Jumaat, 21 November 2014

SEMUA ORANG TAHU INI



SEMUA orang tahu dan sering mengatakan bahawa buat apa harta yang dikumpul bertimbun-timbun sedangkan apabila kita balik menemui Allah Azzawajalla hanya sekeping kain putih untuk membalut tubuh yang terbaring kaku tak bernyawa.

Namun sering terjadi pertelingkahan manusia merebut harta dunia. Dikalangan ahli perniagaan khususnya yang berkiatan dengan kontrak kerajaan adakalanya sanggup mengamalkan rasuah untuk mendapatkan projek. Para pegawai yang diamanahkan menjalankan tugas juga adakalanya mengamalkan budaya itu.

Apabila ibu atau bapa kita meninggal dunia meninggalkan harta wang ringgit, emas dan tanah lazimnya akan menimbulkan perbalahan dikalangan keluarga. Malah ada sampai tidak bertegur sapa dan putus hubungan siratulrahim. Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee telah filemkan dalam filemnya Tiga Abdul.

Semua mereka yang beragama Islam sedar rasuah dan salahguna kuasa itu salah disisi undang-undang negara apalagi agama tapi perkara itu tetap berlaku. Mereka juga sedar bahawa apabila mereka mati nanti hanya kain putih yang mereka bawa ke liang lahat, tapi perkara itu tetap mereka lakukan.

Mereka juga sedar dan tahu bahawa dibahu kiri mereka terdapat malaikat, ATID yang menulis setiap dosa yang mereka lakukan, mereka tetap lakukan. Mereka juga tahu akan datang Mungkar dan Nakir yang akan menyoal mereka apabila mereka mati dialam kubur, namun perkara ini tetap mereka lakukan.

Mereka juga tahu adanya ‘Mizan” atau timbangan pahala dan dosa diakhirat kelak. Mereka juga sedar adanya Titi Siratul Mustaqim yang besarnya rambut yang dibelah tujuh. Titian yang memisahkan Padang Mahsyar dengan Syurga, namun amalan buruk itu tetap diamalkan . Dan semua orang sedar sekiranya banyak pahala kita akan dimasukan ke dalam syurga dan jika banyak dosa akan dihumban dalam neraka jahanam, namun perkara ini tidak diambil kira.

Semua ini berlaku kerana tamak haloba… kerana cintakan dunia dan boleh menimbulkan perasaan bangga diri terhadap manusia lain menyebabkan manusia khususnya kita umat Islam lupa semua itu. Perbuatan jahat dan mungkar khususnya yang dibicarakan soal salahguna kuasa dan rasuah tetap berluasa. Mengapa…. ianya berlaku sedangkan kita tahu semua ini?

Tiada ulasan:

JUMPA KAWAN LAMA DATUK BAKAR

AGAK lama saya tidak menemui  Datuk Abu Bakar Abdullah  kerana beliau banyak menetap di Kuala Lumpur. Cuma baru-baru ini  ketika beliau bal...