Ahad, 24 Oktober 2021

YANG BERHORMAT SUDAH TIDAK BERHORMAT LAGI

 DULU-DULU  sekiranya Yang Berhormat datang  ke satu-satu tempat, orang ramai begitu teruja dan kalau boleh ingin bersalam dengannya. Lebih-lebih lagi Yang Berhormat ini bergelar Datuk dan sebagainya.

 

Namun perkembangan akhir-akhir ini Yang Berhormat sudah tidak dilihat berhormat lagi dan sudah hilang kehormatan diri  di mata orang ramai. Ini disebabkan tindak tanduk mereka yang bergelar Yang Berhormat menjadi katak melompat ke sana dan sini bukan kerana perjuangan membela rakyat yang  sebaliknya mengejar kedudukan.

 

Rakyat dapat melihat dengan jelas permainan mereka yang bergelar Yang Berhormat yang sudah hilang kehormatan diri semata-mata mengejar kedudukan dalam usaha mengembungkan poket dan perut.

 

Disamping itu mereka yang bergelar Yang Berhormat tanpa segan silu menyanggah presiden parti dan keputusan partinya  sendiri kerana Presidennya tidak berjawatan dalam kerajaan. Mereka lupa mereka mendapat gelaran Yang Berhormat kerana mewakili parti yang mereka sanggah.

 

Mereka juga lupa, sekiranya mereka tidak bergelar Yang Berhormat adakah orang-orang yang angkat mereka akan mengangkat mereka? Tidak ada orang yang akan memandang mereka sekiranya mereka bukan wakil rakyat.

 

Mereka juga lupa orang ramai mengangkat mereka bukan kerana nama mereka sipulan bin atau binti sipulan tetapi atas nama parti yang mereka wakili.Malah ada diantara mereka yang rakyat tidak kenal tetapi mengundi mereka atas lambing parti yang mereka wakili.

 

Jesteru itu apabila mereka dilantik menjadi wakil rakyat sesuatu kawasan mereka harus berjuang dan menjaga kepentingan rakyat kawasan mereka. Sekiranya ada sesuatu dasar baru yang diperkenalkan mereka harus mempertimbangkan kepentingan rakyat kawasan mereka dan adakah dasar itu selaras dengan perjuangan parti yang mereka wakili.

 

Seandainya mereka dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco Kerajaan Negeri maka tugas mereka lebih luas menjaga rakyat di kawasan mereka semata-mata malah telah mencangkupi keseluruhan rakyat mengikut portfolio yang diberikan.

 

Bukannya apabila berjawatan dalam kerajaan kita akan menjadi angkuh, berlaku sombong dan ego dan membuat dua dasar yang berbeza untuk orang ramai dan golongan kayangan. Kalau orang ramai ditangkap disaman dan didenda  Jika kesalahan berlaku dikalangan mereka yang membuat dasar didiamkan.

 

Baru-baru  ini Menteri Kesihatan telah mendapat pujian daripada wakil rakyat pembangkang kerana kejayaannya mengemudikan Kementerian Kesihatan. Rupa-rupanya pujian itu telah membuat dia lupa diri dan ingin menyusahkan hidup rakyat kerana semata-mata tidak mahu mengambil vaksin.

 

Sedangkan sebelum ini kerajaan sendiri mengatakan tidak akan  diwajibkan untuk mengambil vaksin. Kerajaan mengsasarakan dapat mevaksinkan 80% penduduk dewasa bagi mencapai tahap ‘herd immunity’.

 

Hari ini orang dewasa yang mengambil vaksin sudah melebihi 90% dan telah mencapai ‘herd immunity’ yang disasarkan. Pelbagai sekatan lain telah dibuat namun mereka tidak pernah cakap apa. Kini Menteri Kesihatan mengatakan  ingin menyusahkan lagi mereka yang tidak mengambil vaksin.Mengapa sampai begitu sekali sikap mereka?

 

Jesteru itu mulai hari ini disarankan kita orang ramai hanya panggil mereka YB tapi dalam hati mengiktikadkan YB itu Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat. Jangan sekali-kali panggil mereka Yang Berhormat kerana itulah hakikat sebenar, mereka bekerja untuk rakyat bukannya menjadi tuan kepada rakyat.

 

Apabila kita membahasakan diri mereka Yang Berhormat, mereka merasakan diri mereka adalah tuan kepada rakyat. Malah sikap dan tindak tanduk mereka tidak melayakkan mereka di gelar Yang Berhormat. Harus diingat rakyat adalah tuan sebenar..

Tiada ulasan: