Ahad, 24 Oktober 2021

YANG BERHORMAT SUDAH TIDAK BERHORMAT LAGI

 DULU-DULU  sekiranya Yang Berhormat datang  ke satu-satu tempat, orang ramai begitu teruja dan kalau boleh ingin bersalam dengannya. Lebih-lebih lagi Yang Berhormat ini bergelar Datuk dan sebagainya.

 

Namun perkembangan akhir-akhir ini Yang Berhormat sudah tidak dilihat berhormat lagi dan sudah hilang kehormatan diri  di mata orang ramai. Ini disebabkan tindak tanduk mereka yang bergelar Yang Berhormat menjadi katak melompat ke sana dan sini bukan kerana perjuangan membela rakyat yang  sebaliknya mengejar kedudukan.

 

Rakyat dapat melihat dengan jelas permainan mereka yang bergelar Yang Berhormat yang sudah hilang kehormatan diri semata-mata mengejar kedudukan dalam usaha mengembungkan poket dan perut.

 

Disamping itu mereka yang bergelar Yang Berhormat tanpa segan silu menyanggah presiden parti dan keputusan partinya  sendiri kerana Presidennya tidak berjawatan dalam kerajaan. Mereka lupa mereka mendapat gelaran Yang Berhormat kerana mewakili parti yang mereka sanggah.

 

Mereka juga lupa, sekiranya mereka tidak bergelar Yang Berhormat adakah orang-orang yang angkat mereka akan mengangkat mereka? Tidak ada orang yang akan memandang mereka sekiranya mereka bukan wakil rakyat.

 

Mereka juga lupa orang ramai mengangkat mereka bukan kerana nama mereka sipulan bin atau binti sipulan tetapi atas nama parti yang mereka wakili.Malah ada diantara mereka yang rakyat tidak kenal tetapi mengundi mereka atas lambing parti yang mereka wakili.

 

Jesteru itu apabila mereka dilantik menjadi wakil rakyat sesuatu kawasan mereka harus berjuang dan menjaga kepentingan rakyat kawasan mereka. Sekiranya ada sesuatu dasar baru yang diperkenalkan mereka harus mempertimbangkan kepentingan rakyat kawasan mereka dan adakah dasar itu selaras dengan perjuangan parti yang mereka wakili.

 

Seandainya mereka dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Exco Kerajaan Negeri maka tugas mereka lebih luas menjaga rakyat di kawasan mereka semata-mata malah telah mencangkupi keseluruhan rakyat mengikut portfolio yang diberikan.

 

Bukannya apabila berjawatan dalam kerajaan kita akan menjadi angkuh, berlaku sombong dan ego dan membuat dua dasar yang berbeza untuk orang ramai dan golongan kayangan. Kalau orang ramai ditangkap disaman dan didenda  Jika kesalahan berlaku dikalangan mereka yang membuat dasar didiamkan.

 

Baru-baru  ini Menteri Kesihatan telah mendapat pujian daripada wakil rakyat pembangkang kerana kejayaannya mengemudikan Kementerian Kesihatan. Rupa-rupanya pujian itu telah membuat dia lupa diri dan ingin menyusahkan hidup rakyat kerana semata-mata tidak mahu mengambil vaksin.

 

Sedangkan sebelum ini kerajaan sendiri mengatakan tidak akan  diwajibkan untuk mengambil vaksin. Kerajaan mengsasarakan dapat mevaksinkan 80% penduduk dewasa bagi mencapai tahap ‘herd immunity’.

 

Hari ini orang dewasa yang mengambil vaksin sudah melebihi 90% dan telah mencapai ‘herd immunity’ yang disasarkan. Pelbagai sekatan lain telah dibuat namun mereka tidak pernah cakap apa. Kini Menteri Kesihatan mengatakan  ingin menyusahkan lagi mereka yang tidak mengambil vaksin.Mengapa sampai begitu sekali sikap mereka?

 

Jesteru itu mulai hari ini disarankan kita orang ramai hanya panggil mereka YB tapi dalam hati mengiktikadkan YB itu Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat. Jangan sekali-kali panggil mereka Yang Berhormat kerana itulah hakikat sebenar, mereka bekerja untuk rakyat bukannya menjadi tuan kepada rakyat.

 

Apabila kita membahasakan diri mereka Yang Berhormat, mereka merasakan diri mereka adalah tuan kepada rakyat. Malah sikap dan tindak tanduk mereka tidak melayakkan mereka di gelar Yang Berhormat. Harus diingat rakyat adalah tuan sebenar..

Selasa, 19 Oktober 2021

“SIXTH SENSE” TIDAK PERNAH MENIPU KITA

KITA semua ada mempunyai ‘sixth sense’ atau pancanindera ke enam. Ada dikalangan kita tidak menyedarinya. Namun ada dikalangan kita yang sedar akan wujudnya ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam namun dikabui oleh lima pancaindera lain yang lebih nyata.

Bagi kita orang islam pula bimbang ‘sixth sense’ atau pancanidera ke enam ini akan menimbulkan buruk sangka terhadap orang lain. Jesteru itu kita sering mengabaikannya dan terlalu yakin akan lima pancaindera lain itu. Sedangkan lima pancaindera ini boleh tertipu dengan lakonan mereka yangberada di keliling kita.

Lima pancaindera yang menimbulkan keyakinan kita ialah mata, kita akan mudah percaya apa yang kita lihat walaupun apa yang kita lihat tidak mengambarkan apa yang sebenarnya.

 

Disamping itu kita mudah percaya apa yang kita dengar melalui telinga kita. Biarpun apa yag kita dengar itu sebenarnya bukan perkara sebenar itu hanya percakapan seorang pelakon untuk menyakinkan kita kepada sesuatu perkara dan  jauh daripada hakikat sebenar.

 

Begitu juga kita mudah yakin apa yang kita bau dengan menggunakan pancaindera hidung. Sebenarnya melalui hidung ini juga kita boleh tertipu.  Misalnya ada sesaorang melalui tepi kita dengan bau yang cukup harum ia juga tidak mengambarkan keharuman yang sebenar. Adakah selepas hilangnya keharuman minyak wangi yang digunakan tubuh badannya tetap harum seperti itu?

 

Kita juga percaya dengan pancaindera seterusnya iaitu mulut dan lidah apabila merasa sesuatu. Kita akan tertipu apabila kita merasa sesuatu itu manis, lemak dan sedap sedangkan disebalik itu terdapat racun yang berbisa. Oleh sebab itu orang-orang kenamaan sebelum menjamah sesuatu makanan akan dimakan terlebih dahulu oleh pengiringnya.

 

Pancaindera yang terakhir iaitu tangan. Kita akan menggunakan tangan untuk merasa sesuatu. Melalui tangan kita dapat merasa kasar, halus, tajam, tumpul, panas,  sejuk dan sebagainya. Pancaindera ini rasanya boleh dipakai sedikit kerana ianya melibatkan soal fizikal.

 

Jesteru itu kita wajar menggunakan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam.  Bagi yang mengetahui beranggapan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini adalah sesuatu yang cukup istimewa.

 

Melalui‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini kita dapat membaca pikiran orang lain, mengetahui peristiwa atau suatu hal yang tidak diketahui orang lain, merasakan ada sesuatu yang tidak benar, atau melihat masa depan.

 

Berkemungkinan mereka yang masih gagal mengesan ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini, boleh melihat contoh ini.  Bagaimana seorang pendekar yang terlatih bisa dengan tepat memukul sasaran walau matanya ditutup. Mereka menggunakan pancaindera ke enam ini untuk melakukannya.

 

Alhamdulillah ‘sixth sense’ atau pancaindera ke enam ini yang  saya miliki cukup kuat. Saya  banyak  menggunakannya untuk berkarya. Sayangnya saya juga seperti orang lain dalam melayari kehidupan ini,  saya lebih percayakan lima  pancaindera yang lain daripada pancaindera ke enam. In Shaa Allah untuk masa akan datang saya akan banyak menggunakan ‘sixth sense’ yang saya miliki.

 

Sesungguhnya pancaindera  keenam adalah  alat untuk merasakan sesuatu secara naluri. Dalam psikologi, pancaindera  keenam ini  dikenal sebagai extrasensory perception (ESP) atau pancaindra tambahan yang  kemampuan menerima informasi yang tidak diperoleh melalui kelima-lima  pancaindra fisik, melainkan dengan pikiran.Analisa yang kita dapati dari ‘sixth sense’ jauh lebih tepat daripada 5 pancaindera kita.

 

Kadang-kadang orang sebut ‘instinct’ atau naluri. Lazimnya kita mempunyai ‘instinct’ yang kuat mengenai sesuatu perkara namun sering dikabui oleh 5 pancaindera kita. Akibatnya kita kecundang dalam membuat keputusan.

 

Akhir-akhir ini baru saya sedar pancaindera ke enam ini cukup penting dalam menganalisa sesuatu informasi dan jangan sesekali kita nafikannya. Sekiranya kelima-lima pancaindera kita melihat sesuatu yang positif dan pancaindera keenam memberikan penilaian yang negatif maka berhati-hatilah kita, jangan mudah percaya. Sekiranya kita percaya maka kita pasti akan terkena.

Informasi yang kita terima dari 5 pancaindera ini adalah tidak tepat kerana manusia lazimnya suka berlakon. William Shakespeare pernah berkata dunia adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya.

  

TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI ARTIKEL DI ATAS



Jumaat, 15 Oktober 2021

KITA JAGA KITA

 HARI ini kerajaan telah membuka sempadan daerah dan negeri dan rakyat kembali dapat bergerak ke mana mana tanpa sebarang sekatan namun kita tetap perlu mengamalkan norma-norma baru dalam kehidupan kita.

 

Kita bukan saja perlu malah wajib  menjaga diri kita. Jangan abaikan pakai mask, jangan lupa penjarakan social dan kalau boleh dan tidak ada keperluan jangan kita pergi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

 

Cuma saya hairan dengan sikap orang kita, apabila kerajaan membuka sempadan umpamanya Pulau Langkawi tidak berapa lama dulu berpusu-pusu orang ramai ke sana, bagaikan sudah tidak ada hari esok. Dan kini pihak berkuasa sudah membuka sekatan merentas daerah dan negeri di yakini orang ramai akan berpusu-pusu ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.

 

Kenapa agaknya jadi begitu? Kenapa kita tak boleh bersabar menanti masa yang sesuai.  Diyakini mereka ingin menjadi orang pertama untuk melaporkan kehadiran mereka di situ dengan melaporkannya di media social dan pastinya mendapat pujian yang melambung dari kawan-kawan media social mereka.

 

Adakah sekadar itu tujuan orang ramai berpusu-pusu pergi bagaikan sudah tidak ada hari esok. Adakah mereka tidak gentar dan takut dengan pandemic Covid 19 ini? Kita harus ingat pendemik Covid 19 masih ada bersama kita dan penyakit itu tidak kenal siapa. Hakikatnya kita masih belum menang melawan Covid 19.

 

Kita juga harus ingat Covid 19 tetap akan menghampiri jika kita alpa walaupun kita sudah mendapat suntikan dua dos vaksin. Suntikan vaksin bukan satu jaminan kita tidak dijangkiti, hanya salah satu ikhtiar manusia membendong gejala tersebut.

 

Sekiranya kita imbau kembali ketika PKP atau MCO pertama kali diperkenalkan dsekitar di negara kita  sekitar 18 Mac 2020, ketika itu jangkitan Covid 19 hanya sekitar 2,000, pihak berkuasa telah membuat sekatan. Waktu itu kita dapat lihat rakyat negara ini begitu takut dan berwaspada.

 

Kini apabila pihak berkuasa membuka sempadan daerah dan negeri ketika penularan pendamik masih tinggi, lebih 3 atau 4 kali ganda ketika  pertama kali diperkenalkan PKP atau MCO. Maknanya risiko jangkitan masih terlalu tinggi dan kita rakyat biasa perlu berhati-hati dan berwaspada serta terus  mengamalkan sikap, kita jaga kita.