Sabtu, 23 Ogos 2008

BERITA

CERITA AC GILA TAMBAT HATI KREW MISTERI NUSANTARA TV3

CERITA AC gila selepas tembak kera putih yang dipaparkan dalam blog ini telah Berjaya menarik perhatian krew penerbitan Misteri Nusantara TV3. Pihak TV3 telah menghubungi saya dan merancang satu pengambaran di Bukit Seraya, tempat di mana Saleh Lazim menembak kera putih.

Saya telah menjemput Dahaman, Hashim, Ayob, Hadi, dan Yaakob sebagai pemandu arah manakala krew Misteri Nusantara TV3 diketuai oleh pengacara Shahnun Hanif, jurukamera Roslan dan dua pelatih UITM yang terdiri daripada Zuraiti Ismail dan Zarith Sopia. Sebelum naik kami minum di Kedai Mee Pak Omar depan sekolah rendah Kebangsaan Machang Bubok. Krew Misteri Nusantara TV3 telah menjamu mee udang di situ.

Kami terpaksa meredah laluan yang sukar kerana jalan menuju ke Bukit Seraya kini semak dan terpaksa mendaki kawasan yang curam. Kami Berjaya sampai dan membuat pergambaran di kawasan bangunan lama yang dipercayai menjadi pejabat pengurusan kolam tersebut. Kami juga membuat pergambaran di tengah-tengah empangan kolam Bukit Seraya dan seterusnya pergambaran di buat di kawasan air terjun Tok Janggut.

Semasa sampai di kawasan air terjun tersebut tiba-tiba hati kecil saya teringat hendak mengambil sebotol air. Saya pun tak tahu mengapa dan untuk apa saya mengambil air itu. Selepas itu saya melihat Shahnun Hanif meminta pelatih UITM mengambil beberapa botol air itu. Selepas siap ketika hendak berangkat balik Sdr. Shahnun sempet berkata kepada saya inilah khazanah Bukit Seraya yang akan di bawa balik.

Ketika pergambaran sedang di buat, Yaakob yang ditugaskan memandu arah kami balik dilaluan lain kerana hendak mencari khazanah bukit seraya seperti akar kayu. Beliau berpesan kepada kami untuk mengikut laluan yang kami dating tadi di mana laluan itu telah dicantas.

Entah apa yang tak kena kami tersasar daripada laluan sebenar. Jalan yang kami laluan itu dapat dilihat dengan jelas anak-anak pokok yang dicantas. Kami tersesat lebih kurang 30 minit jalan pergi dan balik. Disebabkan kesemua kami tenang dan tidak gelabah walaupun saya lihat pelatih UITM yang turun serta pucat tetapi mereka Berjaya mengawal emosi mereka. Akhirnya kami sampai di bawah dan menikmati makanan di Kedai Nasi Tomato sebelum berpisah.

Selepas beberapa hari seorang kawan saya yang juga seorang bomoh, Abang Chop dari Bukit Teh telah datang menemui saya atas urusan peribadi beliau. Saya menceritakan pengalaman ini serta mengenai air terjun Tok Janggut yang saya ambil.

Beliau meminta untuk melihat air itu. Menurut abang chop dia melihat air ini bersinar dan memang amat baik untuk dijadikan penawar. Penawar paling mujarap ialah demam panas dan sakit kepala.

“Kalau kita sakit kepala ambil daun sireh bertemu urat 3 helai dan ramas daun sireh ini dalam air tersebut sambil berselawat beberapa kali kemudian jelum di kepala.” Kata abang Chop kepada saya.

Tiada ulasan:

JUMPA KAWAN LAMA DATUK BAKAR

AGAK lama saya tidak menemui  Datuk Abu Bakar Abdullah  kerana beliau banyak menetap di Kuala Lumpur. Cuma baru-baru ini  ketika beliau bal...