Isnin, 2 Januari 2023

KENAPA MUHYIDDIN TERDESAK NAK JADI PM?

TAN Sri Muhyiddin Yassin nampak sangat  hendak jadi PM, mengapa? Beliau menjadi PM ke-8 setelah mengetuai pengkhainatan terhadap PH selepas PRU 14 dulu.

Namun usia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM ke-8 tidak lama, hanya 17  bulan. Itu biasa kalau kita mengkhainati orang pasti kita pula akan dikhainati.


Dalam PRU 15 saya tidak menjangkakan Tan Sri Muhyiddin dan PN dapat pergi jauh. Ini kerana parti BERSATU tidak mempunyai akar umbi yang kuat.  Pada pendapat saya BERSATU akan banyak bergantung kepada kekuatan akar umbi PAS.

Selepas penamaan calon saya agak terkejut apabila melihat bahan kempen PN yang banyak mengalahkan BN yang pernah menjadi kerajaan lebih 60 tahun.

PN juga menggunakan influenza di Tit Tok. Dikatakan bayaran yang dibuat juga cukup besar. PN juga berkempen menggunakan bangsa dan agama yang melampau.

PN juga dikatakan menggunakan wang yang banyak untuk menggerakkan jentera pilihanraya. Jesteru itu kita jangan terkejut dengan pencapaian mereka yang agak baik tapi belum cukup untuk menjadi kerajaan.

Persoalannya mengapa kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu terdesak hendak jadi PM. Mengapa saya kata begitu?

Pada malam perjumlahan undi sedang berlansung membawa hingga ke dini hari tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin mengadakan sidang media yang beliau telah berjaya membentuk kerajaan dan telah mendapat surat dari pihak Istana.


Pengumuman itu mendapat sorakan yang besar daripada pegikutnya yang ada di situ. Pastinya penyokong PN yang sedang menonton siaran langsung di rumah bersorak gembira.

Hakikatnya Tan Sri Muhyiddin menipu dan sanggup menjual nama Istana. Mana mungkin pihak Istana mengutuskan surat sedangkan perjumlahan masih berjalan dan pihak SPR belum membuat pengumuman rasmi.

Tan Sri Muhyiddin bukan saya menipu orang ramai yang melihat siaran langsung itu malah menipu penyokongnya ada ada bersamanya waktu itu, juga penyokongnya yang melihat siaran langsung pada pagi itu.

Lanjutan pembohongan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Hj. Openg dengan mengatakan bahawa UMNO/BN turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri.


Lalu  Tan Sri Abang Johari Hj. Openg membuat sidang media mengatakan menyokong Tan Sri Muhyiddin membentuk kerajaan bersama UMNO/BN.

Apabila menyedari dirinya ditipu dan mendapati Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri 10 orang ahli parlimen UMNO/BN yang menyalahi akta lompat parti maka Tan Sri Abang Johari Hj. Openg menarik balik sokongan itu.

Tan Sri Muhyiddin juga cuba menipu pihak Istana dengan menyenaraikan 10 orang ahli parlimen UMNO/BN  yang menyalahi akta lompat parti. Beliau juga turut menyertakan 23 ahli parlimen GPS yang telah mengumumkan telah menarik sokongan terhadapnya.

Mengapa begitu rendah moralnya sanggup menipu orang ramai dan penyokongnya dengan menjual nama Istana malah cuba menipu pihak Istana dengan menyerahkan SD mereka yang sudah tidak lagi menyokongnya.

Bagaimana hendak memimpin negara belum apa-apa lagi dah menipu!  Dan bagaimanakah penipuannya jika menjadi PM kita?


YOUTUBE CHANNEL SAYA

SILA LAWATI SAMA






Tiada ulasan: