KITA semua ada mempunyai ‘sixth sense’ atau pancanindera ke
enam. Ada dikalangan kita tidak menyedarinya. Namun ada dikalangan kita yang
sedar akan wujudnya ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam namun dikabui oleh
lima pancaindera lain yang lebih nyata.
Bagi kita orang islam pula bimbang ‘sixth sense’ atau
pancanidera ke enam ini akan menimbulkan buruk sangka terhadap orang lain.
Jesteru itu kita sering mengabaikannya dan terlalu yakin akan lima pancaindera
lain itu. Sedangkan lima pancaindera ini boleh tertipu dengan lakonan mereka
yangberada di keliling kita.
Lima pancaindera yang menimbulkan keyakinan kita ialah mata, kita
akan mudah percaya apa yang kita lihat walaupun apa yang kita lihat tidak
mengambarkan apa yang sebenarnya.
Disamping itu kita mudah percaya apa yang kita dengar melalui
telinga kita. Biarpun apa yag kita dengar itu sebenarnya bukan perkara sebenar
itu hanya percakapan seorang pelakon untuk menyakinkan kita kepada sesuatu perkara
dan jauh daripada hakikat sebenar.
Begitu juga kita mudah yakin apa yang kita bau dengan
menggunakan pancaindera hidung. Sebenarnya melalui hidung ini juga kita boleh
tertipu. Misalnya ada sesaorang melalui
tepi kita dengan bau yang cukup harum ia juga tidak mengambarkan keharuman yang
sebenar. Adakah selepas hilangnya keharuman minyak wangi yang digunakan tubuh
badannya tetap harum seperti itu?
Kita juga percaya dengan pancaindera seterusnya iaitu mulut
dan lidah apabila merasa sesuatu. Kita akan tertipu apabila kita merasa sesuatu
itu manis, lemak dan sedap sedangkan disebalik itu terdapat racun yang berbisa.
Oleh sebab itu orang-orang kenamaan sebelum menjamah sesuatu makanan akan
dimakan terlebih dahulu oleh pengiringnya.
Pancaindera yang terakhir iaitu tangan. Kita akan menggunakan
tangan untuk merasa sesuatu. Melalui tangan kita dapat merasa kasar, halus,
tajam, tumpul, panas, sejuk dan
sebagainya. Pancaindera ini rasanya boleh dipakai sedikit kerana ianya melibatkan
soal fizikal.
Jesteru itu kita wajar menggunakan ‘sixth sense’ atau
pancaindera ke enam. Bagi yang
mengetahui beranggapan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini adalah
sesuatu yang cukup istimewa.
Melalui‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini kita dapat membaca
pikiran orang lain, mengetahui peristiwa atau suatu hal yang tidak diketahui
orang lain, merasakan ada sesuatu yang tidak benar, atau melihat masa depan.
Berkemungkinan mereka yang masih gagal mengesan ‘sixth sense’
atau pancaindera ke enam ini, boleh melihat contoh ini. Bagaimana seorang pendekar yang terlatih bisa
dengan tepat memukul sasaran walau matanya ditutup. Mereka menggunakan
pancaindera ke enam ini untuk melakukannya.
Alhamdulillah ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini yang
saya miliki cukup kuat. Saya banyak menggunakannya untuk berkarya. Sayangnya saya
juga seperti orang lain dalam melayari kehidupan ini, saya lebih percayakan lima pancaindera yang lain daripada pancaindera ke
enam. In Shaa Allah untuk masa akan datang saya akan banyak menggunakan ‘sixth
sense’ yang saya miliki.
Sesungguhnya pancaindera
keenam adalah alat untuk
merasakan sesuatu secara naluri. Dalam psikologi, pancaindera keenam ini dikenal sebagai extrasensory perception (ESP)
atau pancaindra tambahan yang kemampuan
menerima informasi yang tidak diperoleh melalui kelima-lima pancaindra fisik, melainkan dengan pikiran.Analisa
yang kita dapati dari ‘sixth sense’ jauh lebih tepat daripada 5 pancaindera
kita.
Kadang-kadang orang sebut ‘instinct’ atau naluri. Lazimnya
kita mempunyai ‘instinct’ yang kuat mengenai sesuatu perkara namun sering
dikabui oleh 5 pancaindera kita. Akibatnya kita kecundang dalam membuat
keputusan.
Akhir-akhir ini baru saya sedar pancaindera ke enam ini cukup
penting dalam menganalisa sesuatu informasi dan jangan sesekali kita
nafikannya. Sekiranya kelima-lima pancaindera kita melihat sesuatu yang positif
dan pancaindera keenam memberikan penilaian yang negatif maka berhati-hatilah
kita, jangan mudah percaya. Sekiranya kita percaya maka kita pasti akan terkena.
Informasi yang kita terima dari 5 pancaindera ini adalah
tidak tepat kerana manusia lazimnya suka berlakon. William Shakespeare pernah
berkata dunia adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya.
TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI ARTIKEL DI ATAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan