TAN Sri Muhyiddin Yassin nampak sangathendak jadi PM, mengapa? Beliau menjadi PM
ke-8 setelah mengetuai pengkhainatan terhadap PH selepas PRU 14 dulu.
Namun usia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM ke-8 tidak
lama, hanya 17 bulan. Itu biasa kalau
kita mengkhainati orang pasti kita pula akan dikhainati.
Dalam PRU 15 saya tidak menjangkakan Tan Sri Muhyiddin dan PN
dapat pergi jauh. Ini kerana parti BERSATU tidak mempunyai akar umbi yang kuat.
Pada pendapat saya BERSATU akan banyak
bergantung kepada kekuatan akar umbi PAS.
Selepas penamaan calon saya agak terkejut apabila melihat bahan
kempen PN yang banyak mengalahkan BN yang pernah menjadi kerajaan lebih 60
tahun.
PN juga menggunakan influenza di Tit Tok.Dikatakan bayaran yang dibuat juga cukup besar.PN juga berkempen menggunakanbangsa dan agama yang melampau.
PN juga dikatakan menggunakan wang yang banyak untuk menggerakkan
jentera pilihanraya. Jesteru itu kita jangan terkejut dengan pencapaian mereka
yang agak baik tapi belum cukup untuk menjadi kerajaan.
Persoalannya mengapa kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin
begitu terdesak hendak jadi PM. Mengapa saya kata begitu?
Pada malam perjumlahan undi sedang berlansung membawa hingga
ke dini hari tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin mengadakan sidang media yang beliau
telah berjaya membentuk kerajaan dan telah mendapat surat dari pihak Istana.
Pengumuman itu mendapat sorakan yang besar daripada
pegikutnya yang ada di situ. Pastinya penyokong PN yang sedang menonton siaran
langsung di rumah bersorak gembira.
Hakikatnya Tan Sri Muhyiddin menipu dan sanggup menjual nama
Istana. Mana mungkin pihak Istana mengutuskan surat sedangkan perjumlahan masih
berjalan dan pihak SPR belum membuat pengumuman rasmi.
Tan Sri Muhyiddin bukan saya menipu orang ramai yang melihat
siaran langsung itu malah menipu penyokongnya ada ada bersamanya waktu itu,
juga penyokongnya yang melihat siaran langsung pada pagi itu.
Lanjutan pembohongan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila
mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Hj. Openg dengan
mengatakan bahawa UMNO/BN turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Lalu Tan Sri Abang
Johari Hj. Openg membuat sidang media mengatakan menyokong Tan Sri Muhyiddin membentuk
kerajaan bersama UMNO/BN.
Apabila menyedari dirinya ditipu dan mendapati Tan Sri
Muhyiddin Yassin mencuri 10 orang ahli parlimen UMNO/BN yang menyalahi akta
lompat parti maka Tan Sri Abang Johari Hj. Openg menarik balik sokongan itu.
Tan Sri Muhyiddin juga cuba menipu pihak Istana dengan
menyenaraikan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN yang menyalahi akta lompat parti. Beliau juga
turut menyertakan 23 ahli parlimen GPS yang telah mengumumkan telah menarik
sokongan terhadapnya.
Mengapa begitu rendah moralnya sanggup menipu orang ramai dan
penyokongnya dengan menjual nama Istana malah cuba menipu pihak Istana dengan
menyerahkan SD mereka yang sudah tidak lagi menyokongnya.
Bagaimana hendak memimpin negara belum apa-apa lagi dah
menipu!Dan bagaimanakah penipuannya
jika menjadi PM kita?
Mampukah Datuk Seri Reezal Marican terus mempertahankan kerusi
parlimen BN khususnya UMNO di Pulau Pinang?
Hingga hari ini bukan saja UMNO malah BN Pulau Pinang tidak
punya kerusi parlimen lain melainkan kerusi parlimen Kepala Batas.
Jesteru itu dikatakan yan kerusi parlimen inisebagai kerusi
keramat UMNO Pulau Pinang. Calon-calon yang mewakili BN/UMNO malah sejak aman
PERIKATAN tidak pernah kalah di kerusi ini.
Malah dari kerusi parlimen ini jugalah munculnya Perdana
Menteri Malaysia ke- 5 iaitu Tun
Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Jadi UMNO Pulau Pinang khususnya UMNO Kepala Batas tidak
boleh membiarkan kerusi ini kalah baik kepada PAKATAN HARAPAN, PERIKATAN
NASIONAL mahupun GTA.
12 kerusi parlimen lain di Pulau Pinang semuanya BN/UMNO
kalah ditangan calon PAKATAN HARAPAN. PAKATAN HARAPAN telah menjadi kubu kuat
mereka sejak beberapa penggal pilianraya.
Bagi menghadapi PRU 15 ini, BN/UMNO sekali lagi mencalonkan
Datuk Seri Reezzal Marican untuk mempertahankannya. Mampukah Datuk Seri Reezal
Marican, UMNO Kepala Batas dan pastinya UMNO Pulau Pinang mempetahankannya?
Dalam pilihanraya kali ini Datuk Seri Reezal Marican akan
berhadapan dengan Dr. Siti Mastura Mohamad (PN), Danial Abdul Majeed (PH/MUDA)
dan Hamidi Abu Hassan (PERJUANG/GTA).
Mampukah Datuk Seri Reeal Marican? Dalam PRU 14 Datuk Reezal
Marican hanya menang dengan majoriti 4,736 undi.
Disamping itu ketiga-tiga DUN dalam parlimen ini diikuasai
oleh parti lawan. Kerusi DUN Pinang Tunggal(PKR), DUN Bertam (PKR/BERSATU) dan DUN
Penaga (PAS).
Sama-sama kita tunggu keputusannya pada malam 19 November
ini.
LAWATI SAMA CHANNEL YOUTUBE SAYA "PRU 15 NASIHAT UNTUKRAKYAT MAHRAEN"
Janda atau Dara pilihan hati? Kalau pilih janda terutama yang
punya anak, kahwin-kahwin dah ada anak. Kita akan bergelar ayah selepas kahwin.
Janda juga sudah punya pengalaman hidup menguruskan rumahtangga dan suami. Berkahwin
dengan janda juga kita akan mendapat pahala.
Memang kalau kita beritahu kawan-kawan yang kita akan
berkahwin dengan janda. Maka kita akan menghadapisoalan pertama daripada kawan-kawan kita,
anak janda itu berapa orang dan usianya. Soalan yang seterusnya janda itu bercerai hidupatau mati.?
Persoalan ini timbul bagi mengingati kita yang ingin berkahwin dengan janda akan
tanggunggjawab berat jika punya anak yang ramai. Kita terpaksa memikul
tanggungjawab anak orang bersama janda itu. Ini bukan satu tugas yang mudah.
Manakala soalan kedua samada janda itu bercerai hidup atau
mati adalah untuk melihat sikap janda tersebut. Rata2 orang lebih mengusulkan
janda yang bercerai mati bukannya bercerai hidup. Kalau bercerai hidup harus
hati-hati kerana mungkin ada gangguan dari bekas suami dan mungkin juga
perceraian itu kerana kerenah janda itu sendiri.
Malahan mungkin si janda tersebut terpaksa naik turun
mahkamah dalam menghadapi tuntutan sara anak-anak. Ini kerana lazimnya bekas
suami agak culas memberikan sara anak-anak. Jika ini berlaku pasti akan menganggu
keharmonian keluarga yang baru dibina itu.
Walau apapun sebabnya golongan janda ini memang tabah dan terpaksa menghadapi masalah
ekonomi keluarga. Mereka juga terpaksa menghadapi masalah menguruskan anak-anak
sendirian.Mereka harus dapat mengawal hati dan perasaan dalam
memenuhi fitrah semulajadi manusia malah lebih menyakitkan di pandang
serongoleh masyarakat.
Sehubungan itu diharapkan pasangan yang telah berumahtangga
dan mempunyai anak lebih daripada seorang jangan ikut hati jika ada masalah
rumahtagga. Carilah jalan penyelesaian yang terbaikdan elakkan penceraian.
Inilah kemelut yang terpaksa dilalui oleh seorang janda.
Sementara duda pulatidak menghadapi
masalah seburuk itu. Pihak duda hanya perlu menyediakan sara untuk anak-anak.
Namun lazimnya daripada yang diketahui pihak bapa sering mengabaikan
tanggungjawab itu lebih-lebih lagi apabila siduda itu telah berkahwin lain.
ZAMAN telah berubah, zaman ini dikatakan zaman serba canggih namun
di zaman inilah kita sukar untuk mencari
sahabat sejati jika hendak dibandingkan zaman dulu.
Zaman yang dikatakan canggih
ini kawan boleh datang dan pergi seiring berjalannya masa. Kawan datang dan
pergi ini bukan saya di alam maya malah di alam realiti juga begitu. Kita boleh
lihat disekeliling kita dan mungkin juga apa yang berlaku kepada kita.
Mereka akan datang kepada kita jika mereka merasakan mereka
boleh dapat sesuatu dari kita. Apabila mereka sudah memperolihinya atau gagal
mendapatkannya, mereka akan pergi.
Sekiranya mereka tidak pergi dan kita sudah merasakan begitu
sikap mereka pastinya kita juga akan pergi. Zaman ini sukar untuk kita
mendapakan sesaorang kawan yang punya semangat setia kawan yang tinggi.
Ada yang berkawan dengan kita dan nampak memang baik sangat dengan kitatapi hakikatnya perilaku mereka penuh dengan
kepalsuan. Mereka baik dengan kita kerana mereka merasakanboleh manipulasikan kita untuk
kepentinganmereka sahaja. Beginilah
sikap orang zaman yang dikatakan maju ini.
Sepatutnya sebagai kawan kita perlu terapkankonsep “win win situation” dalam apa jua
keadaan, bak kata perpatah melayuhati
gajah sama dilapah hatikuman sama di
cicah. Sebagai kawan kita perlu salingmendukung antara satu sama lain.
Jesteru itu kita wajar menghindari orang seperti ini, kerana
mereka langsungtidak memikirkan soal
kita sebaliknya mereka hanya memikirkan keberuntunganmereka sahaja. Merekajuga tidak ada hati dan perasaan terhadap
kita, sebagai kawan mereka.
Pastinya orang seperti ini langsung tidak memberikan manafaat
kepada kitamalah akan menjadi toxic dalam hidup kita. Jesteru itu kita
perlu bijak menyaring mereka di sekeliling kia sebelum di angkat martabat mereka sebagai
kawan apa lagi sahabat kita dan hidup saling membantu antara satu sama lain.
Bagi menyaring kawan-kawan yang ada disekeliling kita untuk mengenal
pasti mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kita bukan satu perkara yang mudah.
Mereka
bijak melakonkan watak baik dan berjaya mengabui mata dan hati kita.
Jadi bagi menyaringnya kita perlu penapis yang cukup halus.
Pada dasarnya persahabatan kita tidak didasari dengan apa
motif sekali pun dan kita harus saling menerima antara satu sama lain seadanya.
Mereka tidak memadang
keadaan kita, Ilmu kita, harta atau kedudukan kita. Satu-satunya alasan kenapa
mereka ingin bersahabat dengan kita karena mereka merasa senang dan nyaman
dengan kita.
Lihatlah pandangan saidina Ali Bin Abi Thalib : "ALI bin
Abi Thalib pernah ditanya, “Berapa orangkah SAHABAT SEJATIMU? " Jawab beliau,
“AKU TIDAK TAU,"
"Tungguhlah nanti ketika AKU sedang kesulitan, lalu
lihatlah berapa orang yang masih SETIAbersamaku.
Itulah SAHABAT sejatiku," jawabnya.
SILA LAWATI SAMA MY YOUTUBE CHANNEL DENGAN VIDEO "AKU TERAMAT RINDU"
SUDAH agak lama saya tak balik kampung dan lepak dengan
kawan-kawan. Sejak Pandemik Covid 19 melanda negara dan dunia lebih kurang dua
tahun. Sejak Pandemic Covid 19 melanda dalam waktu yang samasaya juga sakit. Saya tak boleh jalan sempurna
macam dulu walaupun saya boleh juga keluar minum dan beli barang keperluan saya
tapi keluarga tak bagi gerak jauh-jauh sekadar sekitar Padang Serai dan kawasan
berdekatan sahaja.
Disamping tak boleh lepak dengan kawann-kawan di kampung
saya juga tak boleh ke Tokun makan mee
kegemaran saya. Saya juga tak oleh ke ekan Bukit Mertajammakan Nasi Kandar Ali yang mana ayam negronya
saya sukan sangat. Saya juga ada beberapa perancangan nak buat video Youtube
juga tak boleh , saya pun masih belum sihat betul. Jadi saya buat apa yang
boleh saya lakukan waktu ini. Jadi saya buat apa yang boleh saya buat dulu.
Entah bila saya nak kembali sihat macam dulu saya pun tak
tahu hanyaAllah saja yang tahu kerana Dia Maha Mengetahui. Namun saya tetap
bersyukur saya masih bergerak cara saya di kawasan Padang Serai ini. Saya redha
akan ketentuan Allah ini, saya yakin Allah sayangkan saya dan mengugurkan
dosa-dosa saya itu.
Walaupunsaya rasa
tidak pernah melakukan dosa-dosa besar tapi dosa-dosa keci l sama ada saya
sedar atau tak tetap ada kerana saya manusia lemah. Walaupun dosa-dosa kecil tapi bila terkumpul jadi banyak. Mungkin
dosa-dosa inilah yang hendak Allah gugurkan.
Jadi terima dan redhasajalah dan saya
juga telah berusaha mengubatinya tapi masi belum bertemu jodoh.
Dalam redha saya juga memendam rasa rindu untuk minum kopi
dan lepak dengan kawan-kawan, saya juga
teringin sangat nak makan mee tokun dan Nasi Kandar Ali. Entah bila saya dapat
mengubati kerinduan ini, hanya Allah yang tahu.
Sakit ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Saya
betul-betul tahu dan kenal mana teman,
kawan dan sahabat.
Sayyidina Ali bin Thalib pernah ditanya berapa jumlah sahabatnya.
SayyidinaAli menjawab “AKU TIDAK TAU. Tungguhlah
nanti ketika AKU sedang kesulitan, lalu lihatlah berapa orang yang masih SETIA
membersamaku. Itulah SAHABAT sejatiku"
PERPATAH melayuberbunyi “ HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” malahan ada yang
berpendapat “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI” Mana satu yang betul “PEGAR” atau “PAGAR”?
Rata-rata orang menggunakan
perkataan ‘PAGAR’. Tepikir juga saya bagaimana ‘PAGAR’ makan padi? Adakah
setelah pagar rebah dan binatang masuk sawah dianggap ‘PAGAR” makan padi?
Timbul juga persoalan lazimnya sawah tidak pernah di pagar. Jadi bagaimana?
Setelah saya memasuki dunia penulisan saya membeli Kamus
Dewan iaitu kamus bahasa melayudan saya
mencarinya. Saya dapati dalam kamus dewan muka surat 925, Pegar=ayam, burung,
burung tatera, lophura ignite rufa, barulah saya mengerti.Zaman ini mudah ada Mr. Goggle gambar pun
kita boleh cari.
Sejak itu saya menyakini bukan ‘PAGAR’tapi ‘PEGAR’.Dalam majalah Dewan Kosmik, tulisan Jasmi Abdul dalam keluaran Mei 2015,
ada menjelaskan perihal ayam pegar. Ayam pegar atau nama saintifiknya, Lopura
ignita atau juga dikenali sebagaiCrested-Fireback Pheasant dikatakan sama saiz dengan ayam kampung.
Walau bagaimanapun,
ayam pegar diklasifikasikan dalam kumpulan Phesanidae iaitu sekumpulan dengan
burung kuang raya, kuang cermin, kuang gunung, merah mata, dana yam hutan.
Menurut kepercayaan orang dahulu, ayam pegar jantan digunakan untuk menjaga
tanaman tuannya.
Ayam pegar dipelihara untuk menjaga padi daripada
binatang-binatang perosak seperti burung dan tikus. Tetapi, ayam ini juga
pemakan padi. Keterangan ini memantapkan lagi pegangan saya dalam isu ini.
Namun begituDatuk
Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang
betul ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa ini juga
yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi
kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa
"harapkan pegar, pegar makan padi" tidak timbul lagi. Peribahasa
terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang
kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
Sehingga kini, sama ada ‘PAGAR’ ataupun ‘PEGAR’ masih belum
diputuskan perkataan mana satu yang betul atau salah. Selama belum ada
kesahihannya, adalah lebih baik jika kita tidak mengelirukan orang ramai
terutama golongan pelajar tentang peribahasa tersebut. Setakat hari ini, pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu
“Harapkan pagar, pagar makan padi.” kerana peribahasatersebut merupakan khazanah yang terakam
sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Masalah ‘PAGAR’ atau ’PEGAR’ kita letak tepi dulu yang pasti
maksudnya sama. Maksudnya: Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh
diharapkan telah mengkhianati kita.
Perkara ini memang banyak berlaku di dalam mayarakat kita
hari ini. Kita lihat dikeliling kita, ada dikalangan adik beradikyangkhianat setelah diberi kepercayaan. Adakawan-kawan yang tidak boleh diharap dan bersikap khainat.
Malah yang paling jelas hari ini sikap ahli-ahli politik,
rata-rata ahli politik khainat amanah yang diberikan oleh rakyat kepada
mereka.Majoriti rakyat yagg mengundi
tidak kenalAhmad, Ah Chong atau Muthu
yang menjadi calon.
Rata-rata rakyat hanyamengundi lambang yang di wakili oleh mereka. Namun apabila menangsebagai calon dan parti yang diwakili kalah
dan gagal membentuk kerajaan mereka melompat menyokongparti yang menang.
Tujuan mereka melompat kerana di tawarkan jawatan atau pun
mereka ada kes dan berharap kerajaan tidak membuka kes mereka. Maka rakyat
marhean yang mengund mereka pasti kecewadan sikap mereka ini kita boleh ibaratkan seperti “HARAPKAN PEGAR, PEGAR
MAKAN PADI”
Begitu juga Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan
Negeriyang selalu ponteng persidangan
dewan rakyat atau dewan undangan negeri juga boleh kita sifatkan sebagai
“HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” kerana kita harapkan mereka bersuara dan
memperjuangan nasib rakyat di kawasan mereka , jadi apabila mereka tidak pergi
bersuara dan berjuang untuk rakya maka hanya mereka sajalah yang kenyang makan
elaun wakil rakyat.
Jadi bagi menghadapi PRU 15 ini kita harus berhati-hati
jangan lagi pilih calon wakil rakyat berdasarkan lambing kita perlu selidiki
betul-betul sikap dan perwatakan mereka. Walaupun selepasPRU 15 ini mereka agak susah menjadi katak
kerana sudah ada undang-undang anti lompat parti tetapi tidak mustahiltetap ada jika kemenangan parti yang menang
dengan majority kecil maka mereka akan mencari helah.
Hidup kita di dunia ini bagaikan roda dan roda
kehidupan itu selalu berputar bagaikan roda kereta. Ini kata-kata orang dulu dan di
zaman ini kita boleh katakan bagaikan roller coaster.Kadang –kadang kita akan
berada di atas, kadang-kadangdi bawah.
Jadi berdasarkan andaian tadi kita mesti sedar dalam
kita menjalanikehidupan ini, kita pasti
tidak terlepas menghadapi banyak masalah dan ujian. Terkadang kita merasa
masalah itu begitu berat bagaikan tidak ada jalan keluar.
Hakikatnya sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari
daripada menghadapikemelut kehidupan
seumpama ini. Jangan ingat kita orang susah dan miskin saja yang terpaksa
menghadapi kemelut dalam kehidupan.
Harus diingat siapa saja tidak akan terlepas daripada
kemelut dalam kehidupan. Kalau kita susah masalah hidup yang terpaksa di
hadapicara kita orang susah.
Kalau kita orang senang dan kaya, kita juga tidak dapat
lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupan. Cuma masalah cara orang
senang atau kaya.
Adat kata semua orang terpaksa melalui pelbagai kemelut
dalam kehidupan. Kadang-kadang kita merasakan sesaorang itu bertuah kerana
dilahirkan dalam keluarga yang senang dan kaya.
Mungkin bertuahnya merekayang dilahirkan dalam keluarga yang senang
lagi kaya itu semasa kedua ibu dan bapa merekamasihada. Apabila kedua orang
tua merekatidak ada dan merekatidak tahu bagaimana merancang dalam menjalani kehidupan maka mereka akan
menjual satu demi satu harta peninggalankedua ibu bapa mereka.
Apabila habis semua harta itu dijual maka akan
muncullah zaman susah mereka. Malah kesusahan mereka akan lebih susah daripada
kita yang memang dilahirkan dalam keluarga orang susah.
Apa yang diperkatakan itu bukan hanya cerita penyedap
hati orang susah. Kita dapat lihat orang yang berada dikeliling kita yang
senang dahulu dan susah kemudian.
Jesteru itu jangganlah kita berputus asa dan kecewa
dengan apa yang kita terpaksa lalui itu. Semuanya telah termaktub di loh mahfuz
sejak azali lagi.
Namun memang kita tidak tahu ketentuan Allah kepada
kita. Hanya setelah sesuatu itu berlaku maka itulah ketentuan Allah kepada
kita.
Jadi kita berdoalah sebanyak mugkin agar kerana tidak
tertolak qada dan qadar Allah melainkan dengan doa.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Tidak tertolak
Qadha’ itu melainkan oleh do’a dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan
oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Ingat! Allah tidak akan memberikan kita kemelut dalam
kehidupan diluar kemampuan kita menghadapinya.
Firman Allah SWT alam Surah Al Baqarah, ayat 286 yang
maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan
dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.”
Harus kita ingat dalam setiap masalah atau kemelut
kehidupan yang terpaksa kita lalui itu pasti tersedia jalan keluarnya.
Kita sering mendengar perpatah Inggeris yang berbunyi,
LIFE BEGIN AT 40.Rupanya bukan perpatah tapi merupakan judul buku tulisan
Walter B. Pitkin dan di terbitkan pada tahu 1932.
Kita jugamungkin pernah dengarorang
tua-tua berkata, kalau sudah umur 40 tahun tidak berubahmaka sulit untuk berubah.
Perpatah Inggeris berkata kehidupan baru bermula ketika
kita berusia 40 tahun. Sedangkan kata orang tua-tua kita pula berkata kalau tidak
berubah ketika berusia 40 tahun seolah-olah suatu pengakhiran.
Benarkah? Bagaimana pula pendapat agama kita? Ada atau
tidak pandangan agama mengenai perkara ini?
Hakikatnyamemang
terdapat saranan apa yang perlu kita buat apabila usia mencapai 40 tahun dalam Al-Quran.Cuma kita tidak tahu walaupun kita rajin membacaAl-Quran kerana Al-Quran berbahasa arab.
Rata-rata kita tidak faham dan para ustaz juga kurang
megupas hal ini, mungkin juga pihak yang menganjurkan ceramah tidak pernah
memberikan tajuk seumpama ini.
Ayat apakah dalam Al-Quran yan membicarakan perkara
ini? Kita boleh cari dalam surah al-Ahqaf: ayat 15, Allah berfirman yang
bermaksud:
"Apabila
dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku,
tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan
kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh
yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada
anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku
termasuk orang-orang muslim.”
Jadi kini jelas ada firman Allah berkaitan dengan usia
40 tahun. Hanya kita yang tidak sedar dan kita hanya tahuperpatah inggeris "Life begins at 40"
Persoalan lain yang timbul ini, mengapa 40? Kenapa tak 21,
30,50 atau 60 tahun?
Mungkin kita lupa, baginda Rasulullah telah menerimawahyu pertama ketika berusia 40 tahun melalui
malaikat Jibril di Gua Hira. Tiga tahun setelah itu baginda mula berdakwah
menyebarkan agama Islam.
Bukan Nabi Muhamad SAW sahaja bahkan nabi-nabilain juga diagkat menjadi nabi ketika berusia
40 tahun kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Pada usia ini diyakini rata-rata manusia akan mencapai kemuncak kehidupannya baik dari
segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah
meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Di usia ini manusia akanmatang pemikirannyya dan bersungguh-sungguh
dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan,
membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan
hikmah dan penuh penelitian.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan
elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40
tahun.
Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap
tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia
44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun.
Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia
diklasifikasikan kepada 4 (empat) period, iaitu
Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar
meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.
Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini
adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya
jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang
mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari
sabda Rasulullah saw., yang bermaksud : "Seorang hamba muslim bila usianya
mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya).
Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan
anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai
70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya.
Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan
amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya.
Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah
juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan
mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi." (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki
komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap
Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.
Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata,
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan
tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke
neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau
berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat
bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti
seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara,
kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar.
Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak
memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan
sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia.
Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit
pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di
antara aku dan dia ada Allah.”
Walaupun orang Inggeris kata “Life Begin At 40”
seolah-olah kehidupan baru hendak bermula. Pada hakikatnya di usia40 tahun sudah mula muncul tanda-tanda
penuaan biasanya sudah mula terlihatsemakin jelas tubuh sudah mulai terlihat lemah.
Di usia ini juga , seseorang akan mulai mengalami
pandangan yang kabur. Pendengaran juga mula berkuranggan dan metabolisme tubuh
mulai menurun dan otot-otot sudahmengendur .
Jika di usia ini kitamengonsumsi makanan yang sama seperti yang biasa kita makan pada usia 20
tahun, berat badan kita akan bertambah dengan sangat cepat.Untuk menghindari
masalah yang tidak menyenangkan ini, kitaharus mengikuti diet sihatdan
melakukan senamanrutin.
Menurut data yang dikumpulkan oleh University of
Arkansas jurusan Ilmu Kedoktoran, golongan lelaki secara bertahap akan
kehilangan ketinggian badan satu inci ketika berusia antara 30 dan 70tahun
sementarawanita akankehilangan ketinggian badan sekitar 2 inci.
Agar tidak semakin pendek, makanlah makanan yang
mengandung kalsium dan vitamin D dan jangan lupa berolahraga.
Menurut psikologi bahwa wanita cenderung lebih percaya
diri setelah menginjak usia 40 tahun. Fakta ini membantu mereka untuk semakin
mencintai diri sendiri, tidak memikirkan hal-hal kecil, menyingkirkan pikiran
negatif, dan menjadi pribadi yang benar-benar bahagia, serta berdikari di sudut kewangan dan nampak bertambah cantik dan anggun.
PERASAAN cinta, kasih dan sayang memang tumbuh dan berada
dalam jiwa kita. Jesteru itu setiap orang mendambakan cinta, mencinta dan
dicintai. Perasaan ini kita warisi daripada bapa dan ibu segala manusia ia itu
Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa.
Cinta, kasih dan sayang itu tidak dapat dilihat atau
dipegang. Ianya hanya dapat dirasa di dalam hati. Namun kekuatannya cukup besar bertunjang di hati sanubari kita. Ada
masanya manusia hilang waras dan sanggup
lakukan apa saja demi cinta, kasih dan sayang.
Ini membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang
walaupun kita tidak dapat melihat dan
memegangnya namun ianya mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam hati dan
jiwa kita.
Ianya juga membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang itu juga
merupakan anugerah besar, berharga, terindah dan amat istimewa kepada kita.
Lantaran itu kita perlu menjaga dan membajainya jangan sekali-kali dicemari oleh nafsu serakah kita.
Kadang-kadang apabila kita berbicara soal cinta, kasih dan
sayang, orang ingat perasaan itu hanya milik orang muda. Tanggapan itu sama
sekali tidak betul kerana perasaan itu tidak mengenal batas usia, tidak kira
tua atau muda.
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa kita
bukan semata-mata untuk kekasih hati . Ia meliputi semua seperti ahli keluarga, kawan-kawan mahupun binatang peliharaan kita dan sebagain
ya.
Jesteru itu perasaan cinta, kasih dan sayang ini jika
benar-benar dihayati dapat menyumbang keharmonian kepada manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan makluk
lainnya.
Kita pasti pernah melihat manusia berlainan bangsa membantu
dijalan dan persekitaran kita. Bantu dan pertolongan itu diberi
berdasarkan rasa kemanusian dimana ternanammya perasaan cinta, kasih dan sayang
yang tumbuh dalam jiwa.
Namun terdapat sebahagian
manusia yang mempermain dan mempergunakan perasaan cinta, kasih dan
sayang terhadap manusia lain, dalam soal ini lazimnya bersangkutan soal percintaan.
Terdapat juga mereka
yang berlagak sebagai perjuang bangsa
memaki hamun bangsa lain, soal ini lazimnya mereka yang terlibat dalam
politik dimana pemimpin mereka menanam perasaan chauvanis kepada mereka.
Rata-rata mereka lupa hakikat yang Allah Azzawajalla telah
menanam dalam jiwa raga setiap manusia perasaan cinta kasih dan sayang dalam
hati dan jiwa manusia. Lazimnya jika kita baik dengan sesiapa saja maka imbalannya
kita juga akan mendapat layanan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Jesteru
itu kita jaga dan peliharalah perasaan cinta kasih dan sayang ini sebaik
mungkin tanda kita bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kita satu anugerah yang cukup besar, indah dan
teristimewa ini.
DULU-DULUsekiranya Yang Berhormat datangke satu-satu tempat, orang ramai begitu
teruja dan kalau boleh ingin bersalam dengannya. Lebih-lebih lagi Yang
Berhormat ini bergelar Datuk dan sebagainya.
Namun perkembangan
akhir-akhir ini Yang Berhormat sudah tidak dilihat berhormat lagi dan sudah
hilang kehormatan diri di mata orang
ramai. Ini disebabkan tindak tanduk mereka yang bergelar Yang Berhormat menjadi
katak melompat ke sana dan sini bukan kerana perjuangan membela rakyat yangsebaliknya mengejar kedudukan.
Rakyat dapat melihat
dengan jelas permainan mereka yang bergelar Yang Berhormat yang sudah hilang
kehormatan diri semata-mata mengejar kedudukan dalam usaha mengembungkan poket
dan perut.
Disamping itu mereka yang
bergelar Yang Berhormat tanpa segan silu menyanggah presiden parti dan
keputusan partinyasendiri kerana
Presidennya tidak berjawatan dalam kerajaan. Mereka lupa mereka mendapat
gelaran Yang Berhormat kerana mewakili parti yang mereka sanggah.
Mereka juga lupa,
sekiranya mereka tidak bergelar Yang Berhormat adakah orang-orang yang angkat
mereka akan mengangkat mereka? Tidak ada orang yang akan memandang mereka
sekiranya mereka bukan wakil rakyat.
Mereka juga lupa orang
ramai mengangkat mereka bukan kerana nama mereka sipulan bin atau binti sipulan
tetapi atas nama parti yang mereka wakili.Malah ada diantara mereka yang rakyat
tidak kenal tetapi mengundi mereka atas lambing parti yang mereka wakili.
Jesteru itu apabila mereka
dilantik menjadi wakil rakyat sesuatu kawasan mereka harus berjuang dan menjaga
kepentingan rakyat kawasan mereka. Sekiranya ada sesuatu dasar baru yang
diperkenalkan mereka harus mempertimbangkan kepentingan rakyat kawasan mereka dan
adakah dasar itu selaras dengan perjuangan parti yang mereka wakili.
Seandainya mereka dilantik
menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco
Kerajaan Negeri maka tugas mereka lebih luas menjaga rakyat di kawasan mereka
semata-mata malah telah mencangkupi keseluruhan rakyat mengikut portfolioyang diberikan.
Bukannya apabila
berjawatan dalam kerajaan kita akan menjadi angkuh, berlaku sombong dan ego dan
membuat dua dasar yang berbeza untuk orang ramai dan golongan kayangan. Kalau
orang ramai ditangkap disaman dan didendaJika kesalahan berlaku dikalangan mereka yang membuat dasar didiamkan.
Baru-baruini Menteri Kesihatan telah mendapat pujian
daripada wakil rakyat pembangkang kerana kejayaannya mengemudikan Kementerian
Kesihatan. Rupa-rupanya pujian itu telah membuat dia lupa diri dan ingin
menyusahkan hidup rakyat kerana semata-mata tidak mahu mengambil vaksin.
Sedangkan sebelum ini
kerajaan sendiri mengatakan tidak akan diwajibkan
untuk mengambil vaksin. Kerajaan mengsasarakan dapat mevaksinkan 80% penduduk
dewasa bagi mencapai tahap ‘herd immunity’.
Hari ini orang dewasa yang
mengambil vaksin sudah melebihi 90% dan telah mencapai ‘herd immunity’ yang
disasarkan. Pelbagai sekatan lain telah dibuat namun mereka tidak pernah cakap
apa. Kini Menteri Kesihatan mengatakaningin menyusahkan lagi mereka yang tidak mengambil vaksin.Mengapa sampai
begitu sekali sikap mereka?
Jesteru itu mulai hari ini
disarankan kita orang ramai hanya panggil mereka YB tapi dalam hati mengiktikadkan
YB itu Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat. Jangan sekali-kali panggil mereka
Yang Berhormat kerana itulah hakikat sebenar, mereka bekerja untuk rakyat
bukannya menjadi tuan kepada rakyat.
Apabila kita membahasakan
diri mereka Yang Berhormat, mereka merasakan diri mereka adalah tuan kepada
rakyat. Malah sikap dan tindak tanduk mereka tidak melayakkan mereka di gelar
Yang Berhormat. Harus diingat rakyat adalah tuan sebenar..
KITA semua ada mempunyai ‘sixth sense’ atau pancanindera ke
enam. Ada dikalangan kita tidak menyedarinya. Namun ada dikalangan kita yang
sedar akan wujudnya ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam namun dikabui oleh
lima pancaindera lain yang lebih nyata.
Bagi kita orang islam pula bimbang ‘sixth sense’ atau
pancanidera ke enam ini akan menimbulkan buruk sangka terhadap orang lain.
Jesteru itu kita sering mengabaikannya dan terlalu yakin akan lima pancaindera
lain itu. Sedangkan lima pancaindera ini boleh tertipu dengan lakonan mereka
yangberada di keliling kita.
Lima pancaindera yang menimbulkan keyakinan kita ialah mata, kita
akan mudah percaya apa yang kita lihat walaupun apa yang kita lihat tidak
mengambarkan apa yang sebenarnya.
Disamping itu kita mudah percaya apa yang kita dengar melalui
telinga kita. Biarpun apa yag kita dengar itu sebenarnya bukan perkara sebenar
itu hanya percakapan seorang pelakon untuk menyakinkan kita kepada sesuatu perkara
dan jauh daripada hakikat sebenar.
Begitu juga kita mudah yakin apa yang kita bau dengan
menggunakan pancaindera hidung. Sebenarnya melalui hidung ini juga kita boleh
tertipu. Misalnya ada sesaorang melalui
tepi kita dengan bau yang cukup harum ia juga tidak mengambarkan keharuman yang
sebenar. Adakah selepas hilangnya keharuman minyak wangi yang digunakan tubuh
badannya tetap harum seperti itu?
Kita juga percaya dengan pancaindera seterusnya iaitu mulut
dan lidah apabila merasa sesuatu. Kita akan tertipu apabila kita merasa sesuatu
itu manis, lemak dan sedap sedangkan disebalik itu terdapat racun yang berbisa.
Oleh sebab itu orang-orang kenamaan sebelum menjamah sesuatu makanan akan
dimakan terlebih dahulu oleh pengiringnya.
Pancaindera yang terakhir iaitu tangan. Kita akan menggunakan
tangan untuk merasa sesuatu. Melalui tangan kita dapat merasa kasar, halus,
tajam, tumpul, panas, sejuk dan
sebagainya. Pancaindera ini rasanya boleh dipakai sedikit kerana ianya melibatkan
soal fizikal.
Jesteru itu kita wajar menggunakan ‘sixth sense’ atau
pancaindera ke enam. Bagi yang
mengetahui beranggapan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini adalah
sesuatu yang cukup istimewa.
Melalui‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini kita dapat membaca
pikiran orang lain, mengetahui peristiwa atau suatu hal yang tidak diketahui
orang lain, merasakan ada sesuatu yang tidak benar, atau melihat masa depan.
Berkemungkinan mereka yang masih gagal mengesan ‘sixth sense’
atau pancaindera ke enam ini, boleh melihat contoh ini. Bagaimana seorang pendekar yang terlatih bisa
dengan tepat memukul sasaran walau matanya ditutup. Mereka menggunakan
pancaindera ke enam ini untuk melakukannya.
Alhamdulillah ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini yang
saya miliki cukup kuat. Saya banyak menggunakannya untuk berkarya. Sayangnya saya
juga seperti orang lain dalam melayari kehidupan ini, saya lebih percayakan lima pancaindera yang lain daripada pancaindera ke
enam. In Shaa Allah untuk masa akan datang saya akan banyak menggunakan ‘sixth
sense’ yang saya miliki.
Sesungguhnya pancaindera
keenam adalah alat untuk
merasakan sesuatu secara naluri. Dalam psikologi, pancaindera keenam ini dikenal sebagai extrasensory perception (ESP)
atau pancaindra tambahan yang kemampuan
menerima informasi yang tidak diperoleh melalui kelima-lima pancaindra fisik, melainkan dengan pikiran.Analisa
yang kita dapati dari ‘sixth sense’ jauh lebih tepat daripada 5 pancaindera
kita.
Kadang-kadang orang sebut ‘instinct’ atau naluri. Lazimnya
kita mempunyai ‘instinct’ yang kuat mengenai sesuatu perkara namun sering
dikabui oleh 5 pancaindera kita. Akibatnya kita kecundang dalam membuat
keputusan.
Akhir-akhir ini baru saya sedar pancaindera ke enam ini cukup
penting dalam menganalisa sesuatu informasi dan jangan sesekali kita
nafikannya. Sekiranya kelima-lima pancaindera kita melihat sesuatu yang positif
dan pancaindera keenam memberikan penilaian yang negatif maka berhati-hatilah
kita, jangan mudah percaya. Sekiranya kita percaya maka kita pasti akan terkena.
Informasi yang kita terima dari 5 pancaindera ini adalah
tidak tepat kerana manusia lazimnya suka berlakon. William Shakespeare pernah
berkata dunia adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya.
HARI ini kerajaan telah membuka sempadan daerah dan negeri
dan rakyat kembali dapat bergerak ke mana mana tanpa sebarang sekatan namun
kita tetap perlu mengamalkan norma-norma baru dalam kehidupan kita.
Kita bukan saja perlu malah wajibmenjaga diri kita. Jangan abaikan pakai mask,
jangan lupa penjarakan social dan kalau boleh dan tidak ada keperluan jangan
kita pergi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.
Cuma saya hairan dengan sikap orang kita, apabila kerajaan
membuka sempadan umpamanya Pulau Langkawi tidak berapa lama dulu berpusu-pusu
orang ramai ke sana, bagaikan sudah tidak ada hari esok. Dan kini pihak
berkuasa sudah membuka sekatan merentas daerah dan negeri di yakini orang ramai
akan berpusu-pusu ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.
Kenapa agaknya jadi begitu? Kenapa kita tak boleh bersabar
menanti masa yang sesuai. Diyakini
mereka ingin menjadi orang pertama untuk melaporkan kehadiran mereka di situ
dengan melaporkannya di media social dan pastinya mendapat pujian yang
melambung dari kawan-kawan media social mereka.
Adakah sekadar itu tujuan orang ramai berpusu-pusu pergi
bagaikan sudah tidak ada hari esok. Adakah mereka tidak gentar dan takut dengan
pandemic Covid 19 ini? Kita harus ingat pendemik Covid 19 masih ada bersama
kita dan penyakit itu tidak kenal siapa. Hakikatnya kita masih belum menang
melawan Covid 19.
Kita juga harus ingat Covid 19 tetap akan menghampiri jika
kita alpa walaupun kita sudah mendapat suntikan dua dos vaksin. Suntikan vaksin
bukan satu jaminan kita tidak dijangkiti, hanya salah satu ikhtiar manusia
membendong gejala tersebut.
Sekiranya kita imbau kembali ketika PKP atau MCO pertama kali
diperkenalkan dsekitar di negara kita sekitar 18 Mac 2020, ketika itu jangkitan
Covid 19 hanya sekitar 2,000, pihak berkuasa telah membuat sekatan. Waktu itu
kita dapat lihat rakyat negara ini begitu takut dan berwaspada.
Kini apabila pihak berkuasa membuka sempadan daerah dan
negeri ketika penularan pendamik masih tinggi, lebih 3 atau 4 kali ganda ketika
pertama kali diperkenalkan PKP atau MCO.
Maknanya risiko jangkitan masih terlalu tinggi dan kita rakyat biasa perlu
berhati-hati dan berwaspada serta terus mengamalkan sikap, kita jaga kita.