Selasa, 9 November 2021

PERASAAN CINTA KASIH DAN SAYANG AMANAH ALLAH

 PERASAAN cinta, kasih dan sayang memang tumbuh dan berada dalam jiwa kita. Jesteru itu setiap orang mendambakan cinta, mencinta dan dicintai. Perasaan ini kita warisi daripada bapa dan ibu segala manusia ia itu Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa.

Cinta, kasih dan sayang itu tidak dapat dilihat atau dipegang. Ianya hanya dapat dirasa di dalam hati. Namun kekuatannya cukup  besar bertunjang di hati sanubari kita. Ada masanya manusia hilang waras dan  sanggup lakukan apa saja demi cinta, kasih dan sayang.

Ini membuktikan bahawa perasaan cinta, kasih dan sayang walaupun kita  tidak dapat melihat dan memegangnya namun ianya mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam hati dan jiwa kita.

Ianya juga membuktikan bahawa  perasaan cinta, kasih dan sayang itu juga merupakan anugerah besar, berharga, terindah dan amat istimewa kepada kita. Lantaran itu  kita perlu menjaga dan membajainya  jangan sekali-kali dicemari  oleh nafsu serakah kita.

Kadang-kadang apabila kita berbicara soal cinta, kasih dan sayang, orang ingat perasaan itu hanya milik orang muda. Tanggapan itu sama sekali tidak betul kerana perasaan itu tidak mengenal batas usia, tidak kira tua atau muda.

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa kita bukan semata-mata untuk kekasih hati . Ia meliputi semua seperti  ahli keluarga, kawan-kawan  mahupun binatang peliharaan kita dan sebagain ya.

Jesteru itu perasaan cinta, kasih dan sayang ini jika benar-benar dihayati dapat menyumbang keharmonian kepada manusia  yang terdiri  daripada pelbagai jenis bangsa dan makluk lainnya.

Kita pasti pernah melihat manusia berlainan bangsa  membantu  dijalan dan persekitaran kita. Bantu dan pertolongan itu diberi berdasarkan rasa kemanusian dimana ternanammya perasaan cinta, kasih dan sayang yang tumbuh dalam jiwa.

Namun terdapat sebahagian  manusia yang mempermain dan mempergunakan perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap manusia lain, dalam soal ini lazimnya bersangkutan soal  percintaan.

Terdapat juga mereka  yang berlagak sebagai perjuang bangsa  memaki hamun bangsa lain, soal ini lazimnya mereka yang terlibat dalam politik dimana pemimpin mereka menanam perasaan  chauvanis kepada mereka.

Rata-rata mereka lupa hakikat yang Allah Azzawajalla telah menanam dalam jiwa raga setiap manusia perasaan cinta kasih dan sayang dalam hati dan jiwa manusia. Lazimnya jika kita baik dengan sesiapa saja maka imbalannya kita juga akan mendapat layanan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Jesteru itu kita jaga dan peliharalah perasaan cinta kasih dan sayang ini sebaik mungkin tanda kita bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kita  satu anugerah yang cukup besar, indah dan teristimewa ini.

KLIK UNTUK IKUTI VIDEO YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA




Ahad, 7 November 2021

SELAMA 5 TAHUN

 Lima tahun telah berlalu

Lima tahun adalah satu jangka masa  yang  lama

kalau  bayi

sudah mampu  berlari

sudah bisa  berbicara

 

kalau  YB

Lima tahun adalah  sepenggal perkhidmatan

Sudah ramai yang kita kenal

Dan pasti  banyak jasa yang sudah  ditaburkan

dan sudah layak  mendapat pencen

 

Selama 5 tahun kita bersama

Selama lima tahun kita berkawan

Dan selama lima  tahun kita bersahabat

hampir setiap hari kita bersama

Untuk selama 5 tahun

 

Kita menjalani batas-batas kehidupan bersama

Biar pun kita dibatasi jarak

Namun tidak pernah menjadi halangan

Dan kita  berjanji akan terus bersama

Akan terus menjadi kawan

Akan terus menjadi sahabat sampai bila-bila

kita senang dan bahagia dengan cara kita

 

Ketika itu kau susah

kau dibelit pelbagai permasalahan

Bukan soal  wang ringgit

Tapi ….

perkara yang berligar  di kelilingimu

tugas… kawan dan pelbagai lagi

 

 

ketika  itulah aku membimbingmu

aku meniupkan  api semangat

aku memberi dan membuka jalan

aku membantu kau mengatasi segala permasalahanmu

kau menjadi kawan yang paling baik

kau menjadi teman yang paling  setia

tapi hanya untuk lima tahun

 

 

Setelah kau senang

Kau mula ego….

Kau mula sombong…

Lupa segala janji yang dimenteri

Kau sudah tidak pedulikan aku

Dan sudah Juga tidak mahu dengarkan kataku

Semuanya selepas lima tahun

 

Tak mengapa

Aku sedar siapa aku

Aku redha dalam keterpaksaan

Kerana itulah fitrah manusia

Rata-rata manusia mudah lupa diri

Lupa siapa yang membantu ketika susah

Selepas lima tahun

Aku pasrah  biar pun aku terkilan.


HASIL KARYA  :-

ARZAMAN SULAIMAN

PADANG SERAI, KEDAH.


SILA KLIK UNTUK MENGIKUTI VIDEO YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA : 

"LIFE BEGIN AT 40! BETULKAH?"