Khamis, 20 November 2014

DUNIA INI KECIL





EMPAT tahun lalu ketika saya berpindah ke Padang Serai, saya teringat masa kecil emak dan adik beradik saya yang di panggil Kak Esah selalu juga datang ke Guar Lobak, tapi saya tak tahu rumah siapa. Saya juga teringat adik beradik saya yang terkenal di kampung dengan panggilan Bakar Debok pernah tinggal di situ. Saya ingat dan berazam untuk cari namun saya tidak punya sebarang pertunjuk.

Cuma setiap kali saya jumpa kawan baru di Padang Serai dan dia beritahu tinggal di Guar Lobak, saya akan bertanya samada dia kenal tak Bakar Debok tapi dia telah lama berpindah tinggal balik di kampung sekejab kemudian berpindah ke Kuala Tasek. Tidak ada seorang pun yang kenal!

Lebih kurang sebulan yang lalu ketika saya duduk di kedai minum air dan baca ‘paper ‘ ada seorang berpangkat Pak Cik duduk bersama saya. Kami bersembang dan saya bertanya dia tinggal di mana. Dia memberitahu saya Terap Batu. Lalu saya bertanya dia samada dia kenal tak Pak Ngah Harun, orang terap batu dan berkahwin dengan orang kampung saya. Pak Ngah Harun ini merupakan seorang ustaz, Tok Imam dan Naib Kadi. Dia kenal sangat-sangat dan bercerita mengenai Pak Ngah Harun.

Kemudian saya memberitahunya saya adalah orang Machang Bubok. Pak Cit tu lalu bertanya, rumah saya dekat mana? Saya berkata belakang sekolah, dia terus bertanya saya anak siapa. Saya bertanya balik, dia kenal siapa orang yang tinggal di belakang sekolah. Dia bertanya saya adakah saya tinggal dekat rumah Esah Karim. Ya dekat sangat dan Esah Karim pangkat Kak, saya jawab. Lalu Pak Cit tu memberitahu dia mereka panggil Paksu Mid dan beritahu saya di situ orang panggil Bakar Boroi. Saya memberitahu yang anak saya kahwin dengan orang Terap Batu dan dia memang kenal besan saya.

Tadi kebetulan kami bertemu lagi dan berbual lagi dan sama-sama hendak balik lalu saya memberitahu Paksu Mid yang saya nak ikut kerana nak tahu di mana rumahnya. Bila masuk rumah dan diperkenal, Maksu, isteri Paksu Mid mula bertanya. Dan akhirnya dia ingat Mak saya dan masa dia ke sana dulu saya masih kecil pakai seluar pendek tak pakai baju, putih dan motel orangnya. Saya ketawa…

Moral cerita kalau kita ingat, berazam dan usaha tak payah banyak, sikit-sikit pun tak mengapa, Allah tetap membuka jalan untuk kita memperolihi atau mendapat apa yang kita nak. Dunia ini memang kecil tanpa pertunjuk yang jelas dan kuat orang yang saya ingat dan cari jumpa juga. Alhamdulillah.

Tiada ulasan: