Selasa, 14 Julai 2009

JUMPA KENALAN

Berjumpa Kawan-Kawan UMNO

KELMARIN aku sepatutnya hari cuti kerana mengantikan cuti umum sempena menyambut Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, tetapi memandangkan kerja agak banyak akhir-akhir ini aku diminta untuk buat OT. Namun aku sudah keletihan keraja sejak 30hb. Jun hingga kini aku bekerja terus non-stop dan pada hari-hari biasa kerja hingga 7.30 petang dan kadang balik 9.30 malam, jadi kelmarin aku benar-benar letih dan ambil keputusan untuk tidak pergi kerja dan ingin berehat.

Oleh kerana sibuk bekerja beberapa perancangan yang aku atur terpaksa ditangguhkan. Oleh kerana cuti kelmarin aku mengambil peluang meneruskan rancangan itu. Niat untuk berehat nampaknya tidak menjadi tepat jam 9.00 pagi aku ke rumah seorang aktivis UMNO di Bukit Mertajam. Aku kagum dengan apa yang dibuat dalam usia menjangkau 70 tahun. Beliau sedang giat belajar di USM untuk mendapatkan PHDnya yang bakal membawa gelaran Dr. Beberapa tahun lalu beliau telah memperolihi ijazahnya dalam usia yang agak lanjut.

Aku kagum kerana diusia setua itu dengan komitmen kepada keluarga lebih-lebih lagi dia beristeri dua, komitmennya yang tinggi kepada UMNO dan usahanya beribadat untuk mencari bekalan di akhirat namun dia masih mampu belajar mengejar impiannya yang tidak kesampaian dulu. TAHNIAH CIKGU BADRUL

Dalam kunjungan itu kami berbicara pelbagai perkara baik soal keluarga hinggalah ke politik. Dalam perbualan itu saya melihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mengerakan UMNO agar dapat diterima oleh masyarakat. Menurut beliau, beliau akan turun ke cawangan-cawangan dalam bahagian Bukit Mertajam dan akan pergi dari rumah ke rumah berbual dan mengedarkan risalah kepada para penduduk.

Nampaknya Cikgu Badrul dalam usianya mencecah 70 tahun masih bersemangat berjuang dalam UMNO dan beliau sanggup menghabiskan wangnya sendiri bagi mengerakkan aktiviti biro yang beliau pengerusikan. Beliau juga akan menggunakan duit poketnya menyediakan pelbagai risalah untuk diedar semasa lawatan itu. Persoalannya, beliau hanya seorang Cikgu pencen dan kemewahan yang beliau kecapi hari ini adalah hasil daripada harta peninggalan orang tuanya dan bukannya mendapat projek-projek besar yang boleh memberikan pulangan jutaan ringgit.

Disamping menceritakan perancangannya beliau berkali-kali mempelawa aku membantunya dan beliau akan melantik aku sebagai Setiausaha Biro. Aku menolak dengan baik dan memberitahu beliau yang aku sudah tidak berminat untuk bergiat sebagai aktivis politik bukan saja dalam UMNO malah dalam lain-lain parti. Aku akan terus memerhati tindak-takduk ahli politik dan membicarakannya baik di media cetak atau alam siber.

Apa yang menyedihkan, Cikgu Badrul beriya-iya berjuang dalam usaha menarik sokongan sedangkan para pemimpin besar UMNO masih lagi tidur lena dan terus menyapu kekayaan dengan pelbagai projek . Mereka tak melakukan sesuatu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap UMNO. Kalau semua anggota dan para pemimpin UMNO mempunyai jiwa perjuangan seperti Cikgu Badrul, aku rasa UMNO mampu terus berkembang tapi hari ini para pemimpin UMNO yang berkuasa hanya memikirkan projek bagi mengkayakan diri keluarga dan sahabat handai dan melupai perjuangan parti.

Tiada ulasan: