Selasa, 17 Februari 2009

MATHEMATIK & SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

MERTABATKAN BAHASA MALAYSIA

SEKALUNG TAHNIAH buat pengerak bahasa yang kini mulai sedar betapa pentingnya kita mempertahankan dan memertabatkan bahasa kita iaitu Bahasa Malaysia. Dulu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan rancangan ini rata-rata pengait bahasa membisu seribu bahasa.

Mengapa jadi macam tu? Mana perginya semua penjuang bahasa. Cuma waktu itu Datuk Aziz Deraman menggunakan kapisitinya sebagai Ketua Pengarah DBP telah meminta kerjasama semua persatuan penulis untuk mengumpulkan sejuta tandatangan bagi membantah cadangan ini.

Selepas 6/7 tahun perlaksanaannya baru hari ini para perjuang bahasa mula sedar dan memprotes malah sehingga menyaman Kementerian Pendidikan. Bagi saya bukan saja menyaman Kementerian Pendidikan malah kita perlu meyaman Kerajaan Malaysia khususnya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saya sendiri telah memperjuangkan isu ini melalui penulisan sejak mula iannya dilaksanakan. Bagi saya senang saja, kalau kita orang melayu sendiri yang tidak mahu memertabatkan bahasa kita kita nak harapkan siapa untuk memertabatkan bahasa kita.

Saya masih ingat Tun Dr. Mahathir dulu bercakap mengenai soal kemajuan ketika hendak melaksanakan rancangan ini. Itu cuma alasan yang dibuat, kita lihat Jepun yang hanya mengutamakan bahasa ibundanya jauh lebih maju daripada USA yang menggunakan baha Inggeris. Begitu juga Korea Selatan yang kini semakin berkembang juga tidak memberikan tempat yang terlalu istimewa kepada bahasa Inggeris. Jadi di mana logiknya hanya bahasa Inggeris yang boleh membuatkan kita maju.

Apa yang menghairankan akhbar-akhbar utama Bahasa Malaysia seperti Utusan Malaysia dan juga Berita Harian juga turut menyokong usaha yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dulu. Mereka lupa jika keadaan itu dibiarkan terus, akhbar tempat mereka mencari rezeki juga akan ditutup, sama sepertimana akhbar Utusan Malayu berkubur setelah Menteri Pelajaran dulu Khir Johari mematikan tulisan jawi di sekolah-sekolah. Jadi ingatlah para pertugas media jangan jadi sokong yang membawa rebah.

Saya ingin menyarankan kepada semua perjuang bahasa Melayu agar mengembeling sepenuh tenaga dan usaha untuk mempastikan pengajaran Mathematik dan Sains kembali di ajar dalam bahasa ibunda. Saman diteruskan dan jika para pemimpin BN khususnya UMNO terus egos, sombong dan bongkak maka tidak ada jalan lain ketika menghadapi pilihanraya umum ke 13 maka para perjuang bahasa perlu mengerahkan segenap usaha bagi menjatuhkan mereka yang tidak mempedulikan bahasa, bangsa malah agama kita.
Selamat berjuang.

1 ulasan:

y berkata...

betui tu abang..dengan adanya media yang berat sebelah, kira dia ikutt saja apa yang tuan dia cakap..

tak peduli dah benda tu betui ka salah..

Kita hargai pengorbanan beliau (Chedet) dalam membangunkan Malaysia tapi benda yang tak betul, kena la bagitau kat dia, supaya dia tau kesalahan dia..Ni kalau hidung dah kena cocok, apa pun tak guna..