Selasa, 9 November 2021

PERASAAN CINTA KASIH DAN SAYANG AMANAH ALLAH

 PERASAAN cinta, kasih dan sayang memang tumbuh dan berada dalam jiwa kita. Jesteru itu setiap orang mendambakan cinta, mencinta dan dicintai. Perasaan ini kita warisi daripada bapa dan ibu segala manusia ia itu Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa.

Cinta, kasih dan sayang itu tidak dapat dilihat atau dipegang. Ianya hanya dapat dirasa di dalam hati. Namun kekuatannya cukup  besar bertunjang di hati sanubari kita. Ada masanya manusia hilang waras dan  sanggup lakukan apa saja demi cinta, kasih dan sayang.

Ini membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang walaupun kita  tidak dapat melihat dan memegangnya namun ianya mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam hati dan jiwa kita.

Ianya juga membuktikan bahawa  perasaan cinta, kasih dan sayang itu juga merupakan anugerah besar, berharga, terindah dan amat istimewa kepada kita. Lantaran itu  kita perlu menjaga dan membajainya  jangan sekali-kali dicemari  oleh nafsu serakah kita.

Kadang-kadang apabila kita berbicara soal cinta, kasih dan sayang, orang ingat perasaan itu hanya milik orang muda. Tanggapan itu sama sekali tidak betul kerana perasaan itu tidak mengenal batas usia, tidak kira tua atau muda.

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa kita bukan semata-mata untuk kekasih hati . Ia meliputi semua seperti  ahli keluarga, kawan-kawan  mahupun binatang peliharaan kita dan sebagain ya.

Jesteru itu perasaan cinta, kasih dan sayang ini jika benar-benar dihayati dapat menyumbang keharmonian kepada manusia  yang terdiri  daripada pelbagai jenis bangsa dan makluk lainnya.

Kita pasti pernah melihat manusia berlainan bangsa  membantu  dijalan dan persekitaran kita. Bantu dan pertolongan itu diberi berdasarkan rasa kemanusian dimana ternanammya perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa.

Namun terdapat sebahagian  manusia yang mempermain dan mempergunakan perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap manusia lain, dalam soal ini lazimnya bersangkutan soal  percintaan.

Terdapat juga mereka  yang berlagak sebagai perjuang bangsa  memaki hamun bangsa lain, soal ini lazimnya mereka yang terlibat dalam politik dimana pemimpin mereka menanam perasaan  chauvanis kepada mereka.

Rata-rata mereka lupa hakikat yang Allah Azzawajalla telah menanam dalam jiwa raga setiap manusia perasaan cinta kasih dan sayang dalam hati dan jiwa manusia. Lazimnya jika kita baik dengan sesiapa saja maka imbalannya kita juga akan mendapat layanan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Jesteru itu kita jaga dan peliharalah perasaan cinta kasih dan sayang ini sebaik mungkin tanda kita bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kita  satu anugerah yang cukup besar, indah dan teristimewa ini.

KLIK UNTUK IKUTI VIDEO YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA




Ahad, 7 November 2021

SELAMA 5 TAHUN

 Lima tahun telah berlalu

Lima tahun adalah satu jangka masa  yang  lama

kalau  bayi

sudah mampu  berlari

sudah bisa  berbicara

 

kalau  YB

Lima tahun adalah  sepenggal perkhidmatan

Sudah ramai yang kita kenal

Dan pasti  banyak jasa yang sudah  ditaburkan

dan sudah layak  mendapat pencen

 

Selama 5 tahun kita bersama

Selama lima tahun kita berkawan

Dan selama lima  tahun kita bersahabat

hampir setiap hari kita bersama

Untuk selama 5 tahun

 

Kita menjalani batas-batas kehidupan bersama

Biar pun kita dibatasi jarak

Namun tidak pernah menjadi halangan

Dan kita  berjanji akan terus bersama

Akan terus menjadi kawan

Akan terus menjadi sahabat sampai bila-bila

kita senang dan bahagia dengan cara kita

 

Ketika itu kau susah

kau dibelit pelbagai permasalahan

Bukan soal  wang ringgit

Tapi ….

perkara yang berligar  di kelilingimu

tugas… kawan dan pelbagai lagi

 

 

ketika  itulah aku membimbingmu

aku meniupkan  api semangat

aku memberi dan membuka jalan

aku membantu kau mengatasi segala permasalahanmu

kau menjadi kawan yang paling baik

kau menjadi teman yang paling  setia

tapi hanya untuk lima tahun

 

 

Setelah kau senang

Kau mula ego….

Kau mula sombong…

Lupa segala janji yang dimenteri

Kau sudah tidak pedulikan aku

Dan sudah Juga tidak mahu dengarkan kataku

Semuanya selepas lima tahun

 

Tak mengapa

Aku sedar siapa aku

Aku redha dalam keterpaksaan

Kerana itulah fitrah manusia

Rata-rata manusia mudah lupa diri

Lupa siapa yang membantu ketika susah

Selepas lima tahun

Aku pasrah  biar pun aku terkilan.


HASIL KARYA  :-

ARZAMAN SULAIMAN

PADANG SERAI, KEDAH.


SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI VIDEO YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA : 

"LIFE BEGIN AT 40! BETULKAH?"





Ahad, 24 Oktober 2021

YANG BERHORMAT SUDAH TIDAK BERHORMAT LAGI

 DULU-DULU  sekiranya Yang Berhormat datang  ke satu-satu tempat, orang ramai begitu teruja dan kalau boleh ingin bersalam dengannya. Lebih-lebih lagi Yang Berhormat ini bergelar Datuk dan sebagainya.

 

Namun perkembangan akhir-akhir ini Yang Berhormat sudah tidak dilihat berhormat lagi dan sudah hilang kehormatan diri  di mata orang ramai. Ini disebabkan tindak tanduk mereka yang bergelar Yang Berhormat menjadi katak melompat ke sana dan sini bukan kerana perjuangan membela rakyat yang  sebaliknya mengejar kedudukan.

 

Rakyat dapat melihat dengan jelas permainan mereka yang bergelar Yang Berhormat yang sudah hilang kehormatan diri semata-mata mengejar kedudukan dalam usaha mengembungkan poket dan perut.

 

Disamping itu mereka yang bergelar Yang Berhormat tanpa segan silu menyanggah presiden parti dan keputusan partinya  sendiri kerana Presidennya tidak berjawatan dalam kerajaan. Mereka lupa mereka mendapat gelaran Yang Berhormat kerana mewakili parti yang mereka sanggah.

 

Mereka juga lupa, sekiranya mereka tidak bergelar Yang Berhormat adakah orang-orang yang angkat mereka akan mengangkat mereka? Tidak ada orang yang akan memandang mereka sekiranya mereka bukan wakil rakyat.

 

Mereka juga lupa orang ramai mengangkat mereka bukan kerana nama mereka sipulan bin atau binti sipulan tetapi atas nama parti yang mereka wakili.Malah ada diantara mereka yang rakyat tidak kenal tetapi mengundi mereka atas lambing parti yang mereka wakili.

 

Jesteru itu apabila mereka dilantik menjadi wakil rakyat sesuatu kawasan mereka harus berjuang dan menjaga kepentingan rakyat kawasan mereka. Sekiranya ada sesuatu dasar baru yang diperkenalkan mereka harus mempertimbangkan kepentingan rakyat kawasan mereka dan adakah dasar itu selaras dengan perjuangan parti yang mereka wakili.

 

Seandainya mereka dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco Kerajaan Negeri maka tugas mereka lebih luas menjaga rakyat di kawasan mereka semata-mata malah telah mencangkupi keseluruhan rakyat mengikut portfolio yang diberikan.

 

Bukannya apabila berjawatan dalam kerajaan kita akan menjadi angkuh, berlaku sombong dan ego dan membuat dua dasar yang berbeza untuk orang ramai dan golongan kayangan. Kalau orang ramai ditangkap disaman dan didenda  Jika kesalahan berlaku dikalangan mereka yang membuat dasar didiamkan.

 

Baru-baru  ini Menteri Kesihatan telah mendapat pujian daripada wakil rakyat pembangkang kerana kejayaannya mengemudikan Kementerian Kesihatan. Rupa-rupanya pujian itu telah membuat dia lupa diri dan ingin menyusahkan hidup rakyat kerana semata-mata tidak mahu mengambil vaksin.

 

Sedangkan sebelum ini kerajaan sendiri mengatakan tidak akan  diwajibkan untuk mengambil vaksin. Kerajaan mengsasarakan dapat mevaksinkan 80% penduduk dewasa bagi mencapai tahap ‘herd immunity’.

 

Hari ini orang dewasa yang mengambil vaksin sudah melebihi 90% dan telah mencapai ‘herd immunity’ yang disasarkan. Pelbagai sekatan lain telah dibuat namun mereka tidak pernah cakap apa. Kini Menteri Kesihatan mengatakan  ingin menyusahkan lagi mereka yang tidak mengambil vaksin.Mengapa sampai begitu sekali sikap mereka?

 

Jesteru itu mulai hari ini disarankan kita orang ramai hanya panggil mereka YB tapi dalam hati mengiktikadkan YB itu Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat. Jangan sekali-kali panggil mereka Yang Berhormat kerana itulah hakikat sebenar, mereka bekerja untuk rakyat bukannya menjadi tuan kepada rakyat.

 

Apabila kita membahasakan diri mereka Yang Berhormat, mereka merasakan diri mereka adalah tuan kepada rakyat. Malah sikap dan tindak tanduk mereka tidak melayakkan mereka di gelar Yang Berhormat. Harus diingat rakyat adalah tuan sebenar..

Selasa, 19 Oktober 2021

“SIXTH SENSE” TIDAK PERNAH MENIPU KITA

KITA semua ada mempunyai ‘sixth sense’ atau pancanindera ke enam. Ada dikalangan kita tidak menyedarinya. Namun ada dikalangan kita yang sedar akan wujudnya ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam namun dikabui oleh lima pancaindera lain yang lebih nyata.

Bagi kita orang islam pula bimbang ‘sixth sense’ atau pancanidera ke enam ini akan menimbulkan buruk sangka terhadap orang lain. Jesteru itu kita sering mengabaikannya dan terlalu yakin akan lima pancaindera lain itu. Sedangkan lima pancaindera ini boleh tertipu dengan lakonan mereka yangberada di keliling kita.

Lima pancaindera yang menimbulkan keyakinan kita ialah mata, kita akan mudah percaya apa yang kita lihat walaupun apa yang kita lihat tidak mengambarkan apa yang sebenarnya.

 

Disamping itu kita mudah percaya apa yang kita dengar melalui telinga kita. Biarpun apa yag kita dengar itu sebenarnya bukan perkara sebenar itu hanya percakapan seorang pelakon untuk menyakinkan kita kepada sesuatu perkara dan  jauh daripada hakikat sebenar.

 

Begitu juga kita mudah yakin apa yang kita bau dengan menggunakan pancaindera hidung. Sebenarnya melalui hidung ini juga kita boleh tertipu.  Misalnya ada sesaorang melalui tepi kita dengan bau yang cukup harum ia juga tidak mengambarkan keharuman yang sebenar. Adakah selepas hilangnya keharuman minyak wangi yang digunakan tubuh badannya tetap harum seperti itu?

 

Kita juga percaya dengan pancaindera seterusnya iaitu mulut dan lidah apabila merasa sesuatu. Kita akan tertipu apabila kita merasa sesuatu itu manis, lemak dan sedap sedangkan disebalik itu terdapat racun yang berbisa. Oleh sebab itu orang-orang kenamaan sebelum menjamah sesuatu makanan akan dimakan terlebih dahulu oleh pengiringnya.

 

Pancaindera yang terakhir iaitu tangan. Kita akan menggunakan tangan untuk merasa sesuatu. Melalui tangan kita dapat merasa kasar, halus, tajam, tumpul, panas,  sejuk dan sebagainya. Pancaindera ini rasanya boleh dipakai sedikit kerana ianya melibatkan soal fizikal.

 

Jesteru itu kita wajar menggunakan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam.  Bagi yang mengetahui beranggapan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini adalah sesuatu yang cukup istimewa.

 

Melalui‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini kita dapat membaca pikiran orang lain, mengetahui peristiwa atau suatu hal yang tidak diketahui orang lain, merasakan ada sesuatu yang tidak benar, atau melihat masa depan.

 

Berkemungkinan mereka yang masih gagal mengesan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini, boleh melihat contoh ini.  Bagaimana seorang pendekar yang terlatih bisa dengan tepat memukul sasaran walau matanya ditutup. Mereka menggunakan pancaindera ke enam ini untuk melakukannya.

 

Alhamdulillah ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini yang  saya miliki cukup kuat. Saya  banyak  menggunakannya untuk berkarya. Sayangnya saya juga seperti orang lain dalam melayari kehidupan ini,  saya lebih percayakan lima  pancaindera yang lain daripada pancaindera ke enam. In Shaa Allah untuk masa akan datang saya akan banyak menggunakan ‘sixth sense’ yang saya miliki.

 

Sesungguhnya pancaindera  keenam adalah  alat untuk merasakan sesuatu secara naluri. Dalam psikologi, pancaindera  keenam ini  dikenal sebagai extrasensory perception (ESP) atau pancaindra tambahan yang  kemampuan menerima informasi yang tidak diperoleh melalui kelima-lima  pancaindra fisik, melainkan dengan pikiran.Analisa yang kita dapati dari ‘sixth sense’ jauh lebih tepat daripada 5 pancaindera kita.

 

Kadang-kadang orang sebut ‘instinct’ atau naluri. Lazimnya kita mempunyai ‘instinct’ yang kuat mengenai sesuatu perkara namun sering dikabui oleh 5 pancaindera kita. Akibatnya kita kecundang dalam membuat keputusan.

 

Akhir-akhir ini baru saya sedar pancaindera ke enam ini cukup penting dalam menganalisa sesuatu informasi dan jangan sesekali kita nafikannya. Sekiranya kelima-lima pancaindera kita melihat sesuatu yang positif dan pancaindera keenam memberikan penilaian yang negatif maka berhati-hatilah kita, jangan mudah percaya. Sekiranya kita percaya maka kita pasti akan terkena.

Informasi yang kita terima dari 5 pancaindera ini adalah tidak tepat kerana manusia lazimnya suka berlakon. William Shakespeare pernah berkata dunia adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya.

  

TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI ARTIKEL DI ATAS



Jumaat, 15 Oktober 2021

KITA JAGA KITA

 HARI ini kerajaan telah membuka sempadan daerah dan negeri dan rakyat kembali dapat bergerak ke mana mana tanpa sebarang sekatan namun kita tetap perlu mengamalkan norma-norma baru dalam kehidupan kita.

 

Kita bukan saja perlu malah wajib  menjaga diri kita. Jangan abaikan pakai mask, jangan lupa penjarakan social dan kalau boleh dan tidak ada keperluan jangan kita pergi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

 

Cuma saya hairan dengan sikap orang kita, apabila kerajaan membuka sempadan umpamanya Pulau Langkawi tidak berapa lama dulu berpusu-pusu orang ramai ke sana, bagaikan sudah tidak ada hari esok. Dan kini pihak berkuasa sudah membuka sekatan merentas daerah dan negeri di yakini orang ramai akan berpusu-pusu ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.

 

Kenapa agaknya jadi begitu? Kenapa kita tak boleh bersabar menanti masa yang sesuai.  Diyakini mereka ingin menjadi orang pertama untuk melaporkan kehadiran mereka di situ dengan melaporkannya di media social dan pastinya mendapat pujian yang melambung dari kawan-kawan media social mereka.

 

Adakah sekadar itu tujuan orang ramai berpusu-pusu pergi bagaikan sudah tidak ada hari esok. Adakah mereka tidak gentar dan takut dengan pandemic Covid 19 ini? Kita harus ingat pendemik Covid 19 masih ada bersama kita dan penyakit itu tidak kenal siapa. Hakikatnya kita masih belum menang melawan Covid 19.

 

Kita juga harus ingat Covid 19 tetap akan menghampiri jika kita alpa walaupun kita sudah mendapat suntikan dua dos vaksin. Suntikan vaksin bukan satu jaminan kita tidak dijangkiti, hanya salah satu ikhtiar manusia membendong gejala tersebut.

 

Sekiranya kita imbau kembali ketika PKP atau MCO pertama kali diperkenalkan dsekitar di negara kita  sekitar 18 Mac 2020, ketika itu jangkitan Covid 19 hanya sekitar 2,000, pihak berkuasa telah membuat sekatan. Waktu itu kita dapat lihat rakyat negara ini begitu takut dan berwaspada.

 

Kini apabila pihak berkuasa membuka sempadan daerah dan negeri ketika penularan pendamik masih tinggi, lebih 3 atau 4 kali ganda ketika  pertama kali diperkenalkan PKP atau MCO. Maknanya risiko jangkitan masih terlalu tinggi dan kita rakyat biasa perlu berhati-hati dan berwaspada serta terus  mengamalkan sikap, kita jaga kita.

Ahad, 10 Januari 2021

MATA DAN TELINGA BOLEH MENIPU

ADAKAH kita sedar bahawa mata dan telinga kita boleh menipu? Percaya tak? Percayakah keadaan itu boleh berlaku?

Kita tentu pernah mendengar  orang berkata : “ Betul aku melihatnya dengan mata kepala aku sendiri”. Memang  dia sendiri yang melihat perkara itu tetapi dia tidak tahu apa yang berlaku sebelum itu yang membawa kepada kejadian itu. Berkemungkinan sebelum itu yang  kita kata betul,  kerana kita melihat perkara yang lebih awal  orang  itu telah melakukan perkara yang tidak betul.

Begitu juga dengan pendengaran kita. Memang betul  kita mendengar  pertengkaran itu tapi persoalannya kita tidak tahu punca sebenar membawa kepada kejadian itu.Jadi berdasarkan apa yang diperkatakan di atas, kita boleh simpulkan  bahawa mata dan telinga kita boleh menipu. Apa yang kita lihat dan dengar tidak boleh menjadi neraca keadilan.

Samalah juga jika berlaku perselisihan antara kedua belah pihak, kita hanya mendengar sebelah pihak maka kita tidak wajar membuat sebarang keputusan biar pun kita memang dengar dengan telinga kita tapi hanya dari sebelah pihak. Jika kita buat keputusan bukan kerana kebenaran dan keadilan tetapi kerana dia kawan kita. Mungkin kita ada kepentingan yang kita rasa kita boleh dapat dari dia.

Jika itu yang dilakukan, sudah pasti kita telah menganiaya dan menzalimi yang seorang lagi. Apa pula hukum menganiaya dan zalim itu?  Secara tidak langsung kita telah melakukan dosa kepada orang itu, selagi kita tidak memohon kemaafan kita akan terus mengalas dosa-dosa itu sampai bila-bila.



Jadi berdasarkan cacatan di atas, kita boleh simpulkan yang memang mata dan telinga kita telah menipu kita. Melainkan kita buat keputusan apa yang kita lihat dan dengar berdasarkan kawan dan kepentingan diri, kita tetap akan memikul dosa.

Sekiranya kita tidak boleh mempercayai apa yang kita lihat dan dengar, jadi bagaimana kesimpulan yang perlu kita buat. Apa yang perlu kita buat dengar dan diam jangan cakap apa-apa. Jika kita berkata-kata dibimbangi kita tidak berlaku adil dan kita bertindak zalim, orang yang dizalimi doanya tidak ada hijab.

Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga doa mustajab (dikabulkan) yang tidak ada keraguan di dalamnya, yaitu: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa buruk orang tua kepada anaknya. (HR Abu Daud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata: Hadis hasan)

Seandainya kita tetap ingin membuat kesimpulan, mudah sangat dapatkan cerita daripada kedua-dua belah pihak. Kemudian kita nilai tanpa ada sebarang prejudis. Allah Azzawajala memberikan kita hati. Dengarlah bisikan halus hati nurani kita, hati nurani kita tidak pernah menipu.


Cuma pastikan hati nurani kita itu bersih daripada segala kekotoran. Untuk membersihkan hati kita perlu berzikir dan beristigfar serta memohon pertolongan dan bantuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala  agar dan melakukan dosa yang tidak sepatutnya kita lakukan.kita tidak membuat kesilapan

 Kita juga perlu mendidik hati kita  dengan sifat mahmudah  seperti ikhlas, rendah diri, zuhud dan sebagainya agar kita tidak dipengaruhi oleh nafsu.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud : “ Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, baiklah seluruh anggota  badannya. Namun jika seandainya daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. –Hadis Riwayat Bukhari dari Numan bin Basir. 


TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS. SEKIRANYA ADA KELAPANGAN TUAN/PUAN BOLEH MENGIKUTI VIDEO DARI  CHANNEL SAYA. SELAMAT MENONTON


SEKIRANYA TUAN/PUAN INGIN MENULIS BOLEH HANTAR ARTIKEL, CERPEN, PUISI DAN LAIN-LAIN. CERPEN DAN PUISI YANG TERSIAR DI SEMUA BLOG BLOGGER AKAN DI PERTIMBANGKAN UNTUK DI ANTOLOGINYA BILA CUKUP JUMLAH KARYA.





 "IQRA" atau "BACALAH" adalah wahyu pertama ALLAH AZZAWAJALLA kepada NABI MUHAMMAD SAW. Jelas ini merupakan indikasi kepada umat Islam untuk membaca.

Ikutilah VIDEO YOUTUBE saya ini. Ikutilah dan  jangan lupa untuk SUBCRIBE (bagi yang belum), LIKE & KOMEN  sebagai tanda mendokong channel saya ini.






MENGENAI, KHIDMAT & HUBUNGI KAMI

 

MENGENAI KAMI

NURZAMAN ONLINE adalah sebuah blog peribadi yang akan membisepsi positif dan carakan pengalaman hidup dengan per. Portal ini menyediakan peluang dan ruang untuk para perdikiatkan dengan kemanusiaan dan keagamaan. 

Di blog ini kami ini menawarkan kepada perniaga kecil untuk memperkenalkan perniagaan, perkhidmatan atau produk yang diniagakan di internet dan media social melalui banner di blog ini.

 Kami akan menghadiahkan  article mengenai perniagaan Tuan/Puan dan menyiarkan di UTARA BIZ atau MEDIA UTARA. Artikle ini kami akan share dengan grup komuniti yang terdapat di FB di kawasan Tuan/Puan menjalankan perniagaan.

 Kami juga akan membuat Vedio biasa atau vedio bergambar berbentuk slide yang akan dimuat naik di Youtube dan akan di selit di bawah article kami mengenakan bayaran yang amat berpatutan.




NAK IKLAN BISNES ANDA?

 Anda seorang perniaga! Anda  sedar pemasaran  melalui  iklan merupakan segmen yang cukup penting dalam memajukan perniagaan dan meningkatkan jualan. Tapi anda tidak cukup masa untuk melakukannya! Anda juga tidak punya kakitangan yang cukup untuk menggerakkan promosi. Budget anda juga terlalu kecil untuk membiayai kegiatan pengiklanan. Malah kadang kala anda tidak tahu bagaimana nak iklankan.                                        

Jangan risau hubungi BLOGGER ARZAMAN SULAIMAN,  kami akan membantu anda menyelesaikan masalah promosi dengan kos yang cukup rendah. Kami akan menulis article dan diposkan ke Portal UTARA BIZ atau MEDIA UTARA. Kami juga akan buat vedio mudah dan di poskan ke Youtube. Video Youtube itu akan diselitkan juga di bawah article yang dibuat. Atikle yang dimuatkan di Utara Biz atau di Media Utara kami akan promosikan ke grup komuniti di FB di sekitar kawasan perniagaan anda seminggu sekali selama sebulan.

Kami juga akan membuat banner yang akan diletak di bawah artikel dan blog lain dan linknya akan disambung kepada artikel yang telah dibuat. Harga yang ditawarkan cukup murah hanya RM250.00.

Sekiranya anda ingin terus promosi dalam grup komuniti berhampiran kawasan perniagaan anda dengan menggunakan artikel yang sama kami hanya tawarkan RM100.00 untuk seminggu sekali selama sebulan.

 

 

 HUBUNGI ARZAMAN SULAIMAN
 DI TALIAN 019-860 3093 (WHATSAPP) 

ATAU TELEGRAM 010-231 3093