Sabtu, 29 Disember 2007

UCAPAN

NURZAMAN ONLINE
INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA TAHUN 2008 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DAN BERMAKNA
DARI TAHUN LEPAS.
SELAMAT TAHUN BARU.

Sabtu, 15 Disember 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha pada 20hb. Disember ini kepada seluruh umat Islam. Bagi umat Islam yang melaksanakan korban lakukanlah dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam agar pengorbanan yang dibuat mendapat keredaan Allah Azawajalla.
Daripada : Blog Master

PENGUMUMAN

IBU KESAYANGAN BLOG MASTER MENINGGAL DUNIA

AL-FATIHAH, ibu kepada Blog Master, Yah Binti Saleh, 79 tahun telah selamat pulang kerahmatullah pada 10hb. Disember 2007 yang lepas bersamaan 30hb. Zulkaedah 1428 Hijrah setelah terlantar sakit lebih kurang satu setengah bulan.

Bagi saya, ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar dalam hidup saya kerana emak saya adalah seorang adalah seorang isteri, ibu serta nenek yang cukup baik malah dikalangan saudara-mara, jiran tertangga dan kawan-kawannya mengatakan beliau adalah Raja Manusia.

Kebaikan itu terserlah apabila beliau tidak pernah bergaduh dengan isteri-isteri ayah saya yang lain. Malah isteri saya juga boleh tinggal sebumbung dengan beliau sejak kami kahwin lebih kurang 22 tahun yang lalu hinggalah beliau menhembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya mengambil kesempantan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara, rakan dan taulan yang telah sudi meluangkan masa untuk menziahi jenazah ibu saya.”

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kakak dan Abang saya serta anak-anak mereka yang turut menjaga dan menziarinya sepanjang beliau sakit selama satu setengah bulan itu.”

“Saya yakin walaupun beliau sakit tetapi ini merupakan saat-saat yang cukup bahagia buat dirinya kerana semua anak cucu bukan saja menjaganya malah memberi perhatian yang cukup baik. Malah saya merasa cukup senang dan bahagia apabila sembahyang jenazah dan majlis tahlil turut disertai oleh anak-anak cucunya.”

TAHNIAH TUKYA GURUKU

AZIZI HJ. ABDULLAH MENANG LAGI


SAUDARA Azizi Hj. Abdullah yang telah menghasilkan novel Sangeetha dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 telah berjaya dipilih sebagai buku terbaik bagi rantau Asia Tenggara (Mastera) anjuran Universiti Malaya.

Majlis penyampaian hadiah Mastera ke-5 telah berlansung di pada 27 November 2007 yang lalu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Saudara Azizi memenangi hadiah bernilai RM10,000.00, trofi dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Saudara Aziz pernah menerima anugerah SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1986. Beliau adalah sorang penulis yang prolifik dan pernah di ‘label’ sebagai penulis sayembara kerana sering memenangi pelbagai sayembara penulisan.

Hadiah terakhir sebelum hadiah Mastera ini, belaiu telah menduduki tempat kedua dalam sayembara menulis novel sempena 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membawa pulang hadiah bernilai RM40,000.00 melalui novelnya yang bertajuk Harga Sebuah Maruah.

Beliau bukan saja terkenal sebagai seorang novelis yang prolifik malah banyak menghasilkan cerpen, drama TV, Radio, artikel dan teater. Kini beliau adalah editor Utusan Pengguna, Terbitan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang.

Sabtu, 10 November 2007

BERITA RINGKAS

SAYEMBARA CERPEN PERPADUAN (REMAJA) 2007

Para pelajar tingkatan 4 hingga 6 yang berminat dibidang penulisan kreatif boleh menyertai sayembara tersebut di atas anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan borang penyertaan boleh didapati di Akhbar Berita Harian.
Selamat Menyertai Sayembara!

BERITA RINGKAS

IKLAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

Para peminat dan pengiat seni dan budaya yang ingin mendalami ilmu dengan mendapat ijazah tersebut boleh memohon memasuki akademi yang tersebut di atas. Tarikh Tutup Permohonan pada 26 November 2007.
Keterangan Lanjut Lawati Website: http://www.aswara.edu.my/

Khamis, 8 November 2007

KEAHLIAN RAKAN BLOG NURZAMAN

KEAHLIAN KINI 9 ORANG
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA TELAH MENYERTAI RAKAN BLOG NURZAMAN. SAYA DENGAN RENDAH HATI MEMINTA TUAN/PUAN YANG BELUM MENTERTAI RAKAN BLOG NURZAMAN UNTUK MENDAFTAR DALAM USAHA MEMBANTU SAYA MENGERAKAN BLOG DENGAN LEBIH BAIK LAGI. DAN SEBAGAI PENGHARGAAN PELBAGAI GANJARAN MENARIK DISEDIAKAN.

Selasa, 30 Oktober 2007

PROGRAM RAKAN BLOG NURZAMAN

DAFTAR SEGERA
RAKAN BLOG NURZAMAN
Bantu Blog Master Mengerakan Bloger

GANJARAN MENARIK MENANTI RAKAN BLOG
Berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH hadiah bernilai RM1,000.00 menanti anda
HADIAH MISTERI bernilai RM50.00 bagi kealian membawa no.50,100,150 dan seterusnya.
BONUS MISTERI bernilai lebih RM1,500.00
INSENTIF GALAKAN RM5.00 seorang
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KLIK DI SINI,
Peringatan ini bukan perlaburan internet atau skim cepat kaya

Isnin, 22 Oktober 2007

SKETSA KEHIDUPAN

Baru Jenguk Dunia Masalah Dah Menanti
Aku dilahirkan ke dunia ini oleh ibuku Yah Binti Saleh hasil perkahwinannya dengan Sulaiman @Awang Bin Ishak pada 28hb. Februari 1960. Dan ketika Sketsa Kehidupan ini aku tulis aku sudah berusia 47 tahun 7 bulan dan 20 hari. Dalam umur setua itu aku rasa pemikiranku sudah cukup matang kerana terpaksa melalui pelbagai pengalaman hidup. Aku terpaksa melalui banyak pengalam pahit daripada manis.

Memang dari sejak aku mula menjengok dunia ketika aku masih belum mengerti apa-apa masalah sudah pun menunggu aku. Ini kerana ketika aku mula dilahirkan aku sudah dikurniakan seorang kakak yang aku panggil Kak Ah. Aku juga telah dikurniakan dengan dua orang abang, abang yang tua aku panggil abang chin manakala abang yang kecil aku panggil abang chit.

Dalam waktu yang sama juga aku sudah punya seorang emak tiri yang aku panggil mak cik Esah dan tiga orang adik perempuan. Dua adik tiriku itu berumur jauh lebih tua dari aku manakala yang ketika hanya berbeza satu tajun. Akibatnya aku langsung tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ayah.

MINDA NURZAMAN

Salam Perkenalan
Asalamualaikum dan salam sejahtera para netter , tidak lama lagi akan muncul satu lagi blog dalam dunia internet untuk para netter layari. Blog ini akan diisi semua bahan-bahan penulis yang pernah saya hasilkan suatu masa dulu. Disamping ia akan menjadi bahan dokumentasi saya para nettter juga dapat melihat dan bagi mereka yang berminat dibidang penulisan akan dapat mengikuti perkembangannya kerana saya akan menyiarkan satu-satu bermula daripada penglibatan saya dalam dunia penulisan,
Nurzaman Online akan memaparkan beberapa segment seperti MINDA NURZAMAN,KHAZANAH KARYA,SKETZA KEHIDUPAN,BAGAIMANA AKU MENULIS,BERITA &CERITA HUMAN INTEREST,CERITA PENGAKUAN & CERITA MISTERI,PROGRAM RAKAN BLOG, KARYA RAKAN BLOG.
MINDA NURZAMAN, akan membicarakan isu-isu semasa yang menyangkuti pentingan ummah serta membicarakan perkembangkan blog ini.
KHAZANAH KARYA, seperti yang dinyatakan di atas, di mana saya akan siarkan satu persatu dari mula saya terlibat dalam dunia penulisan hingga kini.
SKETSA KEHIDUPAN pula akan mengambil segment penting dalam kehidupan yang saya lalui agar dapat dijadikan panduan kepada para nettter melayari kehidupan dunia yang cukup mencabar ini.
Manakala segmen BAGAIMANA AKU MENULIS, saya akan menceritakan proses penulis yang telah saya lalui dan bagi mereka yang berminat untuk menulis boleh mengikutinya.
BERITA/CERITA HUMAN INTEREST/PENGAKUAN DAN CERITA MISTERI, saya akan gali dan korek dari masa ke semasa, diharap cerita-cerita ini akan dapat membantu kita melayari kehidupan ini.
Sementara PROGRAM RAKAN BLOG pula akan memberikan para netter mendapat wang tambahan disambing membantu saya menguruskan blog ini dengan lebih baik dan berkesan.
Setelah mendaftar sebagai Rakan Blog Nurzaman (RBN), mereka boleh menghantar apa saya bahan untuk saya siarkan dalam segmen ini.
Jadi saya amat berharap para netter dapat menunggu blog ini lengkap dan saya akan lancarkan Program Rakan Blog.
Sekian, terima kasih.

KHAZANAH KARYA

HASIL BUAH TANGAN PERTAMA
TERSIAR DALAM AKHBAR WATAN DALAM KOLUM SUARA RAKYAT PADA 21-23 DISEMBER 1985.
UMNO PULAU PINANG MAHU KETUA MENTERI BUMI
SEBENARNYA saya tertarik dengan artikel akhbar ini, edisi Sabtu 7-9 Disember 1985 dengan tajuk 'Datuk Abdullah (Dolah Badawi) bakal Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya anak melayu negeri ini mengalu-alukan Datuk Abdullah mahupun Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Masyarakat melayu negeri ini memang telah lama ternanti-nanti seorang Melayu bergelar ketua menteri,sebagai penyelamat dan pembela bangsa Melayu yang begitu tenat dan akan bertambah tenat lagi kalau dibiarkan.
Saya begitu hairan sekali bagaimana pemimpin UMNO boleh menyerahkan jawatan kerusi ketua menteri kepada parti komponen Barisan Nasional yang lain, pada hal UMNO telah menguasai kerusi terbanyak dalam pilihanraya lalu. Inilah keanihan yang wujud di negeri ini di mana barisan pemimpin melayu tidak berani merampas kerusi ketua menteri, sedangkan kerusi tersebut jika diambil dan digunakan sepenuhnya bolehmembantu menyelesaikan masalah Melayu negeri ini yang diperkatakan di mana-mana.
Sejauhmanakan helah politik kita tercapai?Dan sejauh manakah hati dan perasaan kita dijaga sebagai balasan, dan rata-rata kita mendengar keluhan dan rintihan untuk memangku jawatan ketua menteri yang mungkin tidak memberikan sebarang kesam. Kenapa dan mengapa kita tidak boleh meletak ketua menteri Melayu di Pulau Pinang? Biarpun kita golongan minoriti dengan kuasa dan percaturan politik yang kita berjaya memenangi kerusi yang terbanyak dalam DUN di sini.Ini merupakan satu kejayaan pecaturan politik kita. Tapi nampaknya kita sendiri tidak mengakui kejayaan kita.-KLIK DI SINI UNTUK BACA TEKS PENUH

BAGAIMANA AKU MENULIS

Banyak Membaca Kunci No.1
Anda ingin menjadi penulis? Anda berhasrat jadi pemberita atau wartawan? Samada anda ingin menjadi pemberita.wartawan atau pun penulis formula hanya satu banyak membaca. Membaca dan terus membaca apa saja tanpa jemu. Disamping kalau hanya punya peluang dan kesempatan untuk belajar secara formal bagi mendapatkan sijil untuk melanjutkan pelararan dibidang tersebut.
Pembacaan merupakan anak kunci utama untuk menjadi pe
mberita, wartawan mahu pun penulis. Ingat! Tidak ada jalan pintas, sekiranya anda melanjutkan pelajaran dibidang ini setinggi mana sekali pun tetapi ada kurang membaca, maka anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menulis dengan baik.
Jesteru itu bacalah apa saja baik berita,rencana,cerpen, sajak,novel atau buku-buku yang memberikan ilmu pengetahuan lain. Pembacaan ini banyak membantu ketika kita anda menulis nanti.Apabila anda banyak membaca ia akan memberikan anda idea untuk berkarya, kata orang ilham. Ilham tidak datang begitu saja, ilham akan datang apabila kita tahu mengenai sesuatu perkara maka barulah boleh kita perkembangkannya lebih lanjut lag
i.- SILA KLIK RENCANA PENUH.

CERITA HUMAN INTEREST

RAHMAT DISEBALIK KEMALANGAN
KETENTUAN Allah yang tetapkan sejak azali atau kita faham sebagai qada & qadar Allah terdapat sejuta rahmat kalau kita benar-benar menganalisanya. Begitulah yang terjadi kepada Mohd Yuspi Mohd Dali,31, yang mengalami kemalangan jalanraya yang agak serius sehingga terpaksa memotong sebelah kakinya di atas lutut pada tahun 1998 banyak membawa rahmat kepada beliau.

Kemalangan itu telah memaksa beliau untuk tinggal dan berubat di hospital selama sebulan setengah. Pada mulanya rasa kecewa yang teramat sangat apabila sebelah kaki terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. Beliau juga kecewa peluang beliau untuk beraksi di kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia hancur berkecai, bagaikan kaca terhempas ke batu. Beliau layak untuk menyertai kejohanan tersebut setelah mmuncul sebagai Johan Mr. Kedah pada tahun 1977.

“Ketika saya merasa kecewa yang teramat sangat, kawan-kawan banyak memberikan peransang, semangat dan nasihat bahawa kecacatan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan. Namun begitu bukan mudah untuk kita membina semula kekuatan diri. Bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.“

CERITA PENGAKUAN & MISTERI

BEKAS AC GILA LEPAS TEMBAK KERA PUTIH

MACHANG BUBOK: KALAU anda pernah ke Machang Bubok untuk makan mee atau makan nasi terutama di kedai mee depan Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok anda pasti pernah melihat kelibat seorang lelaki yang tidak begitu terurus memakan atau menikmati minuman di situ.

Pakaiannya tidak terurus bercakap seorang diri dan memakan dan minum di mana-mana kedai di kampung Machang Bubok. Walaupun keadaannya begitu namun setiap apa yang dimakan dan minum dia akan membayar sendiri. Dia juga tidak pernah mengganggu orang ramai jauh daripada meminta sedekah. Cuma kadang-kadang dia hanya meminta daripada orang kampung yang dikenali saja.

Dia dikenali dikalangan orang kampung sebagai ‘Leh Gila’ atau nama sebenarnya Saleh Bin Lazim yang kini berusia disekitar 77 tahun. Dia pernah bertugas sebagai AC di zaman darurat dulu iaitu di sekitar tahun 1951.

Menurut rakanya En. Dahaman Awang, 77, beliau dan Saleh menyertai anggota AC pada 15 Mac 1951. Beliau memakai nombor 1490 sementara Saleh pula 1492. Kedua-dua mereka menjalani latihan di padang BMRC Bukit Mertajam sekarang telah dibangunkan menjadi pusat beli-belah yang dikenali sebagai Summit.