ZAMAN telah berubah, zaman ini dikatakan zaman serba canggih namun
di zaman inilah kita sukar untuk mencari
sahabat sejati jika hendak dibandingkan zaman dulu.
Zaman yang dikatakan canggih
ini kawan boleh datang dan pergi seiring berjalannya masa. Kawan datang dan
pergi ini bukan saya di alam maya malah di alam realiti juga begitu. Kita boleh
lihat disekeliling kita dan mungkin juga apa yang berlaku kepada kita.
Mereka akan datang kepada kita jika mereka merasakan mereka
boleh dapat sesuatu dari kita. Apabila mereka sudah memperolihinya atau gagal
mendapatkannya, mereka akan pergi.
Sekiranya mereka tidak pergi dan kita sudah merasakan begitu
sikap mereka pastinya kita juga akan pergi. Zaman ini sukar untuk kita
mendapakan sesaorang kawan yang punya semangat setia kawan yang tinggi.
Ada yang berkawan dengan kita dan nampak memang baik sangat dengan kita tapi hakikatnya perilaku mereka penuh dengan
kepalsuan. Mereka baik dengan kita kerana mereka merasakan boleh manipulasikan kita untuk
kepentingan mereka sahaja. Beginilah
sikap orang zaman yang dikatakan maju ini.
Sepatutnya sebagai kawan kita perlu terapkan konsep “win win situation” dalam apa jua
keadaan, bak kata perpatah melayu hati
gajah sama dilapah hati kuman sama di
cicah. Sebagai kawan kita perlu saling mendukung antara satu sama lain.
Jesteru itu kita wajar menghindari orang seperti ini, kerana
mereka langsung tidak memikirkan soal
kita sebaliknya mereka hanya memikirkan keberuntungan mereka sahaja. Mereka juga tidak ada hati dan perasaan terhadap
kita, sebagai kawan mereka.
Pastinya orang seperti ini langsung tidak memberikan manafaat
kepada kita malah akan menjadi toxic dalam hidup kita. Jesteru itu kita
perlu bijak menyaring mereka di sekeliling kia sebelum di angkat martabat mereka sebagai
kawan apa lagi sahabat kita dan hidup saling membantu antara satu sama lain.
Bagi menyaring kawan-kawan yang ada disekeliling kita untuk mengenal
pasti mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kita bukan satu perkara yang mudah.
Mereka
bijak melakonkan watak baik dan berjaya mengabui mata dan hati kita.
Jadi bagi menyaringnya kita perlu penapis yang cukup halus.
Pada dasarnya persahabatan kita tidak didasari dengan apa
motif sekali pun dan kita harus saling menerima antara satu sama lain seadanya.
Mereka tidak memadang
keadaan kita, Ilmu kita, harta atau kedudukan kita. Satu-satunya alasan kenapa
mereka ingin bersahabat dengan kita karena mereka merasa senang dan nyaman
dengan kita.
Lihatlah pandangan saidina Ali Bin Abi Thalib : "ALI bin
Abi Thalib pernah ditanya, “Berapa orangkah SAHABAT SEJATIMU? " Jawab beliau,
“AKU TIDAK TAU,"
"Tungguhlah nanti ketika AKU sedang kesulitan, lalu
lihatlah berapa orang yang masih SETIA bersamaku.
Itulah SAHABAT sejatiku," jawabnya.
SILA LAWATI SAMA MY YOUTUBE CHANNEL DENGAN VIDEO "AKU TERAMAT RINDU"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan