Isnin, 16 Jun 2008

Beginilah Nasib Penulis

Akhbar Mingguan Malaysia, Ahad, 15 Jun diruangan CUBIT MANJA bersama Siti Jarum ada memaparkan kisah seorang penulis skrip yang tersohor juga namanya.

Menurut Siti Jarum, baru-baru ini ketika sarapan disebuah gerai di Jalan Ipoh dekat Hospital Pusrawi beliau terserempak dengan seorang penulis skrip. Beliau lalu bertanya penulis tersebut apa yang penulis itu buat pagi-pagi lagi sudah ada di situ.

Penulis skrip itu memberitahu beliau menyewa dan bermalam di sebuah hotel dekat kawasan tersebut untuk menyiapkan skrip drama RTM. Untuk mendapatkan ketenagan beliau menyewa di hotel tersebut kerana beliau dapat menulis selama lebih 12 jam.

Siti Jarum terus mengajukan soalan kenapa lama tak Nampak namanya dalam drama swasta? Menurut penulis itu, semuanya kerana bayaran. Beliau berkata, bayaran skrip untuk drama swasta adalah rate 20 tahun lalu. Sebuah skrip telefilem tak lebih RM3,500.00. Kalau episode lagi kecil.

Pihak RTM membayar penulis skrip seminit RM60.00 dan untuk skrip telefilem penulis boleh dapat lebih RM5,000.00. Oleh kerana bayaran inilah beliau sanggup menyewa hotel untuk menghasilkan karya.

Beginilah nasib penulis yang tidak pernah diambil tahu oleh persatuan-persatuan penulis yang bercambah di Malaysia dan kebanyakannya berapa di bawah payung GAPENA. Para pemimpin persatuan penulis baik diperingkat daerah, negeri mahupun Negara seperti GAPENA hanya bijak bersimposium, bersiminar dan pelbagai program yang menghabiskan jutaan ringgit. Kesemua meraka lupa akan nasib dan masalah yang dihadapi oleh golongan penulis.

Mereka bangga memegang jawatan dan menonjolkan diri bila diadakan program. Cuba kita bayangkan ini nasib penulis skrip yang agak tersohor. Nasib malang juga dialami oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dan bagaimana pula nasib para penulis ikan bilis? Bagi saya kalau keseluruh pemimpin persatuan penulis termasuk GAPENA alpa menjaga kebajikan dan memberi pembela sewajarnya kepada golongan penulis maka selama itulah masyarakat tetap akan memandang rendah kepada golongan yang sewajarnya berada ditahap yang tinggi kerana tergolong dalam golongan pemikir.

Oleh sebab itu jugalah ramai penulis tidak lagi menyertai aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan penulis. Malah terdapat persatuan penulis peringkat negeri kehadiran dalam mesyuarat agung begitu kecil dan kalau pihak pendaftar hadir untuk mempastikan cukup korum berdasarkan perlembangaan persatuan maka banyak persatuan penulis yang akan tutup kedai.

Tiada ulasan: