Jumaat, 11 November 2022

PRU 15 : PARLIMEN KEPALA BATAS KERUSI KERAMAT UMNO PULAU PINANG

 


Mampukah Datuk Seri Reezal Marican terus mempertahankan kerusi parlimen BN khususnya UMNO di Pulau Pinang?

Hingga hari ini bukan saja UMNO malah BN Pulau Pinang tidak punya kerusi parlimen lain melainkan  kerusi parlimen Kepala Batas.

Jesteru itu dikatakan yan kerusi parlimen inisebagai kerusi keramat UMNO Pulau Pinang. Calon-calon yang mewakili BN/UMNO malah sejak aman PERIKATAN tidak pernah kalah di kerusi ini.

Malah dari kerusi parlimen ini jugalah munculnya Perdana Menteri Malaysia ke- 5  iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Jadi UMNO Pulau Pinang khususnya UMNO Kepala Batas tidak boleh membiarkan kerusi ini kalah baik kepada PAKATAN HARAPAN, PERIKATAN NASIONAL mahupun GTA.

12 kerusi parlimen lain di Pulau Pinang semuanya BN/UMNO kalah ditangan calon PAKATAN HARAPAN. PAKATAN HARAPAN telah menjadi kubu kuat mereka sejak beberapa penggal pilianraya.

Bagi menghadapi PRU 15 ini, BN/UMNO sekali lagi mencalonkan Datuk Seri Reezzal Marican untuk mempertahankannya. Mampukah Datuk Seri Reezal Marican, UMNO Kepala Batas dan pastinya UMNO Pulau Pinang mempetahankannya?

Dalam pilihanraya kali ini Datuk Seri Reezal Marican akan berhadapan dengan Dr. Siti Mastura Mohamad (PN), Danial Abdul Majeed (PH/MUDA) dan Hamidi Abu Hassan (PERJUANG/GTA).

Mampukah Datuk Seri Reeal Marican? Dalam PRU 14 Datuk Reezal Marican hanya menang dengan majoriti 4,736 undi.

Disamping itu ketiga-tiga DUN dalam parlimen ini diikuasai oleh parti lawan. Kerusi DUN Pinang Tunggal(PKR), DUN Bertam (PKR/BERSATU) dan DUN Penaga (PAS).

Sama-sama kita tunggu keputusannya pada malam 19 November ini.


LAWATI SAMA CHANNEL YOUTUBE SAYA
"PRU 15 NASIHAT UNTUKRAKYAT MAHRAEN"




Tiada ulasan: