Isnin, 26 September 2022

KEMELUT KASIH

 


KEMELUT KASIH, begitulah lumrah kehidupan lumrah orang yang berkasih. Adakalanya pasti terpaksa menghadapi pelbagai kemelut dalam berkasih.

Misalnya masalah orang ketiga yang pastinya berkaitan dengan kejujuran dan keikhlasan. Memang zaman ini, zaman dunia tanpa sempadan kita sering berjumpa orang baru khususnya di alam social media.

Pertemuan dengan orang baru kadang-kadang menyebabkan kita lupa dan sudah tidak pedulikan kawan lama kita. Jika ini berlaku pastinya akan mencetus KEMELUT KASIH.

 

KEMELUT KASIH”

 

Pertemuan telah tercipta

Tak dirancang…

Juga tidak terduga

Lalu terbentuk ikatan kasih

Bersulam rasa sayang

Bersalut rasa cinta

 

Namun tiba-tiba badai melanda

Tertancap sembilu bengkak…

Dan bernanah…

Bisa menusuk jantung hati ini

Menjalar dan mencengkam jiwa

 

Dunia jadi kelam

Jiwa kian bercelaru

Dihiasi sepi

Disalut suram

Dan hidup seakan mati.

 

Karya : Arzaman Sulaiman

             Padang Serai, Kedah

             4 Disember 2012-12-04


SILA LAWATI CHANNEL YOUTUBE SAYA

"RAHSIA DAPAT PASANGAN BAIK"




Selasa, 20 September 2022

KAWAN DI ZAMAN SERBA CANGGIH INI

 


ZAMAN telah berubah, zaman ini dikatakan zaman serba canggih  namun di zaman inilah kita  sukar untuk mencari sahabat sejati jika hendak dibandingkan zaman dulu.

Zaman yang dikatakan canggih ini kawan boleh datang dan pergi seiring berjalannya masa. Kawan datang dan pergi ini bukan saya di alam maya malah di alam realiti juga begitu. Kita boleh lihat disekeliling kita dan mungkin juga apa yang berlaku kepada kita.

Mereka akan datang kepada kita jika mereka merasakan mereka boleh dapat sesuatu dari kita. Apabila mereka sudah memperolihinya atau gagal mendapatkannya, mereka akan pergi.

Sekiranya mereka tidak pergi dan kita sudah merasakan begitu sikap mereka pastinya kita juga akan pergi. Zaman ini sukar untuk kita mendapakan sesaorang kawan yang punya semangat setia kawan yang tinggi.

Ada yang berkawan dengan kita  dan nampak memang baik sangat dengan kita  tapi hakikatnya perilaku mereka penuh dengan kepalsuan. Mereka baik dengan kita kerana mereka merasakan  boleh manipulasikan kita untuk kepentingan  mereka sahaja. Beginilah sikap orang zaman yang dikatakan maju ini.

Sepatutnya sebagai kawan kita perlu terapkan  konsep “win win situation” dalam apa jua keadaan, bak kata perpatah melayu  hati gajah sama dilapah hati  kuman sama di cicah. Sebagai kawan kita perlu saling  mendukung  antara satu sama lain.

Jesteru itu kita wajar menghindari orang seperti ini, kerana mereka langsung  tidak memikirkan soal kita sebaliknya mereka hanya memikirkan keberuntungan  mereka sahaja. Mereka  juga tidak ada hati dan perasaan terhadap kita, sebagai kawan mereka.

Pastinya orang seperti ini langsung tidak memberikan manafaat kepada kita  malah akan menjadi toxic dalam hidup kita. Jesteru itu kita perlu bijak menyaring mereka di sekeliling kia  sebelum di angkat martabat mereka sebagai kawan apa lagi sahabat kita dan hidup saling membantu antara satu sama lain.

Bagi menyaring kawan-kawan  yang ada disekeliling kita untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kita bukan satu perkara yang mudah.

Mereka bijak melakonkan watak baik dan berjaya mengabui mata dan hati kita. Jadi bagi menyaringnya kita perlu penapis yang cukup halus.

Pada dasarnya persahabatan kita tidak didasari dengan apa motif sekali pun dan kita harus saling menerima antara satu sama lain seadanya.

 Mereka tidak memadang keadaan kita, Ilmu kita, harta atau kedudukan kita. Satu-satunya alasan kenapa mereka ingin bersahabat dengan kita karena mereka merasa senang dan nyaman dengan kita.

Lihatlah pandangan saidina Ali Bin Abi Thalib : "ALI bin Abi Thalib pernah ditanya, “Berapa orangkah SAHABAT SEJATIMU? " Jawab beliau, “AKU TIDAK TAU,"

"Tungguhlah nanti ketika AKU sedang kesulitan, lalu lihatlah berapa orang yang masih SETIA  bersamaku. Itulah SAHABAT sejatiku," jawabnya.


SILA LAWATI SAMA MY YOUTUBE CHANNEL DENGAN VIDEO "AKU TERAMAT RINDU"






Sabtu, 10 September 2022

AKU RINDU

 




SUDAH agak lama saya tak balik kampung dan lepak dengan kawan-kawan. Sejak Pandemik Covid 19 melanda negara dan dunia lebih kurang dua tahun. Sejak Pandemic Covid 19 melanda dalam waktu yang sama  saya juga sakit. Saya tak boleh jalan sempurna macam dulu walaupun saya boleh juga keluar minum dan beli barang keperluan saya tapi keluarga tak bagi gerak jauh-jauh sekadar sekitar Padang Serai dan kawasan berdekatan sahaja.

Disamping tak boleh lepak dengan kawann-kawan di kampung saya juga tak boleh ke  Tokun makan mee kegemaran saya. Saya juga tak oleh ke ekan Bukit Mertajam  makan Nasi Kandar Ali yang mana ayam negronya saya sukan sangat. Saya juga ada beberapa perancangan nak buat video Youtube juga tak boleh , saya pun masih belum sihat betul. Jadi saya buat apa yang boleh saya lakukan waktu ini. Jadi saya buat apa yang boleh saya buat dulu.

Entah bila saya nak kembali sihat macam dulu saya pun tak tahu hanyaAllah saja yang tahu kerana Dia Maha Mengetahui. Namun saya tetap bersyukur saya masih bergerak cara saya di kawasan Padang Serai ini. Saya redha akan ketentuan Allah ini, saya yakin Allah sayangkan saya dan mengugurkan dosa-dosa saya itu.

Walaupun  saya rasa tidak pernah melakukan dosa-dosa besar tapi dosa-dosa keci l sama ada saya sedar atau tak tetap ada kerana saya manusia lemah. Walaupun dosa-dosa  kecil tapi bila terkumpul jadi banyak. Mungkin dosa-dosa inilah yang  hendak Allah gugurkan. Jadi terima dan redha  sajalah dan saya juga telah berusaha mengubatinya tapi masi belum bertemu jodoh.

Dalam redha saya juga memendam rasa rindu untuk minum kopi dan lepak dengan kawan-kawan, saya  juga teringin sangat nak makan mee tokun dan Nasi Kandar Ali. Entah bila saya dapat mengubati kerinduan ini, hanya Allah yang tahu.

Sakit ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Saya betul-betul tahu dan kenal  mana teman, kawan dan sahabat.

Sayyidina Ali bin Thalib pernah ditanya berapa jumlah sahabatnya. Sayyidina  Ali menjawab “AKU TIDAK TAU. Tungguhlah nanti ketika AKU sedang kesulitan, lalu lihatlah berapa orang yang masih SETIA membersamaku. Itulah SAHABAT sejatiku"


KLIK UNTUK IKUTI CHANNEL YOUTUBE SAYA

"DUDA DAN JANDA HIDUP SEPI"



Jumaat, 9 September 2022

WAKIL RAKYAT UMPAMA ‘PEGAR’ YANG MAKAN PADI

 


PERPATAH melayu  berbunyi “ HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” malahan ada yang berpendapat “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI” Mana  satu yang  betul “PEGAR” atau “PAGAR”?

Rata-rata orang menggunakan perkataan ‘PAGAR’. Tepikir juga saya bagaimana ‘PAGAR’ makan padi? Adakah setelah pagar rebah dan binatang masuk sawah dianggap ‘PAGAR” makan padi? Timbul juga persoalan lazimnya sawah tidak pernah di pagar. Jadi bagaimana?

Setelah saya memasuki dunia penulisan saya membeli Kamus Dewan iaitu kamus bahasa melayu  dan saya mencarinya. Saya dapati dalam kamus dewan muka surat 925, Pegar=ayam, burung, burung tatera, lophura ignite rufa, barulah saya mengerti.  Zaman ini mudah ada Mr. Goggle gambar pun kita boleh cari.

Sejak itu saya menyakini bukan ‘PAGAR’  tapi ‘PEGAR’.  Dalam majalah Dewan Kosmik, tulisan Jasmi Abdul dalam keluaran Mei 2015, ada menjelaskan perihal ayam pegar. Ayam pegar atau nama saintifiknya, Lopura ignita atau juga dikenali sebagai  Crested-Fireback Pheasant dikatakan sama saiz dengan ayam kampung.

 Walau bagaimanapun, ayam pegar diklasifikasikan dalam kumpulan Phesanidae iaitu sekumpulan dengan burung kuang raya, kuang cermin, kuang gunung, merah mata, dana yam hutan. Menurut kepercayaan orang dahulu, ayam pegar jantan digunakan untuk menjaga tanaman tuannya.

Ayam pegar dipelihara untuk menjaga padi daripada binatang-binatang perosak seperti burung dan tikus. Tetapi, ayam ini juga pemakan padi. Keterangan ini memantapkan lagi pegangan saya dalam isu ini.

Namun begitu  Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.

Sehingga kini, sama ada ‘PAGAR’ ataupun ‘PEGAR’ masih belum diputuskan perkataan mana satu yang betul atau salah. Selama belum ada kesahihannya, adalah lebih baik jika kita tidak mengelirukan orang ramai terutama golongan pelajar tentang peribahasa tersebut. Setakat hari ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu “Harapkan pagar, pagar makan padi.” kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.

Masalah ‘PAGAR’ atau ’PEGAR’ kita letak tepi dulu yang pasti maksudnya sama. Maksudnya: Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.

Perkara ini memang banyak berlaku di dalam mayarakat kita hari ini. Kita lihat dikeliling kita, ada dikalangan adik beradik  yang  khianat setelah diberi kepercayaan. Ada  kawan-kawan yang tidak boleh diharap dan bersikap khainat.

Malah yang paling jelas hari ini sikap ahli-ahli politik, rata-rata ahli politik khainat amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.  Majoriti rakyat yagg mengundi tidak kenal  Ahmad, Ah Chong atau Muthu yang menjadi  calon.

Rata-rata rakyat hanya  mengundi lambang yang di wakili oleh mereka. Namun apabila menang  sebagai calon dan parti yang diwakili kalah dan gagal membentuk kerajaan mereka melompat menyokong  parti yang menang.

Tujuan mereka melompat kerana di tawarkan jawatan atau pun mereka ada kes dan berharap kerajaan tidak membuka kes mereka. Maka rakyat marhean yang mengund mereka pasti kecewa  dan sikap mereka ini kita boleh ibaratkan seperti “HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI”

Begitu juga Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri  yang selalu ponteng persidangan dewan rakyat atau dewan undangan negeri juga boleh kita sifatkan sebagai “HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI” kerana kita harapkan mereka bersuara dan memperjuangan nasib rakyat di kawasan mereka , jadi apabila mereka tidak pergi bersuara dan berjuang untuk rakya maka hanya mereka sajalah yang kenyang makan elaun wakil rakyat.

Jadi bagi menghadapi PRU 15 ini kita harus berhati-hati jangan lagi pilih calon wakil rakyat berdasarkan lambing kita perlu selidiki betul-betul sikap dan perwatakan mereka. Walaupun selepas  PRU 15 ini mereka agak susah menjadi katak kerana sudah ada undang-undang anti lompat parti tetapi tidak mustahil  tetap ada jika kemenangan parti yang menang dengan majority kecil maka mereka akan mencari helah.


KLIK UTUK IKUTI CHANNEL YOUTUBE SAYA

TKI M'SIA VS NETIZEN INDO



Rabu, 7 September 2022

OMBAK MENGHEMPAS PANTAI

 



Jika kita berada di tepi pantai kadang-kadang kita lihat ombak akan membelai lembut pantai. Ada masanya ombak akan menghempas pantai dengan kasar. Ada ketikanya apabila laut bergelora ombak akan menghempas pantai dengan ganas.

Fenomena ombak dan pantai ini umpama sikap manusia kadang kalanya lembut, pada satu-satu ketikanya kasar dan pada waktu yang lain agak keras. Sikap ini bergantung kepada keadaan.

Begitulah Allah menjadikan alam ini dengan manusia saling berkait rapat kalau kita rajin mengkajinya.

Puisi OMBAK MENGHEMPAS PANTAI ini   adalah puisi saya terkandung dalam Antologi PUISI LAUT terbitan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia pada tahun 2004.

Puisi ini saya hasilkan untuk menyertai Pertandingan Puisi Maritim anjuran Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

Mengikut komentar juri pertandingan ini, mereka menerima lebih 500 puisi selain mereka yang memenangi hadiah pihak penganjurtelah memilih 200 puisi untuk diantologikan.

Walaupun saya tidak memenangi sebarang hadiah dalam pertandingan ini namun saya tetap bersyukur kerana puisi saya terpilih dalam 200 puisi daripada 500 lebih puisi untuk diantologikan. Syukur Alhamdulillah.

Inilah puisinya “OMBAK MENGHEMPAS PANTAI”

OMBAK MENGHEMPAS PANTAI

 

Aku berjalan-jalan di gigi pantai

Sendirian, menikmati panorama  alam

Sambil menghirup angin  laut yang segar

Menjadikan aku tenang dan damai

 

Aku juga dapat lihat ombak

Yang menggunung dan bergulung di tengah samudera

Berlari pantas menghempas pantai dan berlalu pergi

Kemudian menggunung dan bergulung lagi

Datang lagi menghempas pantai

Berkali-kali tanpa mengenal erti jemu

 

Aku juga lihat ombak jauh di tengah  samudera raya

Mengumpul tenaga

Menggunung dan bergulung

Bagi menghempas pantai

Tanpa kenal erti jemu dan putus asa

 

Kini terpeta di benakku

Untuk mencapai tujuan hidup

Kita perlukan kerjasama

Kita perlukan perpaduan

Untuk membina kekuatan

Bagi menghadapi apa juga rintangan

Dengan semangat yang kental

 

Karya : Arzaman Sulaiman

Batu Feringgi, Pulau Pinang


KLIK UNTUK IKUTI VIDEO DARI CHANNEL SAYA

ZAHID TERKAPAI-KAPAI (BAB 5 RUSUH DI KUALA)




Selasa, 6 September 2022

ANEHNYA KEHIDUPAN

 



HIDUP di dunia ini penuh teka teki. Terdapat pelbagai keanehan dalam kehidupan ini. Adakah kita juga suka bersikap aneh?

Sebagai contoh seperti isu yang saya angkat dalam puisi ini, kita melihat ada orang yang tidak memberikan perhatian kepada orang yang suka dan sayangkan dia.

Orang itu terus mengejar bayang-bayang dalam kehidupanya. Saya katakan bayang kerana kita tidak tahu sikap bayang-bayang yang kita kejar itu.

Apabila bayang-bayang itu mempamerkan keadaan sebenarnya maka kita akan kecewa dan menyalahkan takdir. Adakah takdir yang salah atau kita sendiri yang silap?

Jom kita ikuti puisi “ANEHNYA KEHIDUPAN.”

  

ANEHNYA KEHIDUPAN

      

Hidup ini cukup aneh…

Dia gagal hormati orang yang menghormati dia

Dia juga lupa orang yang ingatkan dia

Dia tidak peduli orang yang pedulikan dia

Dia abaikan orang yang jaga dia

Dia tidak sayang orang yang sayangkan dia

Dia tidak kasih orang yang kasihkan dia

Dia tidak cinta orang yang cintakan dia

 

Hidup ini memang pelik…

Dia memburu apa-apa yang tidak jelas

Dia mencari apa yang tidak pasti

Kerana kesilapan itu dia disakiti

Dia dilukai…

Dia  salahkan orang lain

Bukan dirinya

yang silap membuat perhitungan

Dirinya tetap betul

orang lain semua salah

Orang lain semua jahat

Orang lain semua mempermainkan dia

orang lain semua melukai dia

Dia lupa semua itu berpunca dari dirinya sendiri

Inilah sikap manusia di alam raya ini.

 

Nukilan Rasa : Arzaman Sulaiman,

Padang Serai, Kedah,

Hakcipta © Nov 2017 arzaman sulaiman

Semua Hakcipta Terpelihara     


SILA KLIK UNTUK IKUTI VIDEO YOUTUBE SAYA:-

BUNGA CINTA ZAHID DAN JANET MULA BERSEMI

ERS



Ahad, 4 September 2022

KEMELUT KEHIDUPAN

 Hidup kita di dunia ini bagaikan roda dan roda kehidupan itu selalu berputar bagaikan roda kereta. Ini kata-kata orang dulu dan di zaman ini kita boleh katakan bagaikan roller coaster.Kadang –kadang kita akan berada di atas, kadang-kadang  di bawah.


Jadi berdasarkan andaian tadi kita mesti sedar dalam kita menjalani  kehidupan ini, kita pasti tidak terlepas menghadapi banyak masalah dan ujian. Terkadang kita merasa masalah itu begitu berat bagaikan tidak ada jalan keluar.

Hakikatnya sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada menghadapi  kemelut kehidupan seumpama ini. Jangan ingat kita orang susah dan miskin saja yang terpaksa menghadapi kemelut dalam kehidupan.

Harus diingat siapa saja tidak akan terlepas daripada kemelut dalam kehidupan. Kalau kita susah masalah hidup yang terpaksa di hadapi  cara kita orang susah.

Kalau kita orang senang dan kaya, kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupan. Cuma masalah cara orang senang atau kaya.

Adat kata semua orang terpaksa melalui pelbagai kemelut dalam kehidupan. Kadang-kadang kita merasakan sesaorang itu bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang senang dan kaya.




Mungkin bertuahnya mereka  yang dilahirkan dalam keluarga yang senang lagi kaya itu semasa kedua ibu dan bapa mereka  masih  ada. Apabila kedua orang tua mereka   tidak ada dan mereka   tidak tahu bagaimana merancang  dalam menjalani kehidupan maka mereka akan menjual satu demi satu harta peninggalan  kedua ibu bapa mereka.

Apabila habis semua harta itu dijual maka akan muncullah zaman susah mereka. Malah kesusahan mereka akan lebih susah daripada kita yang memang dilahirkan dalam keluarga orang susah.

Apa yang diperkatakan itu bukan hanya cerita penyedap hati orang susah. Kita dapat lihat orang yang berada dikeliling kita yang senang dahulu dan susah kemudian.

Jesteru itu jangganlah kita berputus asa dan kecewa dengan apa yang kita terpaksa lalui itu. Semuanya telah termaktub di loh mahfuz sejak azali lagi.

Namun memang kita tidak tahu ketentuan Allah kepada kita. Hanya setelah sesuatu itu berlaku maka itulah ketentuan Allah kepada kita.

Jadi kita berdoalah sebanyak mugkin agar kerana tidak tertolak qada dan qadar Allah melainkan dengan doa.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Tidak tertolak Qadha’ itu melainkan oleh do’a dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Ingat! Allah tidak akan memberikan kita kemelut dalam kehidupan diluar kemampuan kita menghadapinya.

Firman Allah SWT alam Surah Al Baqarah, ayat 286 yang maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.”

Harus kita ingat dalam setiap masalah atau kemelut kehidupan yang terpaksa kita lalui itu pasti tersedia jalan keluarnya.


MY YOUTUBE CHANNEL :PERIGI MENCARI TIMBA



Sabtu, 3 September 2022

AMPUNILAH AKU

 Sebagai manusia biasa yang pastinya mempunyai segala kekurangan dan kelemahan dan sudah semestinya tidak terlepas dari melakukan kesalahanyang mengutip dosa. Jesteru itu kta wajar memohon keampunan dari DIA YANG MAHA KUASA, “AMPUNILAH AKU.

Ya Allah Al-Ghaffaar

Allah Maha Pemberi Ampun

Ampunilah aku

Sesungguhnya aku manusia lemah

Terlalu banyak dosa yang aku kutip

Di tempat persinggahan ini Ya Allah

Ampunilah aku... Ya Allah Ar-Rahman

Aku Tiada Daya dan Upaya Kecuali Dengan IzinMU Ya Allah

Janganlah ENGKAU

Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri

Walaupun sekelip mata aku tidak akan mampu menguruskannya.

 

Nukilan Rasa

ARZAMAN SULAIMAN

Kamar Sepi, Padang Serai ,Kedah

Hakcipta © 2016 arzaman sulaiman

Semua Hak Terpelihara


  MY YOUTUBE CHANNEL 




Khamis, 1 September 2022

LIFE BEGIN AT 40! BENARKAH?

 

Kita sering mendengar perpatah Inggeris yang berbunyi, LIFE BEGIN AT 40.Rupanya bukan perpatah tapi merupakan judul buku tulisan Walter B. Pitkin dan di terbitkan pada tahu 1932.

Kita juga  mungkin pernah dengar  orang tua-tua berkata, kalau sudah umur 40 tahun tidak berubah  maka sulit untuk berubah.

Perpatah Inggeris berkata kehidupan baru bermula ketika kita berusia 40 tahun. Sedangkan kata orang tua-tua kita pula berkata kalau tidak berubah ketika berusia 40 tahun seolah-olah suatu pengakhiran.


Benarkah? Bagaimana pula pendapat agama kita? Ada atau tidak pandangan agama mengenai perkara ini?

Hakikatnya  memang terdapat saranan apa yang perlu kita buat apabila usia mencapai 40 tahun dalam  Al-Quran.  Cuma kita tidak tahu walaupun kita rajin membaca  Al-Quran kerana Al-Quran berbahasa arab.

Rata-rata kita tidak faham dan para ustaz juga kurang megupas hal ini, mungkin juga pihak yang menganjurkan ceramah tidak pernah memberikan tajuk seumpama ini.

Ayat apakah dalam Al-Quran yan membicarakan perkara ini? Kita boleh cari dalam surah al-Ahqaf: ayat 15, Allah berfirman yang bermaksud:

 "Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”


Jadi kini jelas ada firman Allah berkaitan dengan usia 40 tahun. Hanya kita yang tidak sedar dan kita hanya tahu  perpatah inggeris "Life begins at 40"

Persoalan lain yang timbul ini, mengapa 40? Kenapa tak 21, 30,50 atau 60 tahun?

Mungkin kita lupa,  baginda Rasulullah telah menerima  wahyu pertama ketika berusia 40 tahun melalui malaikat Jibril di Gua Hira. Tiga tahun setelah itu baginda mula berdakwah menyebarkan agama Islam.

Bukan Nabi Muhamad SAW sahaja bahkan nabi-nabi  lain juga diagkat menjadi nabi ketika berusia 40 tahun kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

 Pada usia ini diyakini rata-rata manusia akan mencapai kemuncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Di usia ini manusia akan  matang pemikirannyya dan bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun.

Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan kepada 4 (empat) period, iaitu

Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )

Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )

Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )

Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw., yang bermaksud : "Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya).

Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya.

Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya.

Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi." (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar.

Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia.

Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Walaupun orang Inggeris kata “Life Begin At 40” seolah-olah kehidupan baru hendak bermula. Pada hakikatnya di usia  40 tahun sudah mula muncul tanda-tanda penuaan biasanya sudah mula terlihat  semakin jelas tubuh sudah mulai terlihat lemah.

Di usia ini juga , seseorang akan mulai mengalami pandangan yang kabur. Pendengaran juga mula berkuranggan dan metabolisme tubuh mulai menurun dan otot-otot sudah  mengendur .

Jika di usia ini kita  mengonsumsi makanan yang sama seperti yang biasa kita makan pada usia 20 tahun, berat badan kita akan bertambah dengan sangat cepat.Untuk menghindari masalah yang tidak menyenangkan ini, kita  harus mengikuti diet sihat dan melakukan senaman  rutin.

Menurut data yang dikumpulkan oleh University of Arkansas jurusan Ilmu Kedoktoran, golongan lelaki secara bertahap akan kehilangan ketinggian badan satu inci ketika berusia antara 30 dan 70tahun sementara  wanita akan  kehilangan ketinggian badan sekitar 2 inci.

Agar tidak semakin pendek, makanlah makanan yang mengandung kalsium dan vitamin D dan jangan lupa berolahraga.

Menurut psikologi bahwa wanita cenderung lebih percaya diri setelah menginjak usia 40 tahun. Fakta ini membantu mereka untuk semakin mencintai diri sendiri, tidak memikirkan hal-hal kecil, menyingkirkan pikiran negatif, dan menjadi pribadi yang benar-benar bahagia, serta berdikari di sudut  kewangan dan nampak bertambah cantik dan anggun.


KLIK UNTUK IKUTI VIDEO YOUBE DARI CHANNEL SAYA