Khamis, 26 Mac 2009

PENDAPAT

Sastera boleh membentuk peribadi

KEHIDUPAN terlalu moden kini menuntut anak-anak membekalkan diri mereka dengan berbagai kemahiran sains , Matematik, Teknologi, ICT dan lain-lain bagi menjamin mereka tidak tertinggal dibawa arus.
Lantas perlumbaan ke arah itu menyebabkan sastera Melayu dipinggirkan. Padahal matapelajaran sastera Melayu mempunyai peranan yang tersendiri dalam membentuk sahsiah juga peribadi khususnya untuk agenda pembangunan modal insan.
Matapelajaran ini di sekolah sekarang semakin malap, hampir tiada sambutan daripada pelajar.
Sebilangan guru pula hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran sahaja, tanpa memahami, merungkai dan menyebarluaskan falsafah di sebalik pelajaran ini. Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan anak-anak dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan sastera di alam pendidikan dan kerjaya memantapkan jatidiri, membentuk pribadi mulia.
Sebagai contoh , sastera yang merangkumi ilmu kemanusiaan dapat menyemai unsur-unsur kasih sesama manusia , unsur keharmonian dalam kehidupan , unsur tingkahlaku terpuji dsb.
Sebelum Sains , Teknologi dan ICT dicanang ke alam pendidikan kita dahulu, sastera memainkan peranan mencanai peribadi; seiring dengan ilmu agama dan moral.
Sajak, syair, gurindam, kias, seloka dan sebagainya telah lama membantu membentuk denyutan nadi kehidupan bangsa kita. Di zaman Rasulullah , baginda mempunyai "tukang syair" , Hassan bin Tsabit, menghasilkan syair yang membangunkan jiwa perjuangan masyarakat di masa itu.
Seterusnya di zaman kegemilangan Andalusia, Maulana Jalaludin Rumi membangunkan peribadi dan kerohanian dengan sajak kesufiannya yang dihayati dan dikagumi seantero dunia.
Begitu juga di alam nusantara, terdapat ramai tokoh sastera yang berjasa membentuk peribadi; Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Shamsudin Al-sumatrani , Amir Hamzah, Punggok, Syed Sheikh Al Hadi, Hamka, Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestamam....... Berapa kerat drp. anak-anak kita sekarang mengenali , menghayati dan mengambil contoh dan didikan tokoh-tokoh ini? Kemajuan teknologi telah menjadikan penyanyi, bintang film, VCD, dan segala yang berbentuk materialistik sebagai guru dalam kehidupan mereka.


HASNAN JAMALUDDIN
Pendapat ini di ambil dari MSTAR 26/3/2009

1 ulasan:

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY berkata...

Salam..maaf jika tersalah ruang.Hany makluman kepada semua. Pusat Rawatan Imantherapy bersedia membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah penyakit akibat gangguan jin/sihir/saka atau penyakit moden. Juga masalah zuriat,lemah tenaga batin,masalah sosial. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Tq.