Jumaat, 3 Ogos 2018

NOSTALGIA BUKIT GANTANG




Kunjongan saya dan kawan-kawan Roy Alkanz dan Mohamad Irwan  ke  Resort Tok Haji Samad Changkat Ibol, Bukit Gantang baru-baru ini sebenarnya mengembalikan nostalgia lama semasa saya  berusia 7/8 tahun dahulu.

Kenangan lebih 50 tahun lalu  di mana  emak saya  selalu membawa saya  ke Bukit Gantang.   Ketika itu Tok Wan Saleh dan Tok Saadiah tinggal di sana sebelum berpindah ke Kubu Gajah,  Bukit Merah, Semanggol.


Saya  ingat2 lupa tapi yang pasti  rumah Tok Wan Saleh tepi jalan besar.   Di kawasan rumah Tok Wan Saleh terdapat banyak pokok-pokok buah2an seperti durian, rambutan, manggis dan lain2.

Saya  masih ingat kalau kami ke sana Tok Saadiah pasti  akan menghidangkan sambal durian ketika makan nasi dan kalau musim buah saya akan masukan isi manggis sama ke dalam sambal itu yang membuatkan Tok Saadiah selalu tersenyum.

Untuk ke Bukit Gantang pula saya  dan emak   terpaksa naik dan turun 4 buah bas. Kami akan naik bas dari kampung ke Bukit Mertajam. Kemudiannya kalau tidak silap, kami naik  bas dari Bukit Mertajam ke Nibong Tebal. Dari Nibong Tebal kami naik bas ke Parit Buntar dan dari Parit Buntarlah kami ambil bas ke Bukit Gantang.


Kalau dikenangkan saya dapat lihat bertapa gigihnya emak yang mengheret saya yang masih kecil naik dan turun bas untuk  membawa saya  ke rumah ayahnya. Memang selalu juga saya dan emak ke Bukit Gantang.

Kali ini saya dan kawan-kawan Resort Tok Haji Samad Changkat Ibol, Bukit Gantang adalah untuk melihat dan meninjau resort tersebut yang masih dalam pembinaan di samping makan durian. Sekiranya resort itu siap sepenuhnya dan jika ada rezeki adalah kerja yang akan kami lakukan.

Namun pembinaan resort itu masih lagi banyak yang perlu disiapkan. Berdasarkan pengamatan saya ada kira-kira 20 hingga 30% lagi dan jangkaan mengikut bulan rasanya paling cepat 3 bulan lagi.













Sabtu, 31 Mac 2018

NURZAMAN ON9 JADI MY DIARY


Blog NURZAMAN ONLINE sudah agak lama berada di alam siber. Blog ini mula dibina pada Oktober 2007  dan sehingga kini sudah 16,600 pelawat.  Kekurangan pelawat kerana blogger hanya menulis di blog ini secara berkala tidak konsisten. Berdasarkan angka  ini, Blog ini hanya dilawati lebih kurang setahun hanya 1600 orang pelawat.


Mulai hari ini blogger mengubah konsep blog NURZAMAN ONLINE akan menjadi DAIRI PERIBADI BLOGGER. Namun setiap apa yang digarap akan terselit segala fakta dan rahsia apa yang blogger lalui.

NURZAMAN sebenarnya adalah nama pena blogger ketika mula-mula memasuki dunia penulisan. Nur adalah singkatan nama isteri blogger yang digubah sedikit, nama isteri blogger Norlia. Zaman adalah nama akhir blogger lalu digabungkan menjadi NURZAMAN yang bererti SINAR ZAMAN.

Penggunakaan nama pena ini kerana blogger terpengaruh dengan penulis-penulis mampan sebelum ini yang banyak mempunyai nama pena. Mereka menggunakan nama pena bagi mengelakkan diri mereka di kesan oleh penjajah kerana mereka meniupkan api semangat perjuangan. Ada juga yang menggunakan nama pena agar hasil karya mereka sentiasa tersiar di akhbar.

Menyedari itu  dan juga sedar nama blogger sendiri ada sedikit kelainan ARZAMAN SULAIMAN maka blogger mengambil keputusan menggunakan nama sebenar.

Oleh kerana blog ini akan menjadi dairi blogger dan sekiranya ingin membaca berkiatan dengan politik, agama, bangsa dan penulisan maka ikutilah blog ARZAMAN SULAIMAN DI LINK https://arzaman.blogspot.my/

Jika ingin membaca mengenai Melayu Pulau Pinang layarilah PULAU PINANG MYNEGERI linknya https://pulaupinangmynegeri.blogspot.my/ dan jika ingin membaca mengenai Qada & Qadar layarilah blog https://disebalikqadaqadar.blogspot.my/

SELAMAT MEMBACA.