Khamis, 14 Mei 2009

13 Mei Hari Yang Bersejarah

Pada 13 Mei 1969, ketika itu usia aku sembilan tahun dan negara kita telah meghadapi rusuhan kaum yang hebat. Rusuhan kaum yang berlaku telah menyedarkan pemerintah BN ketika itu PERIKATAN khususnya UMNO untuk melihat kembali dasar-dasar pemerintahan mereka.

Rusuhan itu tercetus akibat rasa tidak puashati dikalangan kaum terhadap pembahagian kek ekonomi negara. Orang-orang melayu terus hidup susah dan merempat walaupun negara ini telah merdeka 12 tahun ketika itu dan tapuk pemerintahan ditangan orang melayu iaitu UMNO.

Menyedari hakikat itu UMNO yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak telah mengubal Dasar Ekonomi Baru (DEB)dalam usaha membantu masyarakat bumiputra khususnya orang melayu. Sehubungan itu Bank Bumiputra, MARA, Felda, Felcra, ITM dan banyak lagi agensi yang dibentuk untuk membantu kaum bumiputra khususnya orang melayu.

Dasar ini benar-benar berjaya menarik perhatian majoriti orang melayu untuk memberikan sokongan padu yang berterusan kepada BN khususnya UMNO.

Tapi selepas 40 tahun kemudian iaitu pada 13 mei 2009 yang kini teraju kepimpinan kerajaan dan UMNO berada ditangan anak Tun Razak, Datuk Seri Najib keadaan telah banyak berubah. Orang-orang China dan India lebih 70% tidak lagi menyokong BN manakala orang melayu sudah meningkat lebih 50 % yang tidak menyokong BN.

Perubahan ini berlaku kerana berlaku perubahan sikap dikalangan pemimpin BN khususnya UMNO yang hanya mementingkan kedudukan, pangkat dan wang ringgit daripada menjaga kepentingan bangsa. Tinjauan rambang yang dibuat orang tidak marah kalau mereka pentingkan kedudukan, pangkat dan wang ringgit tapi semua tindakan itu jangan sampai menjejas kepentingan dan kebajikan anak bangsa.

Kita lihat kenapa dan mengapa para pemimpin melayu yang diangkat oleh orang melayu begitu mempertahankan keputusan mereka melaksanakan pengajaran Mathematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Jangan bercakap dengan belajar bahasa penjajah itu saja negara kita akan maju, lihat Jepun, Korea Selatan dan China. Malah di barat sendiri Perancis, German tetap mengutamakan bahasa ibunda mereka dan mereka dalam beberapa bidang lebih maju daripada USA dan British.

Dari apa yang saya dapat tahu mungkin peluang perniagaan yang wujud hasil perlaksanaan dasar tersebut seperti membekal segala kemudahan ICT kepada sekolah-sekolah yang dikatakan bernilai jutaan ringgit dan kemudahan itu ditukar setiap tiga tahun sekali. Dan kemudahan itu pula bukannya yang terbaik tetapi kondem. Lihat blog kawan saya hrttp://gurubesar pencen.com. Mungkin inlilah perkara yang menghalang para pemimpin melayu membuat keputusan untuk kepentingan anak bangsa.

Kesimpulannya biarlah mereka dengan kemegahan mereka. Biarkan mereka dengan perasaan bongkak mereka. Biarkan mereka dengan sikap tamak mereka. Rakyat dapat lihat bagaimana mereka merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Malah mahkamah telah memutuskan tindakan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO itu salah. Rakyat dapat lihat bagaimana BN khususnya mengunakan segala jentera termasuk polis dan pegawai kerajaan seperti SUK untuk mendapatkan kuasa.

Rakyat kini semakin cerdik dan sentiasa memerhati segala tindak-tanduk mereka, tunggu masanya akan sampai apabila rakyat menggunakan kuasa yang ada ditangan yang pasti akan dating dalam pilihanraya yang ke-13. Kita tunggu dan lihat besar kemungkinan Datuk Seri Najib adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang terakhir bagi UMNO sesuai dengan berakhirnya TEORI RAHMAN.

Dan bagi saya pula 13 Mei 2009 adalah hari yang amat bersejarah kerana saya telah dilantik sebagai EDITORIAL UTARA ONLINE. Walaupun perkara itu mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi bagi saya ianya amat besar dengan keadaan dan kedudukan diri yang serba-serbi kurang baik disegi pelajaran, ilmu dan jauh daripada segala kemudahan.

Saya mula menulis pada pertengahan tahun 1986, saya menulis dan terus menulis sehingga saya dilantik oleh BACARIA menjadi wakil mereka di Pulau Pinang. Kemudian menyertai Utusan sekejab sebelum menyertai Harian Watan. Kemuncak kejayaan saya dibidang ini apabila pihak UMNO pulau Pinang ketika dibawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad memberikan peluang menerbitkan buletin untuk UMNO Pulau Pinang dan selepas itu Bukit Mertajam.

Berkat kesungguhan dan kegigihan itu akhirnya saya mendapat tawaran menjadi Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd. Sebuah syarikat milik keluarga Datuk Kadir Sheikh Fadzir iaitu Datuk Musa Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam dan diruskan oleh Datuk Omar Fauzaur Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor.

Selepas 9 bulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya melepaskan semua jawatan yang berkiatan dengan UMNO dan memulakan hidup baru. Walaupun agak susah dan sukar namun berkat kesabaran saya dan anak-anak isteri kami dapat mengharunginya dengan baik.

Saya masih ingat lebih kurang bulan Julai 1999 saya meninggalkan segala-galanya dan sudah sepuluh saya cuba membina kembali kehidupan yang musnah ini. Kini bunga-bunga kejayaan sudah menghampiri. Disamping melakukan kerja harian biasa, saya juga sudah mengeluarkan Produk X-Lalat. Walaupun pemasarannya masih lembab tapi saya teramat yakin produk ini boleh pergi jauh kerana saya terus beruseha mencari bahan agar menjadikan produk ini lebih berkesan.

Saya juga tengah membuat R&D untuk mengeluarkan makjun untuk lelaki dan perempuan, minyak lintah dan bedak sejuk beraroma bunga melor. Dalam waktu yang sama saja bersama beberapa orang rakan sudah mula membuka ladang jagung dikawasan seluas satu setengah ekar dan insya allah kami sedang beruseha mencari tempat dan sumber kewangan untuk membuka ladang ini melebihi 10 ekar.

Dan yang lebih penting dan bermakna buat saya adalah mencapai kejayaan dan kemajuan dibidang penulisan. Saya sudah sampai keperingkat akhir menyiapkan manuskrip novel sulung yang akan diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka. Setelah siap ini saya merancang menulis novel remaja yang kaya dengan unsur-usur negatif dan kaya dengan unsure-unsur dakwah. Selain itu perlantikan sebagai EDITORIAL UTARA ONLINE amat besar maknanya buat saya. Disamping dapat menerus dan mengiatkan lagi usaha penulisan saya juga dapat meneruskan perjuangan. Insya Allah saya akan cuba buat sebaik mungkin.

Selasa, 5 Mei 2009

Isu Semasa

DR. Mansor Calon PKR di DUN Penanti

TAHNIAH Dr. Mansor Othman kerana dipilih oleh PKR sebagai calon ADUN Penanti bagi menghadapi pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 31 Mei ini. Pemilihan Dr. Mansor telah saya duga awal apabila DSAI mengatakan bakal calon DUN Penanti akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Bagi saya Dr. Mansor adalah orang harapan DSAI malah beliau merupakan calon ‘back-up” semasa DSAI bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh dulu.

Saya mendoakan semoga Dr. Mansor berjaya bergelar YB setelah beberapa percubaan gagal dalam pilihanraya lepas. Malah kejayaan ini pastinya lebih bermakna kerana Dr. Mansor bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Bagi saya perlantikan Dr. Mansor ke jawatan tersebut jika berjaya memenangi pilihanraya kecil ini memang tepat.

Ini memandangkan Dr. Mansor memang mengetahui secara terpenci mengenai masalah melayu Pulau Pinang malah mempunyai banyak data mengenainya. Pengetahuan ini beliau dapat semasa bertugas di Unit Kajian Dasar USM dan beliau banyak membuat kaji selidik mengenainya dalam usaha membantu DSAI.

Selepas beberapa lama DSAI dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, DSAI melantik beliau telah melantik Dr. Mansor sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Sayang usia Dr. Mansor sebagai Setiausaha politik DSAI tidak lama berikutan pemecatan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dulu.

Bos saya di Aseania Development yang merupakan anak buah Dr. Mansor semasa di USM, Haron Din memberitahu saya yang Dr. Mansor benar-benar terkejut dan tersentak dengan apa yang berlaku. Beliau yang tinggal berhadapan dengan rumah Dr. Mansor sering pergi ke rumahnya untuk berbual dan memulihkan keyakinan dan kepercayaan dirinya. Walaupun melalui jalan yang penuh berliku namun Dr. Mansor tetap istiqamah dalam perjuangan semoga kali ini Dr. Mansor akan menang dan merasakan sedikit kemanisan setelah melalui lebih sepuluh tahun pengalaman pahit.

Sekali pandang kerusi DUN Penanti nampak mudah tetapi PKR khususnya Dr. Mansor harus berhati-hati dan melipat gandakan usaha untuk memenangi hati rakyat lebih-lebih lagi tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh mengugut untuk membiokot pilihanraya ini. Saya yakin isu ini akan selesai apabila campur tangan pucuk pimpinan PAS yang memangnya telah bersetuju dengan pencalonan Dr. Mansor.

Lagipun kerusi Penanti memang agak panas. Pilihanraya lepas di menangi oleh PKR melalui Fairuz, sebelumnya BN/UMNO yang diwakili oleh Datuk Jalil dan awal lagi PKR dengan calonnya Pak Rahman bada kepasa seorang lagi kawan saya Datuk Rozabil yang kini menjadi orang kanan Khairy Jamaludin dalam Pergerakan Pemuda UMON Malaysia. Malah semasa zaman kegemilangan UMNO di Parlimen Permatang Pauh calon kerusi DUN Penanti sering bertukar ganti, tidak ada calon yang dapat bertahan selama dua penggal, kalau tidak silap.

Saya pada mulanya hanya kenal begitu saja dengan Dr. Mansor. Saya kenal lebih sikit semasa saya bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development dan Dr. Mansor telah dijemput untuk merasmikan satu program syarikat dan kebetulan anak buah Dr. Mansor di USM, Haron Din adalah bos saya. Selepas saya menemui DSAI memberitahu yang saya merancang menulis buku mengenai melayu Pulau Pinang dan DSAI meminta saya menemui Dr. Mansor. Perancangan menulis buku inilah yang membawa saya rapat sikit dengan beliau. Tapi saya rancangan saya terpaksa dilupakan begitu saja kerana DSAI telah dipecat dan dihumban masuk penjara Sungai Buluh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas penyingkiran DSAI dengan pelbagai tuduhan yang menjijikan tetapi gagal dibuktikan maka saya ambil keputusan untuk tidak terlibat dalam politik UMNO malah saya juga tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik dan hanya sebagai pemerhati dari jauh dan menggunakan mata pena untuk meneruskan perjuangan. Semasa zaman reformasi bermula dan berkembang saya banyak menulis untuk Ekslusif dan Editor Suria Janib.

Saya berdoa agar Dr. Mansor berjaya memenangi kerusi DUN Penanti dan kemudiannya dilantik senbagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Penciptaan Drama