Cinta, kasih dan sayang itu tidak dapat dilihat atau
dipegang. Ianya hanya dapat dirasa di dalam hati. Namun kekuatannya cukup besar bertunjang di hati sanubari kita. Ada
masanya manusia hilang waras dan sanggup
lakukan apa saja demi cinta, kasih dan sayang.
Ini membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang
walaupun kita tidak dapat melihat dan
memegangnya namun ianya mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam hati dan
jiwa kita.
Ianya juga membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang itu juga
merupakan anugerah besar, berharga, terindah dan amat istimewa kepada kita.
Lantaran itu kita perlu menjaga dan membajainya jangan sekali-kali dicemari oleh nafsu serakah kita.
Kadang-kadang apabila kita berbicara soal cinta, kasih dan
sayang, orang ingat perasaan itu hanya milik orang muda. Tanggapan itu sama
sekali tidak betul kerana perasaan itu tidak mengenal batas usia, tidak kira
tua atau muda.
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa kita
bukan semata-mata untuk kekasih hati . Ia meliputi semua seperti ahli keluarga, kawan-kawan mahupun binatang peliharaan kita dan sebagain
ya.
Jesteru itu perasaan cinta, kasih dan sayang ini jika
benar-benar dihayati dapat menyumbang keharmonian kepada manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan makluk
lainnya.
Kita pasti pernah melihat manusia berlainan bangsa membantu
dijalan dan persekitaran kita. Bantu dan pertolongan itu diberi
berdasarkan rasa kemanusian dimana ternanammya perasaan cinta, kasih dan sayang
yang tumbuh dalam jiwa.
Namun terdapat sebahagian
manusia yang mempermain dan mempergunakan perasaan cinta, kasih dan
sayang terhadap manusia lain, dalam soal ini lazimnya bersangkutan soal percintaan.
Terdapat juga mereka
yang berlagak sebagai perjuang bangsa
memaki hamun bangsa lain, soal ini lazimnya mereka yang terlibat dalam
politik dimana pemimpin mereka menanam perasaan chauvanis kepada mereka.
Rata-rata mereka lupa hakikat yang Allah Azzawajalla telah
menanam dalam jiwa raga setiap manusia perasaan cinta kasih dan sayang dalam
hati dan jiwa manusia. Lazimnya jika kita baik dengan sesiapa saja maka imbalannya
kita juga akan mendapat layanan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Jesteru
itu kita jaga dan peliharalah perasaan cinta kasih dan sayang ini sebaik
mungkin tanda kita bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kita satu anugerah yang cukup besar, indah dan
teristimewa ini.
KLIK UNTUK IKUTI VIDEO YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan