Sabtu, 29 Disember 2007

UCAPAN

NURZAMAN ONLINE
INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA TAHUN 2008 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DAN BERMAKNA
DARI TAHUN LEPAS.
SELAMAT TAHUN BARU.

Sabtu, 15 Disember 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha pada 20hb. Disember ini kepada seluruh umat Islam. Bagi umat Islam yang melaksanakan korban lakukanlah dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam agar pengorbanan yang dibuat mendapat keredaan Allah Azawajalla.
Daripada : Blog Master

PENGUMUMAN

IBU KESAYANGAN BLOG MASTER MENINGGAL DUNIA

AL-FATIHAH, ibu kepada Blog Master, Yah Binti Saleh, 79 tahun telah selamat pulang kerahmatullah pada 10hb. Disember 2007 yang lepas bersamaan 30hb. Zulkaedah 1428 Hijrah setelah terlantar sakit lebih kurang satu setengah bulan.

Bagi saya, ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar dalam hidup saya kerana emak saya adalah seorang adalah seorang isteri, ibu serta nenek yang cukup baik malah dikalangan saudara-mara, jiran tertangga dan kawan-kawannya mengatakan beliau adalah Raja Manusia.

Kebaikan itu terserlah apabila beliau tidak pernah bergaduh dengan isteri-isteri ayah saya yang lain. Malah isteri saya juga boleh tinggal sebumbung dengan beliau sejak kami kahwin lebih kurang 22 tahun yang lalu hinggalah beliau menhembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya mengambil kesempantan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara, rakan dan taulan yang telah sudi meluangkan masa untuk menziahi jenazah ibu saya.”

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kakak dan Abang saya serta anak-anak mereka yang turut menjaga dan menziarinya sepanjang beliau sakit selama satu setengah bulan itu.”

“Saya yakin walaupun beliau sakit tetapi ini merupakan saat-saat yang cukup bahagia buat dirinya kerana semua anak cucu bukan saja menjaganya malah memberi perhatian yang cukup baik. Malah saya merasa cukup senang dan bahagia apabila sembahyang jenazah dan majlis tahlil turut disertai oleh anak-anak cucunya.”

TAHNIAH TUKYA GURUKU

AZIZI HJ. ABDULLAH MENANG LAGI


SAUDARA Azizi Hj. Abdullah yang telah menghasilkan novel Sangeetha dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 telah berjaya dipilih sebagai buku terbaik bagi rantau Asia Tenggara (Mastera) anjuran Universiti Malaya.

Majlis penyampaian hadiah Mastera ke-5 telah berlansung di pada 27 November 2007 yang lalu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Saudara Azizi memenangi hadiah bernilai RM10,000.00, trofi dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Saudara Aziz pernah menerima anugerah SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1986. Beliau adalah sorang penulis yang prolifik dan pernah di ‘label’ sebagai penulis sayembara kerana sering memenangi pelbagai sayembara penulisan.

Hadiah terakhir sebelum hadiah Mastera ini, belaiu telah menduduki tempat kedua dalam sayembara menulis novel sempena 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membawa pulang hadiah bernilai RM40,000.00 melalui novelnya yang bertajuk Harga Sebuah Maruah.

Beliau bukan saja terkenal sebagai seorang novelis yang prolifik malah banyak menghasilkan cerpen, drama TV, Radio, artikel dan teater. Kini beliau adalah editor Utusan Pengguna, Terbitan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang.