Isnin, 2 September 2019

RAHSIA BAWANG BESAR

REMEDI kesihatan di dapur rumah kita. RAHSIA BAWANG BESAR yang boleh mengawal dan mencegah pelbagai penyakin bahaya. Kita patut amalkan bagi menyelamatkan wang ringgit dan masa kita kerana sakit  kena berjumpa doctor.

Malah kita dapat menyelamatkan nyawa kita jadi jangan sia-siakan BAWANG BESAR yang ada didapur rumah kita. Makanlah secara rautin sebagai ulam setiap kali kita makan nasi di rumah.

UNTUK TERUS MENIKMATI VIDEO BERINFORMASI SEUMPAMA INI SUBCRIBE VIDEO INI. UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

SAYA MOHON KERJASAMA. TERIMA KASIH.


Sabtu, 31 Ogos 2019

CATATAN KECIL DI TANAH PERKUBURAN

CATATAN  Kecil di

Tanah Perkuburan adalah puisi  saya yang

dimuatkan dalah SEBUAH ANTOLOGI PUISI berjudul “RATIB 100 SYAIR” terbitan

GAPENA  dan diselenggarakan oleh Hamzah

Hamdani dan Marzuki Ali.

Antologi Puiisi ini Berjaya mencatit The Malaysia Book Of

Records kerana membuat pembacaan puisi tanpa henti selama 24 jam 52 minit.


MOHON KERJASAMA KAWAN UNTUK LIKE & SUBCRIBE SLIDE VIDEO

INI.  UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER

KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH

KANAN.

Rabu, 28 Ogos 2019

MENYUSURI DUNIA PENULIS

RAMAI yang merasakan dunia penulis itu glamour. Salah nak glamour jadi artis … jadi penyanyi. Dunia penulis penuh sepi berkurung dalam bilik memerah otak dan bermain kata bicara sendirian  berjam2, kadang2 berhari2 dan berminggu2.

Penulis bukan Pengarang Akhbar… Penulis juga bukan Wartawan atau Pemberita Penulis adalah penulis yang menulis mengikut gerak hati dan rasa. Penulis perakam peristiwa dalam bentk kreatif  sementara wartawan dan pemberita merakam peristiwa  berlaku.

IKUTILAH DUNIA SEPI PENULIS DIKAMARNYA.

Sekiranya kawan2 berminat VIDEO BERINFORMASI  seperti ini dan tidak mahu terlepas SUBCRIBE  VIDEO ini. SUBCRIBE macam kawan2 melanggan hanya sekali dan tidak dikenakan sebarang bayaran oleh pihak YOUTUBE.

UNTUK SUBCRIBE KLIK BANNER KECIL  BERLOGO YOUTUBE BAWAH SEBELAH KANAN.

Rabu, 24 Julai 2019

MAI BUKUKAN KARYA ANDA


Jika anda seorang penulis dan mempunyai banyak karya seperti PUISI & CERPEN yang telah disiarkan oleh  majalah dan akhbar dan anda ingin membukukannya agar ianya tersimpan dalam bentuk dokumentasi,  As Media Utara Production sedia membantu.

Sekiranya anda berkarya dan mempunyai bilangan yang cukup puisi atau cerpen sekurang-kurangnya 100 mukasurat atau gabungan PUISI & CERPEN 100 mukasurat dan anda ingin membukukannya, hubungi As Media Utara Production.

As Media Utara Production juga menawarkan khidmat penerbitan ANTOLOGI PUISI & CERPEN dan lain-lain bahan penerbitan. As Media Utara Production diasaskan oleh Arzaman Sulaiman. 

Beliau  adalah seorang penulis yang terlibat dalam pelbagai gerne seperti Cerpen, Puisi, Berita, Rencana, Skrip Drama  TV dan kini telah menyiapkan manuskrip novel sulung berjudul “Rusuh Di Kuala” juga dalam rangka menyiapkan beberapa buku untuk diterbitkan.

Arzaman Sulaiman  juga pernah terlibat dalam institusi akhbar seperti BACARIA, UTUSAN MALAYSIA juga HARIAN WATAN.  Pernah menulis untuk pelbagai penerbitan lain seperti majalah DAKWAH, EKSKULSIF,DEWAN BUDAYA, MINDA dan pelbagai lagi. Juga pernah dilantik sebagai Pengurus Penerbitan buletin untuk UMNO Pulau Pinang, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan juga UMNO Bukit Mertajam.

Berdasarkan pengalaman luas di bidang penulisan dan penerbitan Arzaman Sulaiman menubuhkan As Media Utara Production disamping menerbitkan karya-karya sendiri dapat membantu penulis membukukan karya mereka.

Penerbitan ini mempunyai ISBN yang di keluarkan oleh Perpustakaan Negara. Bagi mereka yang berminat MENGANTOLOGI PUISI & CERPEN boleh WhatsApp ke talian 019-560 7802. WhatsApp jangan buat panggilan.


DOKUMENTASIKAN KISAH HIDUP ANDA



DESIGN IKLAN BISNES UNT PROMOSI DGN HS

Sabtu, 6 Julai 2019

HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM



SLIDE BERBICARA ini mengandungi Kisah Masyarakat “HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM”. Sila luangkan masa melihatnya.

In Syaa Allah SLIDE BERBICARA ini akan menjadi SALURAN BERDAKWAH, KRITIK SOSIAL dan KISAH MASYARAKAT.

Masih dalam percubaan… dan ada lagi 5 percubaan. Dalam beberapa percubaan awal saya tengok Slide seumpama ini mendapat sambutan yang akan baik di Istagram dan Twitter di FB akan slow dan saya akan panjangkan SLIDE BERBICARA untuk blog dan FB Page.

#kisahmasyarakat
#slideberbicara
#hanyajauharimegenalmanikam
#arzamansulaiman

Jumaat, 3 Ogos 2018

NOSTALGIA BUKIT GANTANG




Kunjongan saya dan kawan-kawan Roy Alkanz dan Mohamad Irwan  ke  Resort Tok Haji Samad Changkat Ibol, Bukit Gantang baru-baru ini sebenarnya mengembalikan nostalgia lama semasa saya  berusia 7/8 tahun dahulu.

Kenangan lebih 50 tahun lalu  di mana  emak saya  selalu membawa saya  ke Bukit Gantang.   Ketika itu Tok Wan Saleh dan Tok Saadiah tinggal di sana sebelum berpindah ke Kubu Gajah,  Bukit Merah, Semanggol.


Saya  ingat2 lupa tapi yang pasti  rumah Tok Wan Saleh tepi jalan besar.   Di kawasan rumah Tok Wan Saleh terdapat banyak pokok-pokok buah2an seperti durian, rambutan, manggis dan lain2.

Saya  masih ingat kalau kami ke sana Tok Saadiah pasti  akan menghidangkan sambal durian ketika makan nasi dan kalau musim buah saya akan masukan isi manggis sama ke dalam sambal itu yang membuatkan Tok Saadiah selalu tersenyum.

Untuk ke Bukit Gantang pula saya  dan emak   terpaksa naik dan turun 4 buah bas. Kami akan naik bas dari kampung ke Bukit Mertajam. Kemudiannya kalau tidak silap, kami naik  bas dari Bukit Mertajam ke Nibong Tebal. Dari Nibong Tebal kami naik bas ke Parit Buntar dan dari Parit Buntarlah kami ambil bas ke Bukit Gantang.


Kalau dikenangkan saya dapat lihat bertapa gigihnya emak yang mengheret saya yang masih kecil naik dan turun bas untuk  membawa saya  ke rumah ayahnya. Memang selalu juga saya dan emak ke Bukit Gantang.

Kali ini saya dan kawan-kawan Resort Tok Haji Samad Changkat Ibol, Bukit Gantang adalah untuk melihat dan meninjau resort tersebut yang masih dalam pembinaan di samping makan durian. Sekiranya resort itu siap sepenuhnya dan jika ada rezeki adalah kerja yang akan kami lakukan.

Namun pembinaan resort itu masih lagi banyak yang perlu disiapkan. Berdasarkan pengamatan saya ada kira-kira 20 hingga 30% lagi dan jangkaan mengikut bulan rasanya paling cepat 3 bulan lagi.













Sabtu, 31 Mac 2018

NURZAMAN ON9 JADI MY DIARY


Blog NURZAMAN ONLINE sudah agak lama berada di alam siber. Blog ini mula dibina pada Oktober 2007  dan sehingga kini sudah 16,600 pelawat.  Kekurangan pelawat kerana blogger hanya menulis di blog ini secara berkala tidak konsisten. Berdasarkan angka  ini, Blog ini hanya dilawati lebih kurang setahun hanya 1600 orang pelawat.


Mulai hari ini blogger mengubah konsep blog NURZAMAN ONLINE akan menjadi DAIRI PERIBADI BLOGGER. Namun setiap apa yang digarap akan terselit segala fakta dan rahsia apa yang blogger lalui.

NURZAMAN sebenarnya adalah nama pena blogger ketika mula-mula memasuki dunia penulisan. Nur adalah singkatan nama isteri blogger yang digubah sedikit, nama isteri blogger Norlia. Zaman adalah nama akhir blogger lalu digabungkan menjadi NURZAMAN yang bererti SINAR ZAMAN.

Penggunakaan nama pena ini kerana blogger terpengaruh dengan penulis-penulis mampan sebelum ini yang banyak mempunyai nama pena. Mereka menggunakan nama pena bagi mengelakkan diri mereka di kesan oleh penjajah kerana mereka meniupkan api semangat perjuangan. Ada juga yang menggunakan nama pena agar hasil karya mereka sentiasa tersiar di akhbar.

Menyedari itu  dan juga sedar nama blogger sendiri ada sedikit kelainan ARZAMAN SULAIMAN maka blogger mengambil keputusan menggunakan nama sebenar.

Oleh kerana blog ini akan menjadi dairi blogger dan sekiranya ingin membaca berkiatan dengan politik, agama, bangsa dan penulisan maka ikutilah blog ARZAMAN SULAIMAN DI LINK https://arzaman.blogspot.my/

Jika ingin membaca mengenai Melayu Pulau Pinang layarilah PULAU PINANG MYNEGERI linknya https://pulaupinangmynegeri.blogspot.my/ dan jika ingin membaca mengenai Qada & Qadar layarilah blog https://disebalikqadaqadar.blogspot.my/

SELAMAT MEMBACA.