ADAKAH kita sedar bahawa mata dan telinga kita boleh menipu? Percaya
tak? Percayakah keadaan itu boleh berlaku?
Kita tentu pernah mendengar
orang berkata : “ Betul aku melihatnya dengan mata kepala aku sendiri”.
Memang dia sendiri yang melihat perkara
itu tetapi dia tidak tahu apa yang berlaku sebelum itu yang membawa kepada
kejadian itu. Berkemungkinan sebelum itu yang kita kata betul, kerana kita melihat perkara yang lebih
awal orang itu telah melakukan perkara yang tidak betul.
Begitu juga dengan pendengaran kita. Memang betul kita mendengar pertengkaran itu tapi persoalannya kita tidak
tahu punca sebenar membawa kepada kejadian itu.Jadi berdasarkan apa yang
diperkatakan di atas, kita boleh simpulkan
bahawa mata dan telinga kita boleh menipu. Apa yang kita lihat dan
dengar tidak boleh menjadi neraca keadilan.
Samalah juga jika berlaku perselisihan antara kedua belah
pihak, kita hanya mendengar sebelah pihak maka kita tidak wajar membuat
sebarang keputusan biar pun kita memang dengar dengan telinga kita tapi hanya
dari sebelah pihak. Jika kita buat keputusan bukan kerana kebenaran dan
keadilan tetapi kerana dia kawan kita. Mungkin kita ada kepentingan yang kita
rasa kita boleh dapat dari dia.
Jika itu yang dilakukan, sudah pasti kita telah menganiaya dan
menzalimi yang seorang lagi. Apa pula hukum menganiaya dan zalim itu? Secara tidak langsung kita telah melakukan
dosa kepada orang itu, selagi kita tidak memohon kemaafan kita akan terus
mengalas dosa-dosa itu sampai bila-bila.
Jadi berdasarkan cacatan di atas, kita boleh simpulkan yang
memang mata dan telinga kita telah menipu kita. Melainkan kita buat keputusan
apa yang kita lihat dan dengar berdasarkan kawan dan kepentingan diri, kita
tetap akan memikul dosa.
Sekiranya kita tidak boleh mempercayai apa yang kita lihat
dan dengar, jadi bagaimana kesimpulan yang perlu kita buat. Apa yang perlu kita
buat dengar dan diam jangan cakap apa-apa. Jika kita berkata-kata dibimbangi
kita tidak berlaku adil dan kita bertindak zalim, orang yang dizalimi doanya
tidak ada hijab.
Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga doa mustajab (dikabulkan)
yang tidak ada keraguan di dalamnya, yaitu: doa orang yang teraniaya, doa
musafir, dan doa buruk orang tua kepada anaknya. (HR Abu Daud dan al-Tirmizi.
al-Tirmizi berkata: Hadis hasan)
Seandainya kita tetap ingin membuat kesimpulan, mudah sangat
dapatkan cerita daripada kedua-dua belah pihak. Kemudian kita nilai tanpa ada
sebarang prejudis. Allah Azzawajala memberikan kita hati. Dengarlah bisikan
halus hati nurani kita, hati nurani kita tidak pernah menipu.
Cuma pastikan hati nurani kita itu bersih daripada segala
kekotoran. Untuk membersihkan hati kita perlu berzikir dan beristigfar serta
memohon pertolongan dan bantuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar dan melakukan dosa yang
tidak sepatutnya kita lakukan.kita tidak membuat kesilapan
Kita juga perlu
mendidik hati kita dengan sifat
mahmudah seperti ikhlas, rendah diri,
zuhud dan sebagainya agar kita tidak dipengaruhi oleh nafsu.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud : “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, baiklah seluruh anggota badannya. Namun jika seandainya daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. –Hadis Riwayat Bukhari dari Numan bin Basir.
TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS. SEKIRANYA ADA KELAPANGAN TUAN/PUAN BOLEH MENGIKUTI VIDEO DARI CHANNEL SAYA. SELAMAT MENONTON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan