Khamis, 13 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN MH 370

KINI sudah 6 hari kapal terbang milik MAS MH 370 hilang begitu saja.  Kejadian masih menjadi  satu misteri. Bagaimana kapal terbang yang besar serta canggih boleh hilang begitu saja?
Kalau kapal terbang itu mengalami masalah teknikal dan terhempas di laut pasti ada yang melihatnya kerana perairan Laut Cina Selatan agak sibuk.  Sudah pasti Kapten Zaharie Shah dan Pembantunya Farid Abdul Hamid akan memaklumkan kepada  menara kawalan yang kapal terbangnya mengalami kerosakkan. Dan kalau benar ianya terhempas di Laut Cina Selatan dengan segala jentera mencari dan penyelamat pasti boleh dijumpai.

Dan sekiranya ia terhempas didaratan pasti pesawat itu akan meletup dan terbakar dan mudah di kesan. Jadi ke mana menghilangnya kapal terbang itu?  Adakah ia meletup di udara diketinggian 35,000 kaki? Jika ini terjadi dan letupan itu angkara penganas sudah pasti kapten kapal terbang gagal menghubungi menara kawalan. Namun begitu mugkin juga menara kawalan dan mengesan objek yang meletup. 

Sekiranya benar terlahan ini sepihan letupan itu tidak akan mudah dan mengambil masa  turun ke bumi kerana udara di atas mengapungkan benda. Sebagai contoh apabila kita menaikan wau dan apabila sudah berada di atas kita tidak perlu lagi menaikannya sebaliknya melepas tali biar ia terus naik.

Dan satu kemungkinan lain mungkin kapal terbang ini dirampas dan dimatikan semua saluran komunikasi dan mendarat di satu destinasi yang tidak diketahui. Perampas bukan bertujuan memeras ugut tetapi mengsabotajkan sesuatu, mungkin sobotaj ekonomi dan sebagainya. Pekerjaan ini didalangi oleh satu kuasa besar. Ini semua serba mungkin.

Apa pun  hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik kehilangan penuh misteri MH 370 ini. Disebalik usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan serta doa dan pengharapan kita agar menemuinya kita perlu mengambil IKTIBAR apa yang berlaku. Rasulullah telah bersabda :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaayhi Wassalam juga pernah naik ke atas mimbar dan menyeru dengan suara yang tinggi, "Janganlah kalian menyakiti kaum Muslim, janganlah menjelekkan mereka, janganlah mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudara sesama Muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan, siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walaupun ia berada di tengah tempat tinggalnya." (dari Abdullah bin 'Umar)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim serta Abdullah bin ‘Umar melarang kita membuka keaiban orang. Jadi di sini cuba kita lihat bagaimana selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Dan yang terbaharu kes Liwat ke 2 yang telah di menangi oleh Datuk Seri Anwar telah dibuka dan diputuskan  dengan tergesa-gesa lantaran mengagalkan rancangan “Langkah Kajang”nya. Kita dapat lihat dari awal kes  ini tanpa sebarang prejudis terlalu banyak persoalan yang meragukan. Perkara ini hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Jesteru itu kini dengan Misteri Kehilangan ini mungkin qada Allah Azawajalla kepada negara kita di mana hari ini negara kita mengalami aib di seluruh dunia. KEAIBAN YANG PERTAMA,  BAGAIMANA MEREKA YANG MENGGUNAKAN PASPORT PALSU BOLEH MELEPASI PINTU KELUAR MASUK NEGARA. Ini menunjukkan kelemahan sistem keselamatan di pintu keluar masuk negara.

Misteri kehilangan MH370 membuatkan beberapa negara telah menghantar kapal perang dan selam mereka ke lokasi yang dikenal pasti, sedangan kita tidak menghantar kapal selam Scorpene  yang kita beli dengan harga EURO 1 Bilion. Pihak berkuasa telah memberikan alasan tetapi apa pun alasan pihak lain telah menghantar kapal selam dan perang mereka, mengapa kita tidak menghantarnya? Dan kita boleh menguji keberkesanannya. Saya yakin kapal selam yang kita beli ada masalah untuk digunakan. INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG SELAMA INI  ADA KEBENARANNYA. INI JUGA MENGAIBKAN KERAJAAN YANG MEMPERTAHANKAN PEMBELIAN KAPAL SELAM ITU. 

Disamping itu penyelarasan maklumat semasa kejadian juga tidak menyakinkan dan ketinggalan. Sedang kita baru mengeluarkan nama dan gambar dua orang warga Iran yang  lolos mengunakan pasport palsu pihak Interpol telah mengeluarkan kedua-duanya. Laporan awal pihak DCA terdapat 5 bagasi yang mana penumpangnya tidak menaiki kapal terbang akhirnya Ketua Polis Negara menafikan. Sedang pihak MAS mengatakan mereka hilang hubungan 1 jam lepas penerbangan pihak tentera mengatakan mereka mendapat signal yang kapal terbang itu berpatah balik. Begitu juga pihak Imigresen menyatakan dua orang Iran itu menggunakan pasport yang sama ketika masuk dan keluar sedangkan pihak Interpol mengatakan mereka menggunakan pasport Iran ketika masuk. Semua maklumat ini gagal diselaras dengan baik membuktikan pengurusan kita menghadapi krisis amat lemah dan memalukan.


Inilah pengajaran yang dapat kita kita ambil iktibar daripada misteri kehilangan MH370 yang masih tidak diketahui dimana dan bagaimana nasib penumpang dan krew penerbangan itu. Kita doakan mereka selamat.

Tiada ulasan:

Penciptaan Drama