Sabtu, 15 Disember 2007

TAHNIAH TUKYA GURUKU

AZIZI HJ. ABDULLAH MENANG LAGI


SAUDARA Azizi Hj. Abdullah yang telah menghasilkan novel Sangeetha dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006 telah berjaya dipilih sebagai buku terbaik bagi rantau Asia Tenggara (Mastera) anjuran Universiti Malaya.

Majlis penyampaian hadiah Mastera ke-5 telah berlansung di pada 27 November 2007 yang lalu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Saudara Azizi memenangi hadiah bernilai RM10,000.00, trofi dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur.

Saudara Aziz pernah menerima anugerah SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1986. Beliau adalah sorang penulis yang prolifik dan pernah di ‘label’ sebagai penulis sayembara kerana sering memenangi pelbagai sayembara penulisan.

Hadiah terakhir sebelum hadiah Mastera ini, belaiu telah menduduki tempat kedua dalam sayembara menulis novel sempena 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membawa pulang hadiah bernilai RM40,000.00 melalui novelnya yang bertajuk Harga Sebuah Maruah.

Beliau bukan saja terkenal sebagai seorang novelis yang prolifik malah banyak menghasilkan cerpen, drama TV, Radio, artikel dan teater. Kini beliau adalah editor Utusan Pengguna, Terbitan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan: