Rabu, 10 Jun 2009

UMUM

Hidup Susah Tapi Cuba Bantu Kawan Atasi Muflis RM300 Ribu

KETIKA kita berada dipuncak kekuasaan kawan-kawan ramai berada di kelilingi kita. Ada saja yang sering bertandang ke rumah dan ada saja orang yang sedia menemani kita baik kepada kita pergi. Apabila kita kehilangan pangkat, jawatan dan kekuasaan maka kawan-kawan yang berada disekeliling kita akan mula meninggalkan kita, seorang demi seorang. Diri kita tidak akan dipedulikan lagi. Apa lagi untuk membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Inilah pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang kawan baik saya. Kawan saya ini seorang guru, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Beliau kemudiannya naik pangkat menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian dan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Tapi malangnya akibat terlalu baik dan percayakan kawan-kawan, akhirnya telah membuatkan beliau menjadi muflis. Tak payahlah saya menyebut nama beliau demi menjaga maruah dan harga dirinya. Sekiranya ada dikalangan kawan-kawan yang masih aktif dalam UMNO yang melawat blog ini pasti tahu siapa dia.

Apa yang amat menyedihkan saya dia menjadi muflis ketika beliau baru saja pencen. Lazimnya orang yang bersara pasti mempunyai hasrat dan keinginan untuk menunaikan fardu haji dan kini hasrat itu pasti tidak kesampaian. Inilah realiti kehidupan yang amat pedih terpaksa beliau lalui dan mujur juga isteri beliau seorang guru memahami keadaan ini.

Ketika saya aktif dalam UMNO dulu saya memang cukup akrap dengan beliau khususnya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Ketika itu ke mana saja beliau pergi saya pasti akan berada bersamanya walaupun ketika itu saya belum memegang sebarang jawatan dalam bahagian.

Apabila beliau menamatkan zaman pemuda dan bertanding sebagai Naib Ketua Bahagian dan saya pula masuk sebagai Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian. Beliau gagal dalam percubaan pertamanya. Ketika itu saya masih lagi menjadi pengikut dan langsung tak dapat memainkan sebarang peranan untuk membantu beliau.

Ketika itu beliau kalah, kawan-kawan saya dalam pemuda semuanya bebal dan marah. Kami pergi makan di Bab Restoran dan berbincang. Api kemarahan kawan-kawan begitu meluap. Ramai kawan-kawan membuat andaian kekalahan itu berpunca daripada sikap Timbalan Ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Musa yang bermain kotor. Ketua Pemuda Bahagian ketika itu Abdul Hamid (kini Allahyarham) begitu marah dan beliau berhasrat untuk mengoyak cek yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian kepada Pemuda UMNO Bahagian. Namun saya dan kawan-kawan lain yang masih rasional cuba menasihati agar jangan mengambil tindakan drastik macam tu.

Ketika kawan-kawan lain begitu marah dan memprotes apa yang berlaku saya pula memikirkan bagimana untuk mengatasi kemelut ini. Namun saya sebagai orang baru dalam harakah kepimpinan pemuda pasti sukar untuk mengatasi permasalahan ini sendirian. Apabila saya balik ke rumah di sebelah petang saya menerima panggilan telefon daripada bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Pulau Pinang iaitu Cikgu Bakar dan kini sudah bergelar Datuk, tapi ketika itu beliau tidak aktif dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian dalam perniagaan.

Sebaik saja menerima panggilan itu maka saya yakin yang Datuk Bakar mampu membantu saya mengatasi kemelut ini. Saya menceritakan segala apa yang berlaku dan meminta bantuan beliau untuk menasihati kawan-kawan dan mengatur langkah baru. Beliau telah meminta saya mengatur perjumpaan dengan Ketua Pemuda(Abdul Hamid) dan Naib Ketua Pemuda Bahagian (Md. Noor Ahmad) dan juga calon Naib Ketua yang tewas pada malam itu juga.

Malam itu kami berjumpa disebuah restoran Tomyam di Simpang Ampat. Kami berbincang dengan panjang lebar dan kami menyusun strateji baru. Memang pada waktu itu kami sukar untuk melawan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang bukan saja punya kuasa tapi ada wang dan kaya. Jadi kami mengambil pendekatan untuk mendekati beliau. Bagi kami “You Cannot Fight Them, You joint Them.” Usaha kami membuahkan hasil dan orang-orang kami berada disekeliling beliau. Berkat strategi kami maka percubaan kedua bekas Ketua Pemuda sebagai Naib Ketua Bahagian berjaya pada penggal berikutnya.

Sebelum beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian saya telah mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam UMNO kerana saya tidak dapat menerima kepimpinan tertinggi menyingkir dan membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya melepaskan jawatan Pegawai Perhubungan Awam di Aseania Development Sdn. Bhd dan terus menyepi daripada dunia politik. Saya tidak lagi aktif baik dalam UMNO mahupun PKR yang didokong oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar.

Saya hanya menjadi pemerhati dan kemudian mengunakan bakat anugerah ilahi dengan mengulas isu-isu politik. Bagi saya cukuplah setakat itu penglibatan saya secara serius dalam politik. Saya juga tidak mengambil tahu apa yang berlaku dalam UMNO di bahagian yang pernah saya aktif, sehinggalah kawan saya itu berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Walaupun saya tidak lagi aktif tapi kadang-kala segala perkembangan politik tetap diberitahu oleh kawan-kawan bila kadang-kadang terjumpa di mana-mana. Akhirnya saya mendapat perkhabaran yang kawan baik saya Timbalan Ketua UMNO Bahagian telah jatuh muflis. Saya mula melihat dari jauh apa yang kawan-kawannya buat bagi mengatasi masalah ini. Siapalah saya untuk membantu beliau.

Sudah hampir setahun saya mendengar beliau muflis. Tapi harapan saya tidak kesampaian apabila tidak ada siapa yang cuba mengerakan usaha untuk membantu beliau. Saya amat sedih tapi apa yang dapat saya buat lagi pun saya sudah agak jauh daripada beliau. Lagipun saya juga agak sibuk dengan aktiviti saya dan siapalah saya nak bak bantu kawan selesaikan kes muflisnya yang bernilai lebih RM300 ribu.

Baru-baru ini beliau telah datang ke rumah saya untuk membuat jemputan kenduri perkahwinan anaknya. Maka terbintik di hati saya inilah masanya saya akan berbicara dan berbincang dengan beliau dan saya bersedia untuk mengerakan usaha untuk membantu beliau. Sebagai kawan dengan idea dan kenalan yang ada saya patut memulakan gerakan untuk membantu beliau.

Saya ke rumahnya pada malam kenduri dengan harapan saya dapat bercakap dengan beliau. Apabila saya sampai saya dapati pada malam itu beliau mengadakan majlis tahlil dan marhaban maka orang yang datang agak ramai. Namun saya menunggu sampai jauh malam dan saya meminta teman baik saya semasa dalam Pemuda UMNO Bahagian dulu yang dikenali dikalangan kawan-kawan sebagai Paksu untuk turut serta. Paksu ini pula kebetulan memang ada pertalian persaudaraan dengan bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian ini.

Akhirnya saya dan Paksu mendengar masalah beliau. Saya berjanji akan membantu mengerakan usaha membantu beliau. Seperti beberapa tahun dulu maka kali ini saya dan Paksu berhasrat untuk berjumpa dengan Datuk Bakar untuk berbincang. Dikeesokan harinya awal-awal lagi saya ke rumah kawan saya dan saya berazam tidak akan pergi mana sehingga saya dapat bertemu dengan Datuk Bakar. Saya terpaksa menunggu untuk bercakap dengan beliau kerana saya telah kehilangan nombor telefonnya. Setelah bertemu dan saya memberitahu yang saya mempunyai hajat yang cukup besar untuk meminta bantuan beliau maka Datuk bakar meminta saya dan Paksu untuk datang ke rumahnya pada malam itu.

Dalam perbincangan tersebut Datuk Bakar berjanji akan membantu tapi kami perlu pergi mengadap Ketua Bahagian Datuk Musa dan berbincang dan meminta tolong untuk membantu. Maka saya meminta Paksu untuk mengatur pertemuan untuk kami bertiga mengadap Datuk Musa. Mungkin dalam beberapa hari ini kami akan bertemu Datuk Musa.

Saya mempunyai idea dan pendekatan untuk mengatasi masalah muflis ini memandangkan beliau bekas pemimpin UMNO yang cukup aktif dan pernah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib semasa Perdana Menteri mengetuai Pemuda UMNO dan beliau juga kenal rapat dengan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang kebetulan kini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Dan apabila langkah-langkah awal ini selesai maka kami akan mengadap kedua-dua pemimpin ini dan memberikan formula untuk mengatasi masalah yang melanda kawan saya ini.

Saya berdoa dan berharap agar usaha saya gerakan bersama Paksu akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh kawan saya itu. Biarlah kawan-kawan lain lari meninggalkan beliau dan sebagai kawan saya rasa perlu melakukan sesuatu untuk membantu beliau dan kebetulan Allah Azzawajalla memberikan idea untuk saya. Sebagai manusia kita perlu beruseha dan hasilnya kita serahkan kepada Allah Azzawajalla.

1 ulasan:

azlanlin berkata...

Setiakawan sukar dicari... Hati dan budi jelas kelihatan pabila keluar papan. Namun saat dan tika inilah, sahabat, kawan dan rakan akan dapat dikenalpasti.. tak gitu tuan?