Jom kita ikuti puisi “LAKARAN KEHIDUPAN” hasil karya saya. In
Shaa Allah puisi “LAKARAN KEHIDUPAN” ini
saya akan jadikan judul kumpulan puisi saya nanti . Saya sedang mengali dan
mengumpulkan semua puisi2 saya, In shaa allah akan di bukukan jika ada rezeki
lebih nanti.
LAKARAN KEHIDUPAN
Di kanvas itu
Tahkala aku melakar gambar kehidupan
Aku mengimbau nostalgia
Masa kecil di desa pingitan
Penuh keriangan
Sendat kegembiraan
Walaupun di belit sejuta permasalahan
Tapi kini hatiku sepi
Jiwaku sunyi
Namun lakaran kehidupan mesti diteruskan
Samada suka atau tidak
Hidup mesti diteruskan
Adakah lakaran kehidupan itu menuju pengakhiran?
Menuju pusaranya
Dan mengadap lakaran kehidupan Tuhan Yang Maha Kuasa
Janda atau Dara pilihan hati? Kalau pilih janda terutama yang
punya anak, kahwin-kahwin dah ada anak. Kita akan bergelar ayah selepas kahwin.
Janda juga sudah punya pengalaman hidup menguruskan rumahtangga dan suami. Berkahwin
dengan janda juga kita akan mendapat pahala.
Memang kalau kita beritahu kawan-kawan yang kita akan
berkahwin dengan janda. Maka kita akan menghadapisoalan pertama daripada kawan-kawan kita,
anak janda itu berapa orang dan usianya. Soalan yang seterusnya janda itu bercerai hidupatau mati.?
Persoalan ini timbul bagi mengingati kita yang ingin berkahwin dengan janda akan
tanggunggjawab berat jika punya anak yang ramai. Kita terpaksa memikul
tanggungjawab anak orang bersama janda itu. Ini bukan satu tugas yang mudah.
Manakala soalan kedua samada janda itu bercerai hidup atau
mati adalah untuk melihat sikap janda tersebut. Rata2 orang lebih mengusulkan
janda yang bercerai mati bukannya bercerai hidup. Kalau bercerai hidup harus
hati-hati kerana mungkin ada gangguan dari bekas suami dan mungkin juga
perceraian itu kerana kerenah janda itu sendiri.
Malahan mungkin si janda tersebut terpaksa naik turun
mahkamah dalam menghadapi tuntutan sara anak-anak. Ini kerana lazimnya bekas
suami agak culas memberikan sara anak-anak. Jika ini berlaku pasti akan menganggu
keharmonian keluarga yang baru dibina itu.
Walau apapun sebabnya golongan janda ini memang tabah dan terpaksa menghadapi masalah
ekonomi keluarga. Mereka juga terpaksa menghadapi masalah menguruskan anak-anak
sendirian.Mereka harus dapat mengawal hati dan perasaan dalam
memenuhi fitrah semulajadi manusia malah lebih menyakitkan di pandang
serongoleh masyarakat.
Sehubungan itu diharapkan pasangan yang telah berumahtangga
dan mempunyai anak lebih daripada seorang jangan ikut hati jika ada masalah
rumahtagga. Carilah jalan penyelesaian yang terbaikdan elakkan penceraian.
Inilah kemelut yang terpaksa dilalui oleh seorang janda.
Sementara duda pulatidak menghadapi
masalah seburuk itu. Pihak duda hanya perlu menyediakan sara untuk anak-anak.
Namun lazimnya daripada yang diketahui pihak bapa sering mengabaikan
tanggungjawab itu lebih-lebih lagi apabila siduda itu telah berkahwin lain.