Jumaat, 15 Oktober 2021

KITA JAGA KITA

 HARI ini kerajaan telah membuka sempadan daerah dan negeri dan rakyat kembali dapat bergerak ke mana mana tanpa sebarang sekatan namun kita tetap perlu mengamalkan norma-norma baru dalam kehidupan kita.

 

Kita bukan saja perlu malah wajib  menjaga diri kita. Jangan abaikan pakai mask, jangan lupa penjarakan social dan kalau boleh dan tidak ada keperluan jangan kita pergi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

 

Cuma saya hairan dengan sikap orang kita, apabila kerajaan membuka sempadan umpamanya Pulau Langkawi tidak berapa lama dulu berpusu-pusu orang ramai ke sana, bagaikan sudah tidak ada hari esok. Dan kini pihak berkuasa sudah membuka sekatan merentas daerah dan negeri di yakini orang ramai akan berpusu-pusu ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.

 

Kenapa agaknya jadi begitu? Kenapa kita tak boleh bersabar menanti masa yang sesuai.  Diyakini mereka ingin menjadi orang pertama untuk melaporkan kehadiran mereka di situ dengan melaporkannya di media social dan pastinya mendapat pujian yang melambung dari kawan-kawan media social mereka.

 

Adakah sekadar itu tujuan orang ramai berpusu-pusu pergi bagaikan sudah tidak ada hari esok. Adakah mereka tidak gentar dan takut dengan pandemic Covid 19 ini? Kita harus ingat pendemik Covid 19 masih ada bersama kita dan penyakit itu tidak kenal siapa. Hakikatnya kita masih belum menang melawan Covid 19.

 

Kita juga harus ingat Covid 19 tetap akan menghampiri jika kita alpa walaupun kita sudah mendapat suntikan dua dos vaksin. Suntikan vaksin bukan satu jaminan kita tidak dijangkiti, hanya salah satu ikhtiar manusia membendong gejala tersebut.

 

Sekiranya kita imbau kembali ketika PKP atau MCO pertama kali diperkenalkan dsekitar di negara kita  sekitar 18 Mac 2020, ketika itu jangkitan Covid 19 hanya sekitar 2,000, pihak berkuasa telah membuat sekatan. Waktu itu kita dapat lihat rakyat negara ini begitu takut dan berwaspada.

 

Kini apabila pihak berkuasa membuka sempadan daerah dan negeri ketika penularan pendamik masih tinggi, lebih 3 atau 4 kali ganda ketika  pertama kali diperkenalkan PKP atau MCO. Maknanya risiko jangkitan masih terlalu tinggi dan kita rakyat biasa perlu berhati-hati dan berwaspada serta terus  mengamalkan sikap, kita jaga kita.

Tiada ulasan: