kawan saya yang saya rasa mampu membantu saya merealisasikan impian ini.
Tapi mereka tidak memberikan tindakan yang positif. Saya terus beruseha.
Akhirnya salah
seorang kawan, Saad Nordin telah memberitahu saya yang kawannya seorang tokoh
perniagaan terkenal di daerah saya tinggal sekarang dah ada syarikat dan lesen mengenai
penerbitan. Dan
perkara-perkara yang berkiatan. Masalahnya dia sibuk dengan
dunia bisnes terasnya dan dia tidak tahu
mengenai dunia perniagaan dibidang ini.
Lalu saya meminta kawan saya Saad Nordin memperkenalkan saya
kepada kawan dia itu. Sautu hari Saad Nordin telah mengatur pertemuan saya
dengan tokoh perniagaan terkenal di Padang Serai, Ku Rashidi. Ku Rashidi telah
memberitahu apa yang dia ada dan dia tidak begitu mengetahui selok belok
perniagaan ini dan tidak ada masa.
Saya memberitahu Ku Rashidi kita boleh bergabung, Ku Rashidi
‘create’ peluang yang kami beritahu dan
keluar modal maka saya dengan kawan-kawan saya akan realisaikan peluang itu
menjadi duit. Saya ada seorang pengarah yang baik dan kerja buat dia amat saya
senangi dan boleh diharap.
Ku Rashidi bersetuju, lalu saya membuat panggilan telefon kepada
Pengarah drama kawan saya itu. Khalid memberitahu saya pada hujung bulan November
ini dia balik ‘Penang’ menghadiri kenduri rumah bapa mentuanya serta mengadakan
perbincangan dan ‘screen test’pelakon local untuk sebuah drama saya, “PERTEMUAN
DI KAKI GUNUNG JERAI” dan masa itulah dia hendak bertemu dengan Ku Rashidi.
Alhamdulillah pagi tadi saya telah membawa beliau bertemu
dengan Ku Rashidi di Gerai Pokok Cenerai yang terkenal dengan sup tulang di
kawasan ini. Kami berbincang dan kesimpulan perbincangan itu saya diminta oleh
Khlaid untuk membuat proposal dan dia akan membantu saya bab itu sebelum kita
mengatur pertemuan dengan stesen TV.
Turut serta dalam pertemuan itu Sukri Shawal yang senaja
saya panggil kerana Khalid adalah gurunya semasa dia menyertai bengkel
pergambaran di Finas. Sayang sekali Saad Nordin tidak dapat bersama lama kerana
hari ini anaknya menlangsungkan perkahwinan.
Alhamdulillah perancangan saya berjalan lancer walaupun
tidak sepenunya macam saya kehendaki tapi ini membuka laluan untuk saya pergi
jauh dalam bidang penerbitan drama dan program TV. Saya yakin semua ini, berkat
keikhlasan dalam perhubungan dan
persahabatan yang kita lalui. Juga berkat bersabar menghadapi kerenah manusia
yang pelbagai terhadap kita, sebelum ini. Maka Allah mempermudahkan perjalan
hidup kita.
Alhamdulillah.
Jumaat, 11 Oktober 2013
PERTEMUAN PEMBIKINAN DRAMA
Sedang menunggu untuk masuk 'Production Meeting' dengan Pegawai Bahagian Drama TVi di RTM baru-baru ini. Bersama saya Producer muda Aida Othman, Pengarah Drama Khalid Sulaiman fdam, dan sahabat saya Omara seorang pengiat Boria di Pulau Pinang yang bakal bertindak selalu Local Production Manager.
Tajuk drama ini "PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI" dan pergambarannya bakal di buat di Pulau Pinang dan sekitar Gunung Jerai. Pergambaran dijangka dibuat pada bulan November atau Disember ini.
Selepas "Production Meeting" dengan pegawai TVi kami mengadakan "Production House Meeting" di kantin RTM yang mana turut serta Phang Yau Nazri yang akan bertindak selaku Production Manager dan turut serta Pelakon Shaharudin Thamby yang kebetulan ada di situ yang bakal membawa watak Datuk Seri Khairudin.
Tajuk drama ini "PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI" dan pergambarannya bakal di buat di Pulau Pinang dan sekitar Gunung Jerai. Pergambaran dijangka dibuat pada bulan November atau Disember ini.
Selepas "Production Meeting" dengan pegawai TVi kami mengadakan "Production House Meeting" di kantin RTM yang mana turut serta Phang Yau Nazri yang akan bertindak selaku Production Manager dan turut serta Pelakon Shaharudin Thamby yang kebetulan ada di situ yang bakal membawa watak Datuk Seri Khairudin.
Ahad, 14 Julai 2013
Langgan:
Catatan (Atom)