Jumaat, 11 Oktober 2013
PERTEMUAN PEMBIKINAN DRAMA
Tajuk drama ini "PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI" dan pergambarannya bakal di buat di Pulau Pinang dan sekitar Gunung Jerai. Pergambaran dijangka dibuat pada bulan November atau Disember ini.
Selepas "Production Meeting" dengan pegawai TVi kami mengadakan "Production House Meeting" di kantin RTM yang mana turut serta Phang Yau Nazri yang akan bertindak selaku Production Manager dan turut serta Pelakon Shaharudin Thamby yang kebetulan ada di situ yang bakal membawa watak Datuk Seri Khairudin.
Ahad, 14 Julai 2013
Jumaat, 4 Februari 2011
Sebagai manusia lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam, Allah melarang kita untuk merasa kecewa dengan segala kegagalan yang pernah kita alami. Disebalik kegagalan yang bertali arus itu pasti ada rahmat yang tidak disedari. Allah menyuruh kita untuk terus beruseha disamping berdoa kerana tidak tertolak qada dan qadar melainkan dengan doa.
Kita pernah dengar terdapat banyak manusia berjaya tetapi telah mengalami berkali-kali kegagalan dalam hidup sebelum mereka mencapai segala apa yang mereka cita-citakan. Misalnya Abraham Lincoln gagal berkali-kali dalam cubaannya untuk menjadi Presiden Amerika tapi akhirnya beliau Berjaya menjadi Presiden Amerika yang ke-16 pada tahun 1861. Malah banyak lagi tokoh-tokoh yang Berjaya mengalami nasib yang seumpama itu.
Dalam artikel ini saya ingin menceritakan kisah kegagalan dan kejayaan yang dilalui oleh bintang filem, penulis skrip dan pengarah Rambo yang cukup terkenal, iaitu Stallone. Kita semua kenal beliau ketika beliau barada di puncak kejayaan dan merupakan salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!
Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itupada 6 July 1946. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.
Akibatnya Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Lebih malan lagi namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.
Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.
Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.
Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.
Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa. Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.
Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.
Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.
Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.
Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”
Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.
Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.
Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.
Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan selepas itu.
Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.
Saya yakin cerita ini mampu membakar semangat kita untuk terus berjuang bagi merealisasikan impian dan harapan kita walaupun terpaksa menempuh kegagalan demi kegagalan dalam hidup. Jesteru itu kita perlu bangun dari tidur dan beruseha keras untuk mencapai apa yang kita cita-citakan selama ini. Ingat! Perancangan tanpa disertai dengan usaha yang gigih tidak akan mampu membawa kita untuk mengecapi kejayaan hidup yang kita impikan. Ingat juga! Perancangan yang kita buat hendaklah realistic dan mampu kita usahakan. Dan akhir sekali, jangan kita lupa untuk berdoa, kerana segala ketentuan hidup kita telah Allah tentukan sejak azali akan berubah sekiranya kita berdoa kepada Allah Azzawajala.
Jangan Kecewa Bila Gagal

Sabtu, 13 November 2010
Publisiti Percuma Novel SHIT
Tiba-tiba aku ternampak Novel SHIT karangan Prof Emeritus Dato’ Shahnon
Ahmad, Sasterawan Negara. Lalu aku teringatkan peristiwa di mana aku telah terlibat dalam memberikan publisiti percuma sehinggakan novel itu mendapat permintaan yang cukup tinggi. Cetakan pertama pada bulan April 1999 dan cetakan kedua pada bulan Mei 1999. Aku rasa inilah novel paling laris dan paling mendapat sambutan yang cukup hebat.
s sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd., syarikat milik YB. Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dan keluarga. Sebelum bertugas di Aseania Harun Din adalah tenaga pengajar di USM Pulau Pinang. Apabila bosnya Dr. Mansor Osman kini Datuk dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tinggalkan USM untuk menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Harun Din juga keluar dan bekerja di Aseania Development Sdn. Bhd.Harun Din ditugaskan membantu General Manager Hj. Ishak Kamarun. Kerja-kerja berkenaan syarikat bos aku adalah Hj. Ishak Kamarun dan Harun Din dan kerja-kerja melibatkan politik sudah semestinya YB. Senator Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir. Walaupun aku hanya pegawai peringkat rendah namun pergualan aku dengan bos cukup akrap bagaikan kawan ini mungkin kerana hubungan baik aku dengan big bos syarikat iaitu YB. Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir
Suatu hari Harun Din mengajak aku ke biliknya dan memberitahu aku yang Prof. Emeritus
Dato’ Shahnon Ahmad yang juga kawan beliau semasa bertugas di USM dulu ada menghasilkan novel baru yang menarik bertajuk SHIT. Aku lalu bertanya intipatinya dan akhirnya aku meminta untuk meminjam novel itu. Selepas mendapatkan novel itu ku berjalan keluar pejabat Harun Din, sebaik saja aku keluar aku disapa dan diminta oleh Linda Setiausaha Harun Din dan Yati Setiausaha Hj. Ishak Kamarun untuk melihat novel itu. Sebelum aku sampai ke bilik aku, aku terpaksa melalui jabatan pemasaran dan jualan di situ sekali lagi aku ditahan. Memang telah menjadi kelaziman kakitangan di pejabat itu, apa saja yang aku bawa pasti mereka ingin melihatnya. Aku memberikan kepada mereka untuk melihat dan menceritakan intipati novel itu sepertimana yang diceritakan oleh bos aku, Harun Din.
Akhirnya aku dapat meloloskan diri untuk masuk bilik kerja aku. Sebaik saja aku duduk sambil membelek-belek novel itu tiba-tiba masuk Ridzuan Bakar orang kuat Datuk Omar Fauzhar Managing Director di situ. Datuk Omar Fauzhar adalah anak saudara YB. Senator Datuk Musa merupakan Ketua UMNO Bayan Baru masa itu, kini beliau Ketua UMNO Bukit Gelugor. Ridzuan Bakar membelek-belek dan bertanyakan aku intipati ceritanya dan dia lalu memberitahu aku dia nak bawa novel itu dekat YB. Senator Datuk Musa dan Datuk Omar, aku terkedu melihat dia beredar.
Selepas beberapa lama beliau pergi , YB. Senator Datuk Musa telah memanggil aku ke biliknya.
YB. Senator Datuk Musa bertanyakan aku tentang intipati cerita novel itu dan aku ceritakan sepertimana yang diceritakakan oleh Harun Din. Aku beritahu YB. Senator Datuk Musa , aku pun tak tahu kerana tidak sempat membacanya lagi. Lalu YB. Senator Datuk Musa mengarahkan aku memanggil satu sidang akhbar di pejabat dengan menjemput semua media arus perdana termasuk stesen TV. Aku juga diarah juga untuk menjemput pemimpin-pemimpin politik UMNO Bukit Mertajam untuk hadir.Sebelum melaksanakan tugas itu aku membuat panggilan dekat bos aku, Harun Din memberitahu apa yang berlaku. Aku bimbang juga nanti dia akan marahkan aku, tapi katanya bagus nanti novel SHIT akan dapat publisiti percuma. Pada sidang media itu ramailah pemimpin-pemimpin politik UMNO Bukit Mertajam dan Bayan Baru yang hadir dan mengutuk novel itu di hadapan pertugas media. Pada sebelah malamnya keluar berita di TV dan keesokkannya hampir semua media memuatkan berita sedang media itu di muka depan.
Sebaik saja keluar berita itu begitu ramai yang ingin mendapatkannya. Oleh kerana ramai kawan-kawan aku tahu sidang media itu diadakan di tempat kerja aku maka ramailah yang menghubungi aku untuk mendapatkan novel itu malah ramai yang tidak kira harganya lagi. Aku pergi berjumpa bos aku Harun Din dan menceritakan apa yang berlaku, aku mahu dia menghubungi Prof. Emeritus Dato’ Shanon Ahmad untuk mendapatkan novel tersebut. Menurut Pof. Emeritus Shahnon Ahmad novel itu telah pun habis dijual dan sedang dalam proses ulang cetak.
Aku begitu yakin novel SHIT karangan Prof. Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara ini telah mencipta rekod paling cepat diulang cetak dan paling laris dipasaran disebabkan mendapat publisiti percuba yang aku aturkan. Rupanya betul seperti kata bos aku, Harun Din. Novel siapakah pula yang dapat mengatasi kejayaan novel SHIT ini di masa depan?
Sabtu, 11 September 2010
Berkampung & Beraya di Padang Serai
ang lain dan hanya akan balik dua atau tiga bulan sekali.Aku terus menghuni daerah kelahiranku sehinggalah ibuku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Disember 2008. Aku cuba bertahan untuk terus tinggal di situ tetapi kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, akhirnya aku membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang memang lama dah aku beli di Taman Mahsuri, Padang Serai. Rumah itu hanya terbiar kosong sejak aku membelinya. Aku pernah mengajak ibuku untuk berpindah ke rumah yang aku beli tapi dia menolak.
Akhirnya pada 14hb. Mac lalu selepas ibuku pergi buat selama-lamanya setahun tiga bulan aku dan keluarga mengambil keputusan untuk berpindah. Kami sekeluarga berazam untuk menjadikan Taman Mahsuri, Padang Serai sebagai perkampungan baru kami. Ini kerana rumah pusaka peninggalan ibuku aku dah serahkan kepada abangku yang tua, jadi aku sudah tak punya rumah selain rumahku yang ini. Abangku sudah membaik pulih rumah itu tapi sampai sekarang dia tak balik untuk tinggal di situ dan dia terus menetap di Seberang Jaya.
aku di blok tempat tinggalku yang masih terus berkampung di situ. Aku difahamkan mereka juga akan berangkat balik kampung pada pagi hari raya.Pada paginya kesedihan haatiku memuncak apabila melihat blok yang aku tinggal semuanya kosong. Apabila sampai waktu untuk mengerjakan solat Aidilfitri aku dan anak melangkah ke surau Taman Mahsuri. Ketika inilah hatiku kembali ceria kerana terdapat lebih kurang 500 jemaah yang hadir. Ini bermakna masih ramai yang terus berkampung di Taman Mahsuri.
Sekembalinya dari solat raya suasana masih lagi hambar tiada siapa yang hadir ke rumahku. Aku tinggalkan anak-anak dan isteri di rumah kerana untuk hadir di rumah terbuka YB. Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, bekas bos dalam UMNO dan bos tempat kerjaku ketika aku bertugs sebagai Pegawai Perhubungan Awam di syarikat beliau. Aku juga akan singgah beraya di rumah bos aku sekarang iaitu Datuk Abu Bakar Abdullah. Datuk Abu Bakar Abdullah ini tinggal dan menjalankan perniagaannya di Kuala Lumpur. Aku dilantik melakukan tugas-tugas khas beliau di Pulau Pinang. Kami berurusan melalui telefon dan e-mel saja, Cuma sekali sekala dia balik kami berjumpa.
Ketika aku keluar barulah kawan-kawan anakku dan satu keluarga aku yang datang. Aku pula ketika di rumah Datuk Musa bertemu dengan ramai kawan-kawan lama ketika aku aktif dalam UMNO dulu baik dari Bukit Mertajam mahupun luar Bukit Mertajam. Paling menarik aku dapat berjumpa kawan aku yang lama sungguh aku tak jumpa iaitu Datuk Rozabil Abdul Rahman atau nama panggilannya Ben. Beliau kini adalah Bendahari Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Perlis. Beliau adalah adik Rozaid Abdul Rahman kini Pengarang Bersekutu Mstar Online. Rozaid adalah bos ketika aku aku bertugas sebagai ‘stringer’ dengan Utusan Malaysia. Rozaid ketika itu adalah Ketua Biro Utusan di Pulau Pinang.Kami sempat bersembang dan bertukar-tukar cerita disamping bergambar.
Memang ada ramai kawan-kawan aku yang bertanya aku terus atau melalui kawan-kawan yang rapat denganku, apa fahaman politik aku. Pada kesempatan ini aku nak jelaskan pendirian aku, aku akan menyokong siapa saja yang aku rasa boleh menjaga, membela kepentingan agama dan bangsa ku. Kalau UMNO mampu melakukannya pastinya aku akan menyokong. Sekiranya PAS atau PKR juga mampu aku juga bersedia menyokongnya.
Tapi akhir-akhir ini aku sendiri agak pening. UMNO aku lihat dah lari terlalu jauh daripada dasar penubuhannya untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan ketuanan melayu di bumi malaysia. Dalam soal ini PAS juga agak longgar malah PKR seperti yang kita semua tahu adalah parti berbilang kaum maka pergantungan untuk membela kepentingan agama dan bangsa agak terbatas. Dalam keadaan ini bukan saja aku malah ramai lagi orang melayu yang tidak tahu kepada siapa sebenarnya pergantungan harapan untuk membela dan mempertahankan agenda agama dan bangsa harus diharapkan.
Selasa, 16 Mac 2010
HARAP HIJRAH BAWA PERUBAHAN
Disegi perhubungan siratulrahim, aku pelik sebagai aktivis masyarakat dan politik di daerah kelahiranku, aku melakukan pelbagai perkara dalam usaha membantu masyarakat. Aku tidak pernah mengambil kesempatan daripada usaha itu. Aku ingin melihat bangsaku berjaya. Namun selepas aku mengambil keputusan tidak lagi mahu aktif pelbagai kerenah masyarakat yang aku temui.
Apa yang menyakiti dan memedihkan hati dan jiwa aku, orang yang pernah aku bantu melalui projek ekonomi juga tidak senang kepada aku. Apa yang memelikkan aku aku tidak pernah meminta atau menerima walaupun sekupang hasil usaha itu baik daripada mereka mahupun daripada pihak lain yang terbabit. Inilah antara sikap dan budaya bangsaku yang memang tidak kusenangi.
Aku tak kisah walaupun hatiku sakit. Aku juga pelik dalam aku bergerak aktif adakalanya aku tidak bergerak langsung, bagaikan air yang pasang surut atau zaman sekarang seperti iklan "cipmore" sekejab ada dan sekejab tak ada. Ada saja masalah yang datang dan aku sendiri pun tak tahu dan mengerti.
Disegi kerjaya juga bermacam-macam kerja yang aku buat dari seorang pekerja kilang kemudian bekerja disektor awam, membawa ke dunia kewartawanan malah aku pernah menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam disalah sebuah syarikat pemaju perumahan. Apa saja kerja yang aku buat ada saja halangan dan ada saja masalah. Aku gagal bertahan lama. Aku benar-benar tak faham.
Aku juga pernah menguruskan syarikat penerbitan yang memberikan khidmat menerbitkan buletin untuk UMNO Pulau Pinang ketika di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Buletin Pemuda UMNO Pulau Pinang dibawah Datuk Nordin Md. Noor dan Buletin UMNO Bukit Mertajam di bawah Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad. Semua usaha itu bukan saja gagal dikembangkan malah turut musnah ditengah jalan.
Apa yang berlaku menyebabkan keadaan diri dan keluarga berada dalam keadaan yang terhimpit oleh kesusahan. Sebelum ini apa yang berlaku dalam hidupku, aku melihat pada realiti dan keadaan semasa dan reda apa yang berlaku adalah disebabkan ketentuan Allah yang Azali. Aku langsung tidak melihat disudut lain.
Cuma beberapa bulan lepas timbul persoalan yang perlu aku cari jawapammya, seorang kawan dikampung berkata kepada aku, “Man aku hairan dengan hang! Hang seorang yang pandai dan hang juga boleh cakap orang putih dan tahu guna komputer... tapi aku tengok hang hidup susah. Aku rasa hang kena mandi air buyung dan bunga”. Kata-kata itu membuatkan aku tersentak dan mula mencari jawapan. Malah saorang lagi kawan berkata bukan itu saja, “Siapa pemimpin yang dia tak kenal. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh jadi macam ni.”
Dalam keadaan hidup yang tertekan dan mencari jawapan, aku telah belajar membuat makjun daripada Kak Soyah (lihat http://bomoh20.blogspot.com/) dan berhasrat untuk membuat dan meletak dikedai-kedai. Ketika aku membuat persediaan itu pelbagai masalah yang datang dan mengagalkan usahaku dan sebagai ganti aku bercadang membuat tempeyak juga untuk diletak dikedai. Ketika aku giat membuatkan persediaan membuat tempeyek aku lihat usaha makjun itu boleh diteruskan.
Aku merasa cukup pelik! Aku termenung memikirkannya. Lalu aku mengadu kepada sahabatku OMARA yang ada kepandaian disegi perubatan tradisional. Barulah aku mendapat jawapannya, rumah tempat tinggal aku ada gangguan makhluk halus. Makhluk halus itu bukannya perbuatan kianat orang tetapi yang telah lama menetap di situ. Sahabatku itu telah membuat usahanya dan seorang lagi kawan meminta aku wirid sautu ayat sehari 100X. Alhamdulillah semuanya terjawab dengan jelas. Selepas itu hati dan jiwaku jadi tenang dan tenteram bukan saya memudahkan aku membuat kerja malah memudahkan aku untuk beribadat. Sebelum ini hati dan jiwaku sentiasa berserabut.
Aku reda dengan apa yang berlaku dan semua itu adalah ketentuan Ilahi yang harus aku dan keluarga jalani. Walaupun masalah itu telah selesai dan berjaya aku dan keluarga atasi namun setelah berbincang dengan keluarga, aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Ini kerana bagi mengubah budaya hidup yang selama ini kami amalkan. Aku berharap dengan penghirahan ini akan membantu aku dan anak-anak isteriku membina hidup, sikap dan budaya baru dalam usaha kami merubah kehidupan kami yang sebelum ini tidak menjadi.
Cuba bayangkan apabila keputusan untuk berhijrah ini aku dan isteri khabarkan kepada anak-anak, kesemua mereka yang tinggal di rumah lama sejak dilahir merasa amat gembira. Aku tak tahu bagaimana tanggungan mereka selama ini, mungkin macam mana yang aku rasa.
Mujur juga beberapa tahun dahulu aku dan isteri telah membeli sebuah rumah di Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah tanpa punya niat untuk duduk. Rumah itu juga sejak beli hingga sekarang hanya ditinggal kosong. Rupa-rupanya Allah telah mengatur perjalanan hidup ini dengan begitu cantik.
Aku amat berharap dan berdoa agar penghijrahan yang akan aku dan keluarga lakukan pada 14 Mac 2010 akan membawa perubahan yang positif untuk kami sekeluarga. Aku sendiri akan membuat perubahan secara total dari makan gaji aku akan berniaga sepenuh masa disamping akan lebih serius dalam usaha-usaha penulisan. Aku juga berharap dan berdoa agar anak-anak aku akan lebih ceria dan dapat melakukan perubahan yang positif dalam usaha mengejar kejayaan hidup.
AKU YAKIN PENGHIJRAHAN INI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK UNTUK AKU DAN KELUARGA DENGAN BANTUAN DAN PERTOLONGAN ALLAH AZAWAJALLA SETELAH KAMI MELALUI PERJALANAN HIDUP YANG AMAT MENYUKARKAN HIDUP TANPA KAMI KETAHUI PUNCA DAN SEBAB MUSEBABNYA.
BERSAMBUNG DENGAN CERITA EPISOD PERPINDAHAN