Rabu, 23 Disember 2020

ALLAH INGATKAN AKU!

SETIAP insan yang hidup di alam ini tidak akan sunyi daripada menghadapi ujian dan dugaan Allah SWT. Kalau kita senang dan kaya ujian dan dugaannya cara orang senang dan kaya. Sekiranya kita miskin dan susah pula ujian dan dugaannya  cara orang miskin dan susah. Hakikatnya kita pasti tidak dapat lari daripada menjalani ujian dan dugaan Allah Azzawajalla.

            Ujian dan dugaan Allah SWT akan datang kepada kita dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk kebaikan, keburukan, kegembiraan,kesedihan, kejayaan, kegagalan, kekayaan, kemiskinan, kesihatan mahu pun kesakitan.

            Jangan kita ingat hanya keburukan,kesedihan,kegagalan, kemiskinan dan kesakitan saja ujian dan dugaan kepada kita.Kebaikan, kegembiraan, kejayaan,kekayaan mahu pun kesihatan yang baik juga merupakan ujian dan dugaan Allah SWT juga. Ujian dan dugaan ini lagi takut kita boleh lupa, lalai, ego dan bongkak.



            Sesungguhnya segala ujian dan dugaan Allah Azzawajalla kepada kita adalah untuk menguji sejauh mana keimanan,ketakwaan dan kesabaran kita menghadapinya. Sekiranya kita diuji dan iduga dengannasib malang, adakah kita radha dan sabar menghadapinya? Seandainya kita diuji dan diduga dengan nasib baik,adakah kita bersyukur dan tidaklupa diri dalam menjalani kehidupan ini?

            Firman Allah yang bermaksud :”Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata :kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji.” (surah al-Ankabut ayat 2)

            Sebelum ini saya tidak pernah sakit teruk apa lagi penyakit yang kronik. Sebaik saja saya memasuki usia emas penyakit mula datang menyerang. Saya mencapai usia emas pada 28hb. Februari 2020  dan dalam bulan Mac saya mula dihinggapi penyakit gatal.Mula-mula hanya di sekitar perut lebih tepat lagi pusat. Kemudian menjalan keseluruh badan termasuk tangan. Berbulan juga saya merawat dengan pelbagai kaedah, Alhamdulillah akhirnya pulih.

            Setelah baik beberapa bulan, datang pulapenyakit lain. Saya tidak boleh jalan dengan baik. Pada mulanya saya ingat bahagian pinggang saya yang bermasalah kerana saya duduk mengadap laptop terlalu lama. Kesannya tidak begitu baik walaupun saya amat berpuashati dengan urutan “Pak Ngah” bahasa tukang urut itu.

            Akhirnya saya buat keputusan untuk berjumpa doctor. Untuk ke Pusat Kesihatan Kecil yang tidak memerlukan biaya, saya bimbang juga dengan penularan Covid 19 yang bagaikan tidak terkawal.Lazimnya  di pusat kesihatan kecil itu orang terlalu ramai dan saya pula sudah mencecah usia emas di mana pihakKementerian Kesihatan sering mengingatkan agar golongan warga emas itu berhati-hati.



            Akhirnya saya membuat keputusan untuk berjumpa doctor  swasta.  Dalam pemeiksaan dibuat doctor mendapati saya dihinggapi gejala ‘minor stroke’. Doktor menasihati saya menjalani rawatan fisiotrapy ditingkas atas klinik itu. Oleh kerana saya terpaksa menaiki tangga untuk menjalani rawatan itu maka anak-anak telah mencari pusat fisiotrapy di sekitar Padang Serai.

            Alhamdulillah mereka menemuinyadan mereka mendaftar untuk sessipenuhsebanyak 5 kali. Ketika blogini ditulis saya telah menjalani 4 sessi, Alhamdulillah sudah semakin berkurangan dan saya yakin akan kembali pulih seperti sediakala dalam waktu terdekatini, In Shaa Allah.

            Bagi saya sakit yang saya alamiini adalah ujian dan dugaan Allah SWT kepada saya agar saya tidak lagi lalai dan leka dengan kehidupa di dunia ini.Sakit ini juga dapat menyedarkan saya untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah Azzawajalla kurniakan selamaini. Sebagai tanda syukur  saya perlu memelihara kesihatan saya dengan menjaga pemakanan dan menjalankan riadah seboleh mungkin agar tubuh badan saya kembali cergas dan sihat.

            Ketika saya sakit ini juga memberikan masa dan ruang untuk saya bermuhasabah diri. Saya juga perlu berzikir, bersellawatdan berdoa untuk memohon kesembuhan daripada Allah SWT. Disamping menjalani rawatan secara moden dirasakan perlu juga saya merawat dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran yang mempunyaikelebihan yang tersendiri dan boleh menjadi penawar kepada sakit yang dialami.

            Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Israa’ ayat 82 yang bermaksud :Dan kami menurunkan daripada Al-Qur’an suatu penawar (bagi penyakit rohani dan jasmani) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim (orang kafir) selain kerugian.”