Khamis, 13 Oktober 2022

LAKARAN KEHIDUPAN

 

Jom kita ikuti puisi “LAKARAN KEHIDUPAN” hasil karya saya. In Shaa Allah  puisi “LAKARAN KEHIDUPAN” ini saya akan jadikan judul kumpulan puisi saya nanti . Saya sedang mengali dan mengumpulkan semua puisi2 saya, In shaa allah akan di bukukan jika ada rezeki lebih nanti.

LAKARAN KEHIDUPAN

Di kanvas itu

Tahkala aku melakar gambar kehidupan

Aku mengimbau nostalgia

Masa kecil di desa pingitan

Penuh keriangan

Sendat kegembiraan

Walaupun di belit sejuta permasalahan

 

Tapi kini  hatiku sepi

Jiwaku sunyi

Namun lakaran kehidupan mesti diteruskan

Samada suka atau tidak

Hidup mesti diteruskan

Adakah lakaran kehidupan itu menuju pengakhiran?

Menuju pusaranya

Dan mengadap lakaran kehidupan Tuhan Yang Maha Kuasa

Tuhan pencipta Alam Raya ini

Hanya dia yang maha mengetahui

 

Hasil karya : Arzaman Sulaiman

Padang Serai, 24 mei 2014


SENANG-SENANG IKUTI SAMA VIDEO DARI CHANNEL SAYA

"SIAPAKAH SAHABAT SEJATI KITA"




Isnin, 10 Oktober 2022

JANDA ATAU DARA PILHAN HATI?

 


Janda atau Dara pilihan hati? Kalau pilih janda terutama yang punya anak, kahwin-kahwin dah ada anak. Kita akan bergelar ayah selepas kahwin. Janda juga sudah punya pengalaman hidup menguruskan rumahtangga dan suami. Berkahwin dengan janda juga kita akan mendapat pahala.

Memang kalau kita beritahu kawan-kawan yang kita akan berkahwin dengan janda. Maka kita akan menghadapi  soalan pertama daripada kawan-kawan kita, anak janda itu berapa orang dan usianya. Soalan yang seterusnya janda itu  bercerai hidup  atau mati.?

Persoalan ini timbul bagi mengingati kita  yang ingin berkahwin dengan janda akan tanggunggjawab berat jika punya anak yang ramai. Kita terpaksa memikul tanggungjawab anak orang bersama janda itu. Ini bukan satu tugas yang mudah.

Manakala soalan kedua samada janda itu bercerai hidup atau mati adalah untuk melihat sikap janda tersebut. Rata2 orang lebih mengusulkan janda yang bercerai mati bukannya bercerai hidup. Kalau bercerai hidup harus hati-hati kerana mungkin ada gangguan dari bekas suami dan mungkin juga perceraian itu kerana kerenah janda itu sendiri.

Malahan mungkin si janda tersebut terpaksa naik turun mahkamah dalam menghadapi tuntutan sara anak-anak. Ini kerana lazimnya bekas suami agak culas memberikan sara anak-anak. Jika ini berlaku pasti akan menganggu keharmonian keluarga yang baru dibina itu.

Walau apapun sebabnya golongan janda ini  memang tabah dan terpaksa menghadapi masalah ekonomi keluarga. Mereka juga terpaksa menghadapi masalah menguruskan anak-anak sendirian.  Mereka  harus dapat mengawal hati dan perasaan dalam memenuhi fitrah semulajadi manusia malah lebih menyakitkan di pandang serong  oleh masyarakat.

Sehubungan itu diharapkan pasangan yang telah berumahtangga dan mempunyai anak lebih daripada seorang jangan ikut hati jika ada masalah rumahtagga. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik  dan elakkan penceraian.

Inilah kemelut yang terpaksa dilalui oleh seorang janda. Sementara duda pula  tidak menghadapi masalah seburuk itu. Pihak duda hanya perlu menyediakan sara untuk anak-anak. Namun lazimnya daripada yang diketahui pihak bapa sering mengabaikan tanggungjawab itu lebih-lebih lagi apabila siduda itu telah berkahwin lain.


MY YOUTUBE CHANNEL

VIDEO BERJUDUL "RAHSIA DAPAT PASANGAN BAIK"