Isnin, 7 April 2014

BETULKAN NIAT


Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dan tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu”.

Setiap Amalan atau perbuatan Bergantung pada NIAT. Apa saja yang kita buat biarlah IKHLAS semata-mata kerana Allah dari sekecil-kecil perkara misalnya membuang pelepah kelapa yang menghalangi jalan hingga perkara yang besar seperti membantu kawan yang menghadapi musibah atau meringgankan bebannya atau meyibarkan risalah Allah dan sebagainya, perlu disertai dengan NIAT kerana ALLAH bukan sebab yang lain. Kita boleh mengatakan memang itu kerana ALLAH tapi hakikatnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Para Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat. Begitu jugalah dengan perbuatan-perbuatan lain kalau dibuat bukan kerana Allah akan menjadi sia.

Niat yang ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah atau perbuatan adalah terletak dihati. Niat inilah menjadi ibu dalam semua amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan. Ibadah dan pekerjaan kita akan terbatal dan tidak dipandang oleh Allah s.w.t apabila tidak ada niat atau niatnya menyempang dari tujuan asal.

JESTERU ITU PEBETULLAH NIAT DAN TINDAKAN KITA SUAPAYA KITA TIDAK TERMASUK ORANG YANG RUGI, BUAT PERKARA BAIK TAPI MENJADI SIA-SIA. MISALNYA ORANG BERNIAGA, BARANG SEMUA HABIS ORANG TENGOK LAKU DAN PASTI UNTUNG TAPI UNTUNGNYA ENTAH KE MANA KERANA SILAP PENGKIRAAN.

NAK YANG BAIK-BAIK BELAKA

RAMAI orang pasang niat nak isteri,suami, kekasih hati malah sahabat dan kawan yang baik-baik saja. Jadi pastikan kita juga benar-benar baik. Bukan baik hanya lakonan untuk orang mengatakan kita baik tapi baik yang sebenar.


Firman Allah Surah An Nur ayat 26 : Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

ALLAH TIDAK PERNAH MENIPU KITA. HANYA KITA YANG MENIPU DIRI KITA MALAH ALLAH. JADI KALAU KITA DAPAT ISTERI, SUAMI, KEKASIH, SAHABAT DAN KAWAN YANG TAK BAIK BERMAKNA KITA PUN TAK BAIK MAKA SULUHLAH DIRI KITA SENDIRI.
 

Ahad, 23 Mac 2014

ADAKAH TUHAN ADA AKAUN MEDIA SOSIAL

Saya sering terlihat kawan-kawan FB pos dan tag pelbagai doa di media social. Saya terpangil untuk mengulas setelah terbaca status Murali Abdullah dalam FB yang bertanya untuk apa doa ditulis di FB. Beliau adalah seorang pengarah drama dan saudara baru kita.

Saya Share dan melontarkan pendapat saya mengenai itu. Kali ini saya akan ulas sikit dengan panjang lebar bab doa yang ditulis dalam FB atau media social lain. Kita harus ingat DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN. Doa merupakan permohonan kita kepada Allah Azzawajalla jadi untuk apa kita muat pos dan tag kepada kawan-kawan. Dan kalau kita katakan  senjata, senjata semua di simpan dan di sorot.

JADI PERSOALANNYA UNTUK APA KITA PAPARKAN DOA ITU DI FB MALAH ADA YANG TAG BERJELA-JELA KEPADA RAKANNYA? ADAKAH KERANA KITA INGIN MEMBERITAHU KEPADA ORANG DOA YANG DIBACA? Untuk apa kita hendak memberitahu orang doa yang kita baca? Malah kalau kita berdoa untuk kawan dan tanpa pengetahuannya adalah lebih baik dan lebih mudah dikabulkan Allah.

LAGI SATU PERSOALAN TIMBUL ADAKAH TUHAN MEMBUAT AKAUN MEDIA SOSIAL SEHINGGA PERLU KITA MUATKAN DAN TAG KEPADA RAKAN-RAKAN KITA?
PERSOALAN LAIN, ADAKAH BENAR DOA ITU DIBACANYA KETIKA MEMPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA? Kalau tak kita adalah manusia hipokrit. Jadi apa tujuannya kita muat naik doa itu dan tag kepada kawan-kawan?

MUNGKIN DOA ITU SEKADAR UNTUK MENARIK PERHATIAN RAKAN UNTUK MENYATAKAN KITA, BAIK BERIMAN DAN BERTAKWA  DAN MENULIS KOMEN DI BAWAH STATUS ITU? Kalau inilah nawaitunya maka amatlah kurang baik malah akan menimbulkan riak dan bermegah-megah. Kalau inilah tujuannya hentikanlah perbuatan sia-sia ini. Perbuatan baik tapi memberikan kesan negative terhadap diri kita sendiri.

Harus diingat, doa yang berunsur peribadi  tidak selayaknya didengar oleh orang lain, yang merupakan  privasi seseorang, tidak selayaknya disebarkan. Seperti doa  penyesalan atas perbuatan maksiat dengan menyebutkan bentuk maksiat yang dilakukan. Atau doa yang isinya keluhan masalah pribadi, yang tidak selayaknya diketahui orang lain.

Sabda Rasulullah :
“Setiap umatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali orang-orang melakukan mujaharah (terang-terangan bermaksiat), dan termasuk sikap mujaharah adalah seseorang melakukan sebuah perbuatan dosa di malam hari, kemudian pagi harinya dia membuka rahasianya dan mengatakan, ‘Wahai fulan, tadi malam aku melakukan seperti ini, seperti ini’, padahal Allah telah menutupi dosanya. Di malam hari, Allah tutupi dosanya, namun di pagi hari, dia singkap tabir Allah pada dirinya”. (HR. Bukhari 6069).

Namun begitu doa umum seperti menurunkan hujan, doa pagi dan petang dan sewaktu dengannnya dibolehkan dan tidak ada masalah.

Kalau kita memeohon pekerjaan ada tatacaranya sebelum diterima bekerja. Maka samalah kalau kita berdoa ada adapnya untuk Allah kabulkan doa kita. Kalau  kita tidak mengikuti adapnya maka pasti Allah Azzawajalla tidak akan kabulkan. Kalau kita tahu Allah tidak kabulkan jadi untuk apa kita berdoa di media social.

Doa merupakan salah  satu bentuk ibadah, sesuai dengan sabda Rasulullah saw., ”Doa itu adalah ibadah” (H.R. Tirmidzi). Sebagai suatu ibadah, berdoa hendaknya dilakukan dengan cara yang baik dan benar sebagai berikut.
ANTARA ADAP BERDOA IALAH :-
  1. Berdoa hanyalah ditujukan kepada Allah Swt. semata-mata, tidak boleh kepada benda-benda lain dan tidak boleh melalui perantaraan orang-orang yang sudah meninggal. Berdoa harus langsung ditujukan kepada Allah Swt.
  2. Merendahkan suaranya sekadar dapat didengar sendiri atau orang yang ada di sisinya. Juga Merendahkan diri dan menundukkan hati.
  3. Berdoa harus disertai dengan usaha
  4. Hendaknya meminta yang pantas dan bermanfaat bagi dirinya.
  5. Sebelum berdoa, hendaknya memuji Allah Swt. dan membaca selawat untuk Rasulullah saw.
  6. Memakai bahasa yang sederhana yang menunjukkan kerendahan hati. Lebih baik doa itu singkat dan padat.
  7. Melaksanakan adab batin dalam berdoa yaitu menghadapkan diri sepenuhnya kepada-Nya dan berdoa kepada Allah Swt.
  8. Yakin bahwa doanya akan dikabulkan oleh Allah Swt
  9. Memakan makanan dan memakai pakaian dari yang halal.
  10. Hendaknya memilih waktu-waktu yang mudah dikabulkan doa

JADI BERHATI2LAH DALAM KITA MENULIS DOA DI MEDIA SOSIAL KERANA TUHAN TIDAK ADA AKAUN MEDIA SOSIAL DAN BERDOA ADA ADAPNYA UNTUK DIKABULKAN DOA.  JADI KALAU TUHAN TAK ADA AKAUN DAN PELUANG UNTUK TUHAN KABULKAN DOA ITU TIDAK ADA, JADI UNTUK APA? SUPAYA KAWAN-KAWAN KATA KITA BAIK SELALU BERDOA? KALAU ITULAH NAWAITUNYA BUKAN PAHALA YANG KITA DAPAT MALAH KITA MENANGGUNG DOSA ATAS PERBUATAN YANG BAIK KERANA NAWAITU KITA TIDAK BETUL.

Khamis, 13 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN MH 370

KINI sudah 6 hari kapal terbang milik MAS MH 370 hilang begitu saja.  Kejadian masih menjadi  satu misteri. Bagaimana kapal terbang yang besar serta canggih boleh hilang begitu saja?
Kalau kapal terbang itu mengalami masalah teknikal dan terhempas di laut pasti ada yang melihatnya kerana perairan Laut Cina Selatan agak sibuk.  Sudah pasti Kapten Zaharie Shah dan Pembantunya Farid Abdul Hamid akan memaklumkan kepada  menara kawalan yang kapal terbangnya mengalami kerosakkan. Dan kalau benar ianya terhempas di Laut Cina Selatan dengan segala jentera mencari dan penyelamat pasti boleh dijumpai.

Dan sekiranya ia terhempas didaratan pasti pesawat itu akan meletup dan terbakar dan mudah di kesan. Jadi ke mana menghilangnya kapal terbang itu?  Adakah ia meletup di udara diketinggian 35,000 kaki? Jika ini terjadi dan letupan itu angkara penganas sudah pasti kapten kapal terbang gagal menghubungi menara kawalan. Namun begitu mugkin juga menara kawalan dan mengesan objek yang meletup. 

Sekiranya benar terlahan ini sepihan letupan itu tidak akan mudah dan mengambil masa  turun ke bumi kerana udara di atas mengapungkan benda. Sebagai contoh apabila kita menaikan wau dan apabila sudah berada di atas kita tidak perlu lagi menaikannya sebaliknya melepas tali biar ia terus naik.

Dan satu kemungkinan lain mungkin kapal terbang ini dirampas dan dimatikan semua saluran komunikasi dan mendarat di satu destinasi yang tidak diketahui. Perampas bukan bertujuan memeras ugut tetapi mengsabotajkan sesuatu, mungkin sobotaj ekonomi dan sebagainya. Pekerjaan ini didalangi oleh satu kuasa besar. Ini semua serba mungkin.

Apa pun  hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik kehilangan penuh misteri MH 370 ini. Disebalik usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan serta doa dan pengharapan kita agar menemuinya kita perlu mengambil IKTIBAR apa yang berlaku. Rasulullah telah bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaayhi Wassalam juga pernah naik ke atas mimbar dan menyeru dengan suara yang tinggi, "Janganlah kalian menyakiti kaum Muslim, janganlah menjelekkan mereka, janganlah mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudara sesama Muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan, siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun ia berada di tengah tempat tinggalnya." (dari Abdullah bin 'Umar)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim serta Abdullah bin ‘Umar melarang kita membuka keaiban orang. Jadi di sini cuba kita lihat bagaimana selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Dan yang terbaharu kes Liwat ke 2 yang telah di menangi oleh Datuk Seri Anwar telah dibuka dan diputuskan  dengan tergesa-gesa lantaran mengagalkan rancangan “Langkah Kajang”nya. Kita dapat lihat dari awal kes  ini tanpa sebarang prejudis terlalu banyak persoalan yang meragukan. Perkara ini hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Jesteru itu kini dengan Misteri Kehilangan ini mungkin qada Allah Azawajalla kepada negara kita di mana hari ini negara kita mengalami aib di seluruh dunia. KEAIBAN YANG PERTAMA,  BAGAIMANA MEREKA YANG MENGGUNAKAN PASPORT PALSU BOLEH MELEPASI PINTU KELUAR MASUK NEGARA. Ini menunjukkan kelemahan sistem keselamatan di pintu keluar masuk negara.

Misteri kehilangan MH370 membuatkan beberapa negara telah menghantar kapal perang dan selam mereka ke lokasi yang dikenal pasti, sedangan kita tidak menghantar kapal selam Scorpene  yang kita beli dengan harga EURO 1 Bilion. Pihak berkuasa telah memberikan alasan tetapi apa pun alasan pihak lain telah menghantar kapal selam dan perang mereka, mengapa kita tidak menghantarnya? Dan kita boleh menguji keberkesanannya. Saya yakin kapal selam yang kita beli ada masalah untuk digunakan. INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG SELAMA INI  ADA KEBENARANNYA. INI JUGA MENGAIBKAN KERAJAAN YANG MEMPERTAHANKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM ITU. 

Disamping itu penyelarasan maklumat semasa kejadian juga tidak menyakinkan dan ketinggalan. Sedang kita baru mengeluarkan nama dan gambar dua orang warga Iran yang  lolos mengunakan pasport palsu pihak Interpol telah mengeluarkan kedua-duanya. Laporan awal pihak DCA terdapat 5 bagasi yang mana penumpangnya tidak menaiki kapal terbang akhirnya Ketua Polis Negara menafikan. Sedang pihak MAS mengatakan mereka hilang hubungan 1 jam lepas penerbangan pihak tentera mengatakan mereka mendapat signal yang kapal terbang itu berpatah balik. Begitu juga pihak Imigresen menyatakan dua orang Iran itu menggunakan pasport yang sama ketika masuk dan keluar sedangkan pihak Interpol mengatakan mereka menggunakan pasport Iran ketika masuk. Semua maklumat ini gagal diselaras dengan baik membuktikan pengurusan kita menghadapi krisis amat lemah dan memalukan.


Inilah pengajaran yang dapat kita kita ambil iktibar daripada misteri kehilangan MH370 yang masih tidak diketahui dimana dan bagaimana nasib penumpang dan krew penerbangan itu. Kita doakan mereka selamat.

Selasa, 14 Januari 2014

HAJAT YANG TAK SAMPAI

SEBENTAR tadi selepas habis kerja mengadap laptop, dalam keletihan saya merenung meja tulis . Saya melihat susunan kertas dan buku rujukan yang saya gunakan, tiba-tiba saya terpandang buku “SEJARAH PERJUANGAN MELAYU” tulisan Ibrahim Mahmood, buku setebal 1011 mukasurat. Dah lama saya tak pegang buku itu kerana dah lama saya tak menulis bab politik khususnya yang berkiatan dengan perjuangan melayu.

Buku ini menjadi bahan rujukan penting saya ketika saya menjadi Pengarang/Pengurus Penerbitan Buletin UMNO Pulau Pinang yang di namakan “SUARA MUTIARA” , Buletin Pemuda UMNO Pulau Pinang “MINDA PEMUDA” dan buletin UMNO Bkit Mertajam “BULETIN BUKIT”. Buku ini juga menjadi rujukan saya ketika saya menulis article politik untuk akhbar mingguan politik seperti Era Baru, Mingguan Kota, Buletin Demokrasi, Buletin Utama, Ekslusif dan Majalah Editor Suria Janib dan lain-lain lagi.

Apabila terpandang buku itu saya ambil dan renung buku itu tanpa saya sedari airmata mengalir keluar dari kelopak mata saya. Saya terkilan hajat untuk bertemu dan memberikan anugerah besar kepada beliau tidak kesampaian.

Setelah saya membelinya terus daripada penerbit buku itu di Kuala Lumpur. Saya membaca, beliau telah menulis banyak mengenai perjuangan melayu, saya kagum. Beliau bukan saja penulis buku itu malah diantara mereka yang menandatangani Piagam Penubuhan UMNO di Kongres Melayu kedua di Istana Besar Johor pada 11 dan 12 Mei 1946. Ketika itu beliau mewakili Kesatuan Melayu Pulau Pinang.

Saya photostad cacatan mengenai pengarang buku ini dan berjumpa dengan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad ketika itu menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganugerahkan Datuk kepada beliau. Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad bersetuju dan meminta saya mencari dan memberitahu kepada beliau.

Berdasarkan maklumat buku itu beliau orang Tanjong Tokong dan ketika itu orang-orang di Tanjong Tokong dipindahkan, sebahagian besar telah pindah. Saya lalu ke Tanjong Tokong dan mencari pemimpin lama UMNO. Mereka membawa saya berjumpa dengan seorang pemimpin veteran Wanita UMNO di situ, saya dah lupa namanya. Saya berbual dan bertanyakan samada dia kenal atau tidak Ibrahim Mahmood. Alhamdulillah kebetulan dia kenal . Dia memberitahu saya yang Ibrahim Mahmood telah berpindah ke Telok Bahang, saya tanya alamat tapi dia tidak tahu. Dia minta saya bertanyakan orang Telok Bahang kawasan pertempatan orang-orang Tanjong Tokong yang di pindahkan.

Alhamdulillah walaupun susah dan payah, akhirnya saya berjumpa rumahnya tapi malang beliau tidak ada di rumah. Saya tidak beritahu tujuan saya kerana saya mahu dialah orang yang pertama tahu perkara ini, saya tinggalkan nombor telefon saya untuk dihubungi. Kebetulan rumah mereka belum ada telefon kerana petempatan baru talian telefon belum di sediakan.

Setelah menunggu agak lama beliau tidak menghubungi saya, lalu saya pergi sekali lagi pergi ke rumah beliau, perkara yang sama juga berlaku, beliau tidak ada di rumah. Menurut anaknya beliau sering berkunjung rumah anak-anaknya yang lain. Saya ulangi dua tiga kali, hajat saya tak kesampaian untuk bertemu dengan beliau.

Suatu hari ketika saya membuka akhbar harian terpandang berita yang mengatakan beliau meninggal dunia. Saya melihat gambar ramai pemimpin UMNO Pulau Pinang yang hadir termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketka itu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO serta Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Menitis airmata saya, hajat saya untuk bertemu dan berbual dengan beliau dan memberikan anugerah Datuk tidak kesampaian. Lalu saya menghubungi Datuk Seri Dr.Ibrahim Saad bertanyakan macam mana dia boleh tahu yang Ibrahim Mahmood dah meninggal dan kenapa tak beritahu saya.

Dia memberitahu ada orang yang memberitahu beliau suruh beritahu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Dr. Ibrahim juga memberitahu yang dia pun tidak tahu dan tidak pernah berjumpa dengan Ibrahim Mahmood. Menurut Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, dia ingat saya tahu kerana dia memberikan tugasan untuk bertemu dengan beliau.


Ketika saya menulis cerita ini air mata saya terus mengalir keluar membasahi pipi
kedut saya. Saya teramat kecewa gagal berjumpa orang yang sehebat beliau. Saya juga sedih tak sempat memberikan anugerah Datuk yang memang telah dipersetujui oleh Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Isnin, 23 Disember 2013

PENGGAMBARAN TELEMOVIE

Karya seterusnya dari saya "Pertemuan Di Kaki Gunung Jerai"  telah memulakan pergambaran di Gunung Jerai dan Changloon pada 21-12-2013 hingga 22-12-2013. Pergambaran seterusnya  di Taman Mutiara, Simpang Empat, Taman Bunga Raya, Pejabar Perumahan Aseania Bukit Mertajam, Safira Country Club dan beberapa tempat lain sekitar Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.






Selasa, 17 Disember 2013

SCREEN TEST DI SEBERANG JAYA

Baru-baru ini pengarah Drama Khalid Sulaiman  telah berjaya mengadakan ‘screen test’ untuk memilih pelakon tempatan untuk telemovie “PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI”  hasil karya saya.
Kepada pelakon tempatan yang berjaya di pilih membintangi drama ini diucapkan tahniah dan bagi yang gagal bukan kerana tidak berbakat tetapi tidak mempunyai watak yang sesuai untuk diberi.

Antara yang berjaya ialah :-
1.       Aida Othman  membawa watak Khaty (juga Producer dalam penerbitan drama ini)
2.       Sharifah Jauriah yang akan memegang watak Mak Timah
3.       Nizam akan membawa watak Razak
4.       Omara membawa watak Pak Leh
5.       Ali membawa watak Datuk Yahya
6.       Mid Gulai Kawah akan membawa watak Pegawai Penyiasat Polis
7.       Rina membawa watak Fifi
8.       Azimah Abu Hahan akan memegang watak Nani
9.       Tina Hamzah akan membawa watak Sherry
Dan ada lagi beberapa watak yang saya tak ingat nama mereka.



Pergambaran drama ini akan bermula pada 21hb yang akan dibuat di Kedah di sekitar kawasan Gunung Jerai  dan akan disambung di sekitar Seberang Perai khususnya Bukit Mertajam dan Seberang Jaya.