Khamis, 13 Ogos 2009

SUDUT PANDANGAN

Keris Senjata Hikmat Melayu Yang Dilupakan
BARU-BARU ini aku ke Kulim dan kebiasaan apabila aku pergi Kulim aku akan singgah minum di kedai kopi Hj. Yusof (orang Bukit Teh) dekat dengan supermarket Yawata dulu. Memang situlah stesyen aku jika ke kulim dan tidak ada benda yang hendak di buat.

Di kedai itu selalu juga aku terserempak dengan Kak Wan bekas Bendahari, Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang dengan suaminya. Aku tak tahu siapa suaminya jadi aku jarang duduk berbual dengan mereka, kami hanya bertegur sapa saja. Hari itu apabila aku masuk kedai kedua-dua suami isteri itu memang telah sedai ada di situ. Aku mengangguk sambil melemparkan senyuman kepada mereka.



Apabila aku duduk dan memesan minuman suami Kak Wan memanggil aku. Dia menunjukkan akhbar milik tauke kedai ada di meja yang mereka duduki. Suami Kak Wan beriya-iya memanggil aku. Lalu aku bangkit dan duduk bersama mereka. Sambil membelet akhbar kami berbual dan aku baru tahu suami Kaka Wan ini seorang pensyarah bebbas penulisan skrip. Lazimnya program-program anjuran Finas beliau akan turut serta.

Dalam perbualan itu beliau mencadangkan agar aku menganjurkan Kursus Singkat Penulisan Skrip dan beliau bersedia memberikan kerjasama menjayakan program tersebut. Setelah habis berbincang soal itu beliau memberitahu yang beliau baru saja habis membuat pengambaran mengenai keris yang akan di hantar untuk National Geography.

Beliau menceritakan, semasa membuat penyelidikan dan pengambaran beliau merasakan ada sesuatu yang istimewa yang terdapat di keris. Lalu beliau teringat, Keris adalah senjata misteri orang melayu yang telah dilupakan oleh orang melayu. Kami berbual panjang mengenai itu. Beliau yakin hari ini di rumah-rumah orang melayu sudah tidak da walaupun sebilah keris dan beliau berazam untuk mencari dan menyimpan di rumah.

Menurut pendapat beliau, mungkin kerana itulah orang melayu sudah hilang keberanian. Aku juga terfikir perkara yang sama, kalau Jepun terkenal dengan pedang samurai dan sudah tentu orang melayu adalah keris. Aku juga berazam untuk mencari dan menyimpan sekurang-kurangnya sebilah sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada anak cucu kita nanti inilah senjata orang melayu.

Aku juga berharap agar setiap keluarga melayu di negara ini menyimpan sekurang-kurangnya sebilah keris sebagai memberikan semangat untuk terus berjuang, bukannya bacul dan mengikut terlunjuk orang yang berkuasa kerana takut akan kehilangan jawatan, pangkat dan wang ringgit.

JUMPA KAWAN LAMA DATUK BAKAR

AGAK lama saya tidak menemui  Datuk Abu Bakar Abdullah  kerana beliau banyak menetap di Kuala Lumpur. Cuma baru-baru ini  ketika beliau bal...