Selasa, 5 Mei 2009

Isu Semasa

DR. Mansor Calon PKR di DUN Penanti

TAHNIAH Dr. Mansor Othman kerana dipilih oleh PKR sebagai calon ADUN Penanti bagi menghadapi pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 31 Mei ini. Pemilihan Dr. Mansor telah saya duga awal apabila DSAI mengatakan bakal calon DUN Penanti akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Bagi saya Dr. Mansor adalah orang harapan DSAI malah beliau merupakan calon ‘back-up” semasa DSAI bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh dulu.

Saya mendoakan semoga Dr. Mansor berjaya bergelar YB setelah beberapa percubaan gagal dalam pilihanraya lepas. Malah kejayaan ini pastinya lebih bermakna kerana Dr. Mansor bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Bagi saya perlantikan Dr. Mansor ke jawatan tersebut jika berjaya memenangi pilihanraya kecil ini memang tepat.

Ini memandangkan Dr. Mansor memang mengetahui secara terpenci mengenai masalah melayu Pulau Pinang malah mempunyai banyak data mengenainya. Pengetahuan ini beliau dapat semasa bertugas di Unit Kajian Dasar USM dan beliau banyak membuat kaji selidik mengenainya dalam usaha membantu DSAI.

Selepas beberapa lama DSAI dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, DSAI melantik beliau telah melantik Dr. Mansor sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Sayang usia Dr. Mansor sebagai Setiausaha politik DSAI tidak lama berikutan pemecatan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dulu.

Bos saya di Aseania Development yang merupakan anak buah Dr. Mansor semasa di USM, Haron Din memberitahu saya yang Dr. Mansor benar-benar terkejut dan tersentak dengan apa yang berlaku. Beliau yang tinggal berhadapan dengan rumah Dr. Mansor sering pergi ke rumahnya untuk berbual dan memulihkan keyakinan dan kepercayaan dirinya. Walaupun melalui jalan yang penuh berliku namun Dr. Mansor tetap istiqamah dalam perjuangan semoga kali ini Dr. Mansor akan menang dan merasakan sedikit kemanisan setelah melalui lebih sepuluh tahun pengalaman pahit.

Sekali pandang kerusi DUN Penanti nampak mudah tetapi PKR khususnya Dr. Mansor harus berhati-hati dan melipat gandakan usaha untuk memenangi hati rakyat lebih-lebih lagi tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh mengugut untuk membiokot pilihanraya ini. Saya yakin isu ini akan selesai apabila campur tangan pucuk pimpinan PAS yang memangnya telah bersetuju dengan pencalonan Dr. Mansor.

Lagipun kerusi Penanti memang agak panas. Pilihanraya lepas di menangi oleh PKR melalui Fairuz, sebelumnya BN/UMNO yang diwakili oleh Datuk Jalil dan awal lagi PKR dengan calonnya Pak Rahman bada kepasa seorang lagi kawan saya Datuk Rozabil yang kini menjadi orang kanan Khairy Jamaludin dalam Pergerakan Pemuda UMON Malaysia. Malah semasa zaman kegemilangan UMNO di Parlimen Permatang Pauh calon kerusi DUN Penanti sering bertukar ganti, tidak ada calon yang dapat bertahan selama dua penggal, kalau tidak silap.

Saya pada mulanya hanya kenal begitu saja dengan Dr. Mansor. Saya kenal lebih sikit semasa saya bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development dan Dr. Mansor telah dijemput untuk merasmikan satu program syarikat dan kebetulan anak buah Dr. Mansor di USM, Haron Din adalah bos saya. Selepas saya menemui DSAI memberitahu yang saya merancang menulis buku mengenai melayu Pulau Pinang dan DSAI meminta saya menemui Dr. Mansor. Perancangan menulis buku inilah yang membawa saya rapat sikit dengan beliau. Tapi saya rancangan saya terpaksa dilupakan begitu saja kerana DSAI telah dipecat dan dihumban masuk penjara Sungai Buluh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas penyingkiran DSAI dengan pelbagai tuduhan yang menjijikan tetapi gagal dibuktikan maka saya ambil keputusan untuk tidak terlibat dalam politik UMNO malah saya juga tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik dan hanya sebagai pemerhati dari jauh dan menggunakan mata pena untuk meneruskan perjuangan. Semasa zaman reformasi bermula dan berkembang saya banyak menulis untuk Ekslusif dan Editor Suria Janib.

Saya berdoa agar Dr. Mansor berjaya memenangi kerusi DUN Penanti dan kemudiannya dilantik senbagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Tiada ulasan: