Khamis, 23 Oktober 2008

CUKUP SETAHUN NURZAMAN ONLINE DI ALAM MAYA

Alhamdulillah sedar tak sedar blog pertama saya NURZAMAN ONLINE telah mencecah usia yang setahun beredar di alam maya ini. Dalam usia setahun NURZAMAN ONLINE telah Berjaya menerima pengunjung seramai 1066 orang.

Walaupun bilangan itu tidak besar tetapi memadailah dengan kekurangan peralatan serta kekurangan masa disebabkan terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain dalam memenuhi kehidupan ini.

Namun saya puas sekurang-kurangnya bakat anugerah Ilahi serta masa yang amat berharga ini dapat saya menafaatkan kepada untuk masyarakat. Hari ini NURZAMAN ONLINE telah menukar konsep menjadi blog peribadi serta membicarakan soal kesenian dan kebudayaan khususnya melibatkan dunia penulisan.

Ini kerana diawal pembinaan blog saya merasakan akan mengisi segala-galanya dalam blog ini tetapi apabila masa berjalan saya dapati saya perlu membina blog lain yang lebih sesuai dengan temanya.

Jesteru itu sehingga kini saya telah membina sebanyak 11 buah blog yang berligar di alam maya ini. Tapi tumpuan khusus hari ini ialah blog WARTAWAN RAKYAT dan BICARA UMMAH. Saya amat yakin blog WARTAWAN RAKYAT akan mengatasi blog-blog lain disegi kunjungan pelawat dalam masa beberapa bulan yang akan dating. Akan tetapi blog-blog lain tetap akan saya beri perhatian juga.

Semoga sambutan ulang tahun pertama blog NURZAMAN ONLINE akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus menulis diblog yang saya bina termasuk blog NURZAMAN ONLINE.
Sekian, SELAMAT MEMBACA.

Khamis, 16 Oktober 2008

UMUM

SAMBUTAN HARI RAYA YANG HAMBAR BAGI BLOGER

HARI Raya Aidil Fitri yang jatuh pada 1hb. Oktober 2008 adalah hari raya pertama aku beraya tanpa ibu yang amat aku sayangi. Ibuku telah selamat pulang ke rahmatullah pada 10hb. Disember 2007.
Pada tahun lepas semasa puasa ramadhan ibuku sudah tidak mampu berpuasa, hanya pada hari pertama ibuku cuba berpuasa tetapi apabila tiba masa berbuka setelah makanan masuk dalam mulut beliau telah muntah. Selepas itu aku dan isteri tidak benarkan beliau berpuasa.


GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA YANG TERAKHIR IBUKU BERSAMA CUCUNYA MUHD AL-ZARIF (Anak Blogger No.3), MUHD AL-ZABIR (Anak Blogger No.5) DAN NUR ADILAH (Anak Blogger No.6).






Walaupun aku mendapat cuti hari raya yang agak panjang pada tahun ini iaitu bermula pada hari selasa sehinggga hari Ahad namun bagiku tidak ada sebarang program khusus yang di atur malah aku tidak membuat sebarang persiapan dan tidak pergi mana.Adalah sikit-skit untuk merai tetamu dan anak-anak.



















ANAK BLOGGER NO.3 MUHD AL-ZARIF MEMBANTU KELUARGA BUAT KUEH RAYA.

Pada pagi 1 Syawal itu aku terus ke masjid pada jam 8.00 pagi untuk tunaikan solat sunat hari raya. Selepas mengikuti para jemaah bertakbir maka Imam Kampung Tuan Hj. Mansor telah memberikan penerangan ringkas mengenai cara-cara untuk mengerjakan solat sunat hari raya. Lebih kurang jam 8.30 pagi solat sunat hari raya bermula dan selepas habis Tuan Hj. Zamri membacakan khutbah hari raya. Selepas selesai mengerjakan solat sunat hari raya aku pulang sebentar ke rumah.
Lebih kurang 9.00 lebih sedikit aku dan anak-anak isteri telah pergi ke tanah perkuburan untuk melawat tempat persemadian ibuku Yah Binti Saleh dan juga abangku Abu Hahan Sulaiman yang telah pulang ke rahmatulah pada tahun 1999 akibat kemalangan. Sementara tempat persemadian ayahku yang telah pulang kerahmatullah jauh lebih awal iaitu pada tahun 1982 berada di Cheras Baru, Kuala Lumpur.
















BLOGGER BERADA BERSAMA ORANG-ORANG KAMPUNG UNTUK MENGADAKAN TAHLIL DI TANAH PERKUBURAN. BLOGGER SEMPAT MENGAMBIL GAMBAR ORANG KAMPUNG SEBELUM MAJLIS TAHLIL. KELIHATAN ABANG MAIL (HJ.ISMAIL ELIN) YANG BAKAL MENGETUAI MAJLIS TAHLIL

Ketika aku sedang bertahlil anak-anak dan isteriku berada di tempat persemadian ibuku. Selepas habis bertahlil aku pergi mendapatkan anak-anak isteriku dan mereka sudah beralih di tempat persemadian abangku.

















KESEMUA ANAK-ANAK DAN ISTERI BLOGER KECUALI MUHD AL-ZABIR YANG TELAH KELUAR BERAYA DENGAN KAWAN-KAWANNYA. MEREKA BERADA DI TEMPAT PERSEMADIAN ABANG BLOGGER.



Selepas itu kami berangkat balik ke rumah dan berehat sebentar aku menyuruh anak kedua aku Nur Amirah untuk mengambil gambar Aku, Isteri, anak sulung Muhd Al-Zaim dan anak bongsuku Nur Adilah. Selepas itu aku tidak pergi ke mana-mana dan melepak di rumah saja. Baru saja nak lena kak ipar dan anak-anak dia pula dating, bangkit dan layan mereka. Kalau kanak-kanak dan kawan-kawan anak aku biarkan kepada ahli keluarga yang layan. Kemudian anak saudaraku yang duduk sebelah rumah dan yang duduk KL pula datang.
Aku pada mulanya merancang untuk pergi ‘open house ‘ YB. Senator Datuk Musa bekas bos tempat kerjaku sebagai Pegawai Perhubungan Awam dulu, tapi terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakan serta mood untuk berhari raya juga kurang. Tujuan aku hendak ke rumah terbuka itu kerana aku sedang merancang untuk buat berita politik untuk akhbar SIASAH dan Mingguan Watan. Di situ aku akan dapat menemui ramai tokoh-tokoh politik UMNO Pulau Pinang maka dapatlah aku mengutip cerita.
Pada hari raya kedua keadaannya hampir sama. Aku merancang untuk ke rumah terbuka Cikgu Anuar, Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang. Aku mengatur dengan sahabatku OMARA seorang blogger WARISAN BORIA. Apabila tiba masanya OMARA terpaksa batalkan rancangan itu kerana sakit.



SAHABATKU YANG JUGA SEORANG BLOGGER WARISAN BORIA ADALAH TEMAN BAIK DIKALA SUSAH DAN AKU HARAP DAN BERDOA AGAR PERSAHABATAN INI AKAN TERUS KEKAL DI KALA SENANG.


Aku terpaksa pergi juga, tujuan aku disamping merai rumah terbuka yang beliau anjurkan aku juga ingin bertemu kawan-kawan persatuan yang telah lama tak jumpa sejak aku tidak aktif dalam persatuan dan untuk mengambil buku antologi puisi bertajuk “Ratib 1000 Syair” yang mana puisi aku juga terdapat dalam antologi itu.









ANTOLOGI RATIB 1000 SYAIR TERBITAN GAPENA YANG MANA SE


BUAH PUISI BLOGGER BERTAJUK "CACATAN KECIL DI PERKUBURAN"

WALAUPUN ANTOLOGI INI SUDAH LAMA DITERBITAN TAPI MALANGNYA BLOGGER BARU SAJA DAPAT SENASKAH.







Sekali lagi aku kecewa kerana kawan-kawan persatuan penulis tak seorang pun datang. Aku sampai jam 2 lebih sikit dan balik lebih kurang jam 3 suku, tidak ada siapa yang dating, sedangkan majlis bermula jam 2 hingga 4 petang.
Semasa aku bertolak pergi ke majlis trsebut tanpa aku sedari keluarga abang sulungku serta anak-anak cucunya berada di rumah anak saudaraku di sebelah rumah. Maka mereka datang bertandang ke rumahku tanpa kehadiranku. Raya kedua juga berakhir dengan suasana hambar dan begitulah seterusnya hari raya ketiga dan sehingga aku kembali bertugas pada hari raya ke-6. Keseluruhannya raya tahun ini aku berada dalam mood yang tidak begitu gembira.




BLOGGER BERSAMA
ISTERI DAN ANAK SULUNG MUHD AL-ZAIM DAN ANAK BONGSU NUR ADILAH PADA SAMBUTAN HARI RAYA 2008

JUMPA KAWAN LAMA DATUK BAKAR

AGAK lama saya tidak menemui  Datuk Abu Bakar Abdullah  kerana beliau banyak menetap di Kuala Lumpur. Cuma baru-baru ini  ketika beliau bal...