Jumaat, 9 September 2022

WAKIL RAKYAT UMPAMA ‘PEGAR’ YANG MAKAN PADI

 


PERPATAH melayu  berbunyi “ HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” malahan ada yang berpendapat “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI” Mana  satu yang  betul “PEGAR” atau “PAGAR”?

Rata-rata orang menggunakan perkataan ‘PAGAR’. Tepikir juga saya bagaimana ‘PAGAR’ makan padi? Adakah setelah pagar rebah dan binatang masuk sawah dianggap ‘PAGAR” makan padi? Timbul juga persoalan lazimnya sawah tidak pernah di pagar. Jadi bagaimana?

Setelah saya memasuki dunia penulisan saya membeli Kamus Dewan iaitu kamus bahasa melayu  dan saya mencarinya. Saya dapati dalam kamus dewan muka surat 925, Pegar=ayam, burung, burung tatera, lophura ignite rufa, barulah saya mengerti.  Zaman ini mudah ada Mr. Goggle gambar pun kita boleh cari.

Sejak itu saya menyakini bukan ‘PAGAR’  tapi ‘PEGAR’.  Dalam majalah Dewan Kosmik, tulisan Jasmi Abdul dalam keluaran Mei 2015, ada menjelaskan perihal ayam pegar. Ayam pegar atau nama saintifiknya, Lopura ignita atau juga dikenali sebagai  Crested-Fireback Pheasant dikatakan sama saiz dengan ayam kampung.

 Walau bagaimanapun, ayam pegar diklasifikasikan dalam kumpulan Phesanidae iaitu sekumpulan dengan burung kuang raya, kuang cermin, kuang gunung, merah mata, dana yam hutan. Menurut kepercayaan orang dahulu, ayam pegar jantan digunakan untuk menjaga tanaman tuannya.

Ayam pegar dipelihara untuk menjaga padi daripada binatang-binatang perosak seperti burung dan tikus. Tetapi, ayam ini juga pemakan padi. Keterangan ini memantapkan lagi pegangan saya dalam isu ini.

Namun begitu  Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.

Sehingga kini, sama ada ‘PAGAR’ ataupun ‘PEGAR’ masih belum diputuskan perkataan mana satu yang betul atau salah. Selama belum ada kesahihannya, adalah lebih baik jika kita tidak mengelirukan orang ramai terutama golongan pelajar tentang peribahasa tersebut. Setakat hari ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu “Harapkan pagar, pagar makan padi.” kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.

Masalah ‘PAGAR’ atau ’PEGAR’ kita letak tepi dulu yang pasti maksudnya sama. Maksudnya: Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.

Perkara ini memang banyak berlaku di dalam mayarakat kita hari ini. Kita lihat dikeliling kita, ada dikalangan adik beradik  yang  khianat setelah diberi kepercayaan. Ada  kawan-kawan yang tidak boleh diharap dan bersikap khainat.

Malah yang paling jelas hari ini sikap ahli-ahli politik, rata-rata ahli politik khainat amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.  Majoriti rakyat yagg mengundi tidak kenal  Ahmad, Ah Chong atau Muthu yang menjadi  calon.

Rata-rata rakyat hanya  mengundi lambang yang di wakili oleh mereka. Namun apabila menang  sebagai calon dan parti yang diwakili kalah dan gagal membentuk kerajaan mereka melompat menyokong  parti yang menang.

Tujuan mereka melompat kerana di tawarkan jawatan atau pun mereka ada kes dan berharap kerajaan tidak membuka kes mereka. Maka rakyat marhean yang mengund mereka pasti kecewa  dan sikap mereka ini kita boleh ibaratkan seperti “HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI”

Begitu juga Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri  yang selalu ponteng persidangan dewan rakyat atau dewan undangan negeri juga boleh kita sifatkan sebagai “HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” kerana kita harapkan mereka bersuara dan memperjuangan nasib rakyat di kawasan mereka , jadi apabila mereka tidak pergi bersuara dan berjuang untuk rakya maka hanya mereka sajalah yang kenyang makan elaun wakil rakyat.

Jadi bagi menghadapi PRU 15 ini kita harus berhati-hati jangan lagi pilih calon wakil rakyat berdasarkan lambing kita perlu selidiki betul-betul sikap dan perwatakan mereka. Walaupun selepas  PRU 15 ini mereka agak susah menjadi katak kerana sudah ada undang-undang anti lompat parti tetapi tidak mustahil  tetap ada jika kemenangan parti yang menang dengan majority kecil maka mereka akan mencari helah.


KLIK UTUK IKUTI CHANNEL YOUTUBE SAYA

TKI M'SIA VS NETIZEN INDO



Tiada ulasan: