PERUBAHAN ISI KANDUNGAN
ALHAMDULILLAH blog NURZAMAN ONLINE telah berada di alam maya hamper setahun. Walaupun pengunjong yang melawati blog ini masih amat kecil hanya 700 hit namun saya tetap berpuas hati. Ini kerana saya sedar blog ini masih mempunyai terlalu banyak kelemahan dan persembahannya masih kurang menarik. Insya Allah di masa-masa yang akan dating saya akan cuba memperbaiki persembahan untuk menarik lebih banyak pengungjung.
Pada awal pembinaan blog ini saya tidak merancang untuk membina blog lain dan blog ini akan dijadikan wadah untuk saya melahirkan apa saja pandangan. Namun akhirnya satu demi satu blog muncul di alam maya seperti MACHANG BUBOK, BICARA UMMAH, CITRA CINTA, FIKRAH MUSLIM, USAHAWAN ONLINE DAN BAZAR IKLANEKA. Dan yang terbaharu Blog HERBA Insya Allah selepas ini akan muncul satu atau dua lagi blog.
Memandangkan sudah terdapat blog-blog lain yang boleh saya berikan pandangan maka kini blog NURZAMAN ONLINE hanya akan berfungsi sebagai blog seni dan budaya dan blog peribadi saya yang akan merakam penglibatan saya dalam dunia penulisan. Saya amat berharap perubahan ini akan dapat diterima oleh para pengunjung blog ini.
Memang saya berhasrat untuk sering memaparkan bahan-bahan baru dalam setiap blog yang berada di alam maya akan tetapi masalah komitmen dengan perkara-perkara yang penting dalam usaha mencari rezeki telah menghalang hasrat ini. Saya berdoa dan berharap beberapa bulan akan datang saya akan dapat merealisasikan hasrat saya ini.
Sekian, terima kasih.
Khamis, 19 Jun 2008
Isnin, 16 Jun 2008
Beginilah Nasib PenulisAkhbar Mingguan Malaysia, Ahad, 15 Jun diruangan CUBIT MANJA bersama Siti Jarum ada memaparkan kisah seorang penulis skrip yang tersohor juga namanya.
Menurut Siti Jarum, baru-baru ini ketika sarapan disebuah gerai di Jalan Ipoh dekat Hospital Pusrawi beliau terserempak dengan seorang penulis skrip. Beliau lalu bertanya penulis tersebut apa yang penulis itu buat pagi-pagi lagi sudah ada di situ.
Penulis skrip itu memberitahu beliau menyewa dan bermalam di sebuah hotel dekat kawasan tersebut untuk menyiapkan skrip drama RTM. Untuk mendapatkan ketenagan beliau menyewa di hotel tersebut kerana beliau dapat menulis selama lebih 12 jam.
Siti Jarum terus mengajukan soalan kenapa lama tak Nampak namanya dalam drama swasta? Menurut penulis itu, semuanya kerana bayaran. Beliau berkata, bayaran skrip untuk drama swasta adalah rate 20 tahun lalu. Sebuah skrip telefilem tak lebih RM3,500.00. Kalau episode lagi kecil.
Pihak RTM membayar penulis skrip seminit RM60.00 dan untuk skrip telefilem penulis boleh dapat lebih RM5,000.00. Oleh kerana bayaran inilah beliau sanggup menyewa hotel untuk menghasilkan karya.
Beginilah nasib penulis yang tidak pernah diambil tahu oleh persatuan-persatuan penulis yang bercambah di Malaysia dan kebanyakannya berapa di bawah payung GAPENA. Para pemimpin persatuan penulis baik diperingkat daerah, negeri mahupun Negara seperti GAPENA hanya bijak bersimposium, bersiminar dan pelbagai program yang menghabiskan jutaan ringgit. Kesemua meraka lupa akan nasib dan masalah yang dihadapi oleh golongan penulis.
Mereka bangga memegang jawatan dan menonjolkan diri bila diadakan program. Cuba kita bayangkan ini nasib penulis skrip yang agak tersohor. Nasib malang juga dialami oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dan bagaimana pula nasib para penulis ikan bilis? Bagi saya kalau keseluruh pemimpin persatuan penulis termasuk GAPENA alpa menjaga kebajikan dan memberi pembela sewajarnya kepada golongan penulis maka selama itulah masyarakat tetap akan memandang rendah kepada golongan yang sewajarnya berada ditahap yang tinggi kerana tergolong dalam golongan pemikir.
Oleh sebab itu jugalah ramai penulis tidak lagi menyertai aktiviti yang dijalankan oleh persatuan-persatuan penulis. Malah terdapat persatuan penulis peringkat negeri kehadiran dalam mesyuarat agung begitu kecil dan kalau pihak pendaftar hadir untuk mempastikan cukup korum berdasarkan perlembangaan persatuan maka banyak persatuan penulis yang akan tutup kedai.
Jumaat, 21 Mac 2008
CATITAN PILIAHN RAYA 2008
SUARA RAKYAT MENGAJAR BARISAN NASIONAL
APABILA Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008 dan sehari kemudian SPR bermesyuarat dan menetapkan 24 Februari 2008 sebagai hari penamaan calon dan pada 8 Mac 2008 lebih 10 juta rakyat malaysia membuang undi.
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi amat mengejutkan saya. Pada saya yang pernah terlibat secara aktif dalam politik dan terus mengikuti perkembangan politik merasakan Datuk Seri Abdullah pada waktu ini. Mengapa Datuk Seri Abdullah dilihat tergesa-gesa untuk mengadakan pilihanraya sedangkan mandatnya masih ada lebih kurang setahun lagi?
Pada waktu ini terlalu banyak isu yang masih belum diselesaikan misalnya isu pembicaraan Atantunya yang melibatkan penganalisa politik yang juga dikatakan sebagai ‘think tank’ politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang isu ini tidak ada kiatan politik secara langsung tetapi ia melibatkan orang kuat Timbalan Perdana Menteri.
Disamping isu pembunuhan gadis mangolia Razak Baginda dikiatkan menerima komisen pembelian kalam selam bernilai lebih RM500 juta. Rakyat hari ini semakin cerdik dan mempersoalkan kerajaan khususnya Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan mengapa melantik Razak Baginda sebagai agen atau perunding? Apa kelayakan Razak Baginda di bidang tersebut sehingga membolehkan beliau menyapu RM500 juta?
Begitu juga isu pembicaraan kes Vedio V.K.Lingam yang juga tidak selesai. Isu vedio tersebut mengugat kreadibiliti kerajaan dan boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara. Isu vedio ini juga berjaya membongkarkan bahawa pembicaraan kes Datuk Seri Anwar juga sudah diatur. Isu ini berjaya membukakan mata rakyat yang sebelum ini telah dibutakan dengan pelbagai cerita yang menarik.
Disamping itu terdapat terlalu banyak isu yang wajar diberi perhatian dan diselesaikan sebelum pembubaran parlimen dibuat. Misalnya rakyat rasa begitu tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan dan pelbagai lagi isu yang boleh memberikan kesan kepada parti pemerintah.
Walaupun ramai terlalu yakin yang Perdana Menteri akan mengadakan pilihanraya dalam waktu tersebut namun suasana memenag tidak menyembelahi BN. Kita hairan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi begitu tergesa-gesa hendak mengadakan pilihanraya? Adakah tindakan ini bagi mengelakkan Datuk Seri Anwar turut menyertai pilihanraya tersebut?
Kalau inilah tujuannya maka tindakan ini tidak wajar kerana Datuk Seri Anwar akan bebas bergerak berkempen ke seluruh negara tanpa perlu memikirkan keadaan kawasannya kerena beliau tidak bertanding. Datuk seri Anwar juga tidak tertekan dan dapat mengatur strateji dengan cukup baik untuk memenangi pilihanraya. Lihat empat negeri telah jatuh ke dalam gengamannya termasuk negeri kelantan yang gagal ditawan oleh BN. Negara ini juga nyaris-nyaris-nyaris jatuh dalam gengaman Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya 28 kerusi saya lagi BN akan menjadi pembangkang setelah 50 memerintah negara.
Usaha untuk menghalang Datuk Seri Anwar daripada bertanding dan memasuki parlimen juga dianggap sia-sia kerana kini beliau pasti akan bertanding dan memasuki parlimen. Besar kemungkinan Datin seri Wan Azizah pasti akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding.
Rata-rata pemerhati politik berpendapat bahawa tujuan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengadakan pilihanraya awal kerana takut Datuk Seri Anwar memasuki Dewan Rakyat. Ini kerana kita dapat melihat BN begitu bersungguh-sungguh mengempur parlimen permatang pauh yang ditandingi oleh isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah dan parlimen Lembah pantai yang ditandingi oleh anak sulungnya yang juga terkenal sebagai puteri reformasi Nurul Izah.
Nampaknya usaha ini sia-sia apabila Datin Seri Wan Azizah telah menang berlipat ganda daripada pilihanraya lepas. Datin Seri Dr. Wan Azizah berjaya memeangi dengan majoriti 13,388 undi. Puteri reformasi Nurul Izzah yang bertanding di lembah pantai juga mencapai kejayaan yang cemerlang kerana berjaya memangi kerusi tersebut daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan majoriti 2,895 undi. Walaupun majoriti ini kecil tetapi berbanding dengan kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 15,288 dalam pilihanraya lepas kejayaan Nurul Izah boleh dianggap cukup cemerlang.
Terdapat juga andaian lain mengatakan pilihanraya ini diadakan dalam waktu ini kerana kerajaan berhasrat untuk menaikan harga minyak kerana harga minyak di pasaran dunia telah mencecah RM100.00 setong. Kerajaan BN pasti tidak berani menaikan harga minyak sebelum pilihanraya kerana ini akan memberikan kesan yang besar. Jesteru itu pilihanraya perlu diadakan sebelum harga minyak dinaikan. Nampaknya usaha ini juga gagal kerana Datuk Seri Anwar telah memainkan isu akan menurunkan harga minyak jika pembangkang berkuasa dan dengan keputusan pilihanraya ini kita yakin kerajaan BN tidak akan menaikan harga minyak dalam waktu yang terdekat ini.
Barisan Nasional menerima kejutan yang amat memeranjatkan pendokong dan penyokong mereka kerana pilihanraya kali ini BN mendapat 50.28% berbanding pembangkang mendapat 49.71% daripada 8.1 juta undi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini. BN mendapat 140 kerusi parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan dan buat pertama kalinya BN kehilangan penguasaan 2/3 kerusi Dewan Rakyat.
Malah yang lebih memeritkan BN apabila mereka memukul gendang dan mengatur langkah untuk menawan kembali Kelantan. Malah BN telah pun mencalonkan Datuk Dr. Awang Adik Husin untuk menjadi Menteri Besar jika usaha menwan Kelantan berjaya direalisasikan. Usaha BN ternyata sia-sia kerana hanya berjaya memenagi 6 kerusi daripada 45 kerusi DUN di negeri Cek Siti Wan Kembang itu. Manakala untuk kerusi parlimen pula BN hanya mampu menangi di dua kerusi daripada empat belas kerusi yang diperuntukan di kelantan.
BN merasakan begitu perit lagi apabila usaha menyerang dan merampas negeri Kelantan tetapi gagal malah beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor malah negeri Pulau Pinang negeri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi jatuh ke tangan pembangkang.
Apakah punca yang menyebabkan BN kalah dengan cukup teruk sekali? Punca utama kekalahan teruk BN kali ini kerana beberapa faktor antaranya berpunca daripada tindakan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini bergelar Tun) memecat Datuk Seri Anwar dengan pelbagai tuduhan yang gagal dibukti di mahkamah. Walaupun isu ini sudah 10 tahun berlalu namun pengedaran CD pengakuan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan Datuk Seri Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan banyak mempengaruhi pengundi.
Tun Dr. Mahathir juga telah menyerang kepimpinan Perdana Menteri yang beliau sendiri pilih juga meninggalkan kesan negatif rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Disamping itu gelombang kebangkitan rakyat telah digerakan oleh Datuk Seri Anwar dengan begitu baik. Kita dapat melihat gelombang itu setiap kali Datuk Seri Anwar muncul di pentas-pentas ceramah, ribuan orang akan membanjiri ceramahnya.
Datuk Seri Anwar juga amat bijak membaca mood dan keresahan rakyat. Kehidupan rakyat walaupun nampak senang tetapi kehidupan majoriti rakyat hidup begitu tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Lalu Datuk Seri Anwar memberikan jaminan jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan harga minyak akan diturunkan. Dan rakyat kebanyakan yakin jika harga minyak diturunkan maka harga barang-barang keperluan lain juga akan turun. Jesteru itu majoriti rakyat terus memberikan sokongan yang cukup kuat dan hanya memerlukan 28 kerusi parlimen lagi untuk berjaya membentuk kerajaan.
Disamping itu sikap dan budaya ego, angkuh dan sombong telah the memenuhi jiwa dan raga kepimpinan BN khususnya UMNO dipelbagai peringkat. Semua orang dapat melihat betapa angkuh dan sombongnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang telah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan yang dikatakan gagal menaunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Kita juga dapat melihat dengan biji mata kita sendiri YB-YB BN yang baru saja bergelar YB tetapi telah mampu membina rumah bagaikan mahligai.
Pemimpin-pemimpin BN juga sudah tidak mendengar suara hati rakyat di bawah. Mereka melakukan apa yang mereka rasa betul walaupun pada hakikatnya rakyat kebanyakan di akar umbi tidak menyenanginya. Mereka tidak peduli semua itu kerana mereka sering diberi kepercayaan setiap kali pilihanraya diadakan.
Begitu juga peranan media massa dan penganalisa politik yang sering muncul di kaca-kaca TV. Semuanya menyokong penuh apa saja yang dibuat oleh kerajaan walaupun di mata rakyat ianya tidak disenangi oleh majoriti rakyat. Pandangan-pandangan yang berlawanan dengan rancangan kerajaan langsung tidak mendapat tempat menyebabkan pemimpin tertinggi BN menjadi buta mata hati.
Inilah antara beberapa sebab mengapa kerajaan BN kecundang dalam pilihanraya kali ini. Sekiranya kepimpinan BN gagal memperbaiki kedaan dan cuba mencari salah orang dan kerajaan negeri yang dibentuk oleh pembangkang berjalan dengan baik dan memberikan faedah kepada rakyat jelata maka inilah alamat BN akan terkubur di hati sanubari rakyat.

Sabtu, 23 Februari 2008
MINDA NURZAMAN
Demam Pilihanraya
Sejak 13 Februari yang lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen maka kini seluruh negara di landa demamnya. Bila kita buka televisyen membicarakan soal pilihanraya, buka radio
juga memperkatakan mengenai pilihanraya, baca akhbar juga menceritakan soal pilihanraya, di tempat kerja juga memperkatakan mengenai pilihanraya dan sudah tentu di kedai-kedai kopi tidak akan terlepas membicarakan mengenai pilihanraya. Memang kedai kopi adalah parlimen tidak rasmi orang-orang kebanyakkan.
Kita katakan demam pilihanraya kerana semua orang membicarakannya. Malah termasuk mereka yang sudah boleh mengundi tapi belum mendaftar sebagai pemilih turut membicarakannya. Bagi aktivis politik peringkat tinggi mereka membicarakan siapa yang bakal bertanding dan siapa pula yang hendak mengundurkan diri dan siapa yang akan disingkir. Setengah-setengah orang pula sibuk membicarakan parti mana yang bakal dipilih nanti untuk menerajui kepimpinan negeri dan negara.
Bagi aktivis politik peringkat rendah mereka tidak begitu kisah siapa yang bakal bertanding tetapi mereka sibuk membuat kerja-kerja parti seperti meletak poster, merayu undi mengatur ceramah dan sebagainya. Bagi setengah-setengah orang pilihanraya dapat menambah wang saku dengan melakukan pelbagai kerja terutama bekerja dengan parti pemerintah. Dan sebahagian yang lain suka menjadi pemerhati.
Kerja-kerja kempen, merayu undi dan melekat poster akan bertambah giat selepas hari penamaan calon iaitu pada 24 Februari ini sehinggalah tengahmalam 7 Mac sebelum seluruh rakyat yang berdaftar dengan Suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan keluar mengundi. Keputusannya akan diketahui pada malam tersebut di mana televisyen akan mengadakan rancangan khas untuk mengumumkan keputusannya.
Berdasarkan kajian rambang yang dijalankan mendapati bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) akan menghadapi saingan yang cukup getir kali ini. Sehabis baik parti pemerintah akan memang sepertimana pilihanraya pada tahun 1999 dan paling teruk bermungkinan macam pilihanraya 1969. Namun segala keputusan bergantung kepada strateji kempen parti-parti yang menyertai pilihanraya mempengarhui pengundi.
Perkembangan semasa dirasakan majoriti masyarakat India akan mengalihkan sokongan daripada BN kepada pembangkang. Majoriti masyarakat Ind
ia dilihat begitu marahkan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan Kerajaan BN. Sebelum ini kita begitu sukar untuk berjumpa orang India yang mengutuk Datuk Seri Samy Vello dan MIC. Tapi hari ini kalau sepuluh orang yang kita jumpa lebih separuh yang tidak akan menyokong MIC dan BN. Datuk Seri Samy Vellu memang sudah merasakan kemarahan masyarakat India kepada beliau sehingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa inilah penggal terakhir untuk beliau.
Manakala majoriti masyarakat China pula merasa begitu tertekan dengan kelembabpan ekonomi sejak dunia dan negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sejak tahun itu hingga hari ini kedudukan ekonomi yang mampu bertahan. Sampai bila keadaan ini mampu bertahan kerana mereka yakin selepas pilihanraya harga minyak akan naik dan kenaikan harga minyak akan disusuli oleh pelbagai kenaikan barang-barang lain. Jika ini berlaku maka rakyat tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja. Jika ini terjadi maka banyak perniagaan yang akan gulung tikar. Keadaan ini boleh mengalihkan sokongan masyarakat China daripada menyokong kerajaan pemerintah.
Manakala orang melayu yang rata-ratanya hidup sekadar cukup makan dan pakai juga memikirkan kenaikan harga minyak selepas pilihanraya ini. Kenaikan harga minyak akan diikuti ken
aikan pelbagai barang lain. Jika ini berlaku kehidupan akan menjadi bertambah sempit. Dalam pada itu mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memberi janji harga minyak tidak akan di naikkan malah akan diturunkan jika barisan pembangkang memang. Tawaran Datuk Seri Anwar pasti akan menarik lebih ramai masyarakat melayu akan menyokong pembangkang.
Walaupun isu yang diketengahkan ditempelak oleh Kepimpinan tertinggi kerajaan BN yang mengatakan kerajaan akan bengkrap dan sebagainya. Kebanyakan orang melayu tidak pedulikan itu yang penting mereka dapat hidup selesa tanpa menghadapi banyak tekanan ekonomi. Malah penjelasan Datuk Seri Anwar mengenai bagaimana perlaksanaannya menyakinkan masyarakat melayu diperingkat bawah. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan bertindak mengurangkan keuntungan petronas yang berjumlah RM80 billion setahun kepada hanya RM40 billion.
Terdapat juga suara-suara yang mengatakan bahawa rakyat tidak boleh memberikan kemenangan selesa kepada BN khususnya UMNO kerana kemenangan selesa itu akan membuatkan mereka lupa akan nasib dan masa depan orang melayu kebanyakan. Kata mereka banyak kepentingan melayu telah ditolak tepi. Siapa yang mengantikan biasiswa kepada pelajar melayu ke universiti dengan pinjaman? Siapa yang menukar bahasa pengantar bahasa melayu untuk mata pelajaran sains dan methamatik kepada bahasa Inggeris?
Malah yang paling menyedihkan kata mereka apabila BN cuba membodohkan rakyat apabila mengatakan akan memberi pendidikan percuma di mana yuaran sekolah dimansuhkan. Tapi realitinya untuk sekolah ketogori C Yuran persekolahan bernilai lebih kurang RM13.00 telah dimansuhkan tetapi dimasukan Bayararan tambahan bernilai lebih kurang RM30.00. Setelah masyarakat bising Menteri Pendidikan mengeluarkan kenyataan kalau ibu-bapa tak mahu bayar tak mengapa. Dalam waktu yang sama cikgu di sekolah telah mendesak anak-anak untuk menjelaskannya.
Analisa rambang ini menyaksikan kekecewaan majoriti rakyat yang meliputi semua bangsa. Kalau semasa pilihanraya 1999 kita hanya dapati hanya majoriti orang melayu yang tidak menyokong BN. Pilihanraya 1990 kita lihat penolakkan masyakat china khususnya di Pulau Pinang terhadap BN. Dan kali ini ketiga-tiga kaum majiriti di negara ini dilihat akan mengalihkan sokongan kepada BN. Jadi sama-samalah kita lihat akan sepak terajang dan permainan politik diantara BN dan pembangkang dalam usaha menarik sokongan. Dan kita tunggu keputusannya pada malam 8 Mac 2008.
Selamat Mengundi.
Sejak 13 Februari yang lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen maka kini seluruh negara di landa demamnya. Bila kita buka televisyen membicarakan soal pilihanraya, buka radio
juga memperkatakan mengenai pilihanraya, baca akhbar juga menceritakan soal pilihanraya, di tempat kerja juga memperkatakan mengenai pilihanraya dan sudah tentu di kedai-kedai kopi tidak akan terlepas membicarakan mengenai pilihanraya. Memang kedai kopi adalah parlimen tidak rasmi orang-orang kebanyakkan.Kita katakan demam pilihanraya kerana semua orang membicarakannya. Malah termasuk mereka yang sudah boleh mengundi tapi belum mendaftar sebagai pemilih turut membicarakannya. Bagi aktivis politik peringkat tinggi mereka membicarakan siapa yang bakal bertanding dan siapa pula yang hendak mengundurkan diri dan siapa yang akan disingkir. Setengah-setengah orang pula sibuk membicarakan parti mana yang bakal dipilih nanti untuk menerajui kepimpinan negeri dan negara.
Bagi aktivis politik peringkat rendah mereka tidak begitu kisah siapa yang bakal bertanding tetapi mereka sibuk membuat kerja-kerja parti seperti meletak poster, merayu undi mengatur ceramah dan sebagainya. Bagi setengah-setengah orang pilihanraya dapat menambah wang saku dengan melakukan pelbagai kerja terutama bekerja dengan parti pemerintah. Dan sebahagian yang lain suka menjadi pemerhati.
Kerja-kerja kempen, merayu undi dan melekat poster akan bertambah giat selepas hari penamaan calon iaitu pada 24 Februari ini sehinggalah tengahmalam 7 Mac sebelum seluruh rakyat yang berdaftar dengan Suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan keluar mengundi. Keputusannya akan diketahui pada malam tersebut di mana televisyen akan mengadakan rancangan khas untuk mengumumkan keputusannya.
Berdasarkan kajian rambang yang dijalankan mendapati bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) akan menghadapi saingan yang cukup getir kali ini. Sehabis baik parti pemerintah akan memang sepertimana pilihanraya pada tahun 1999 dan paling teruk bermungkinan macam pilihanraya 1969. Namun segala keputusan bergantung kepada strateji kempen parti-parti yang menyertai pilihanraya mempengarhui pengundi.
Perkembangan semasa dirasakan majoriti masyarakat India akan mengalihkan sokongan daripada BN kepada pembangkang. Majoriti masyarakat Ind
ia dilihat begitu marahkan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan Kerajaan BN. Sebelum ini kita begitu sukar untuk berjumpa orang India yang mengutuk Datuk Seri Samy Vello dan MIC. Tapi hari ini kalau sepuluh orang yang kita jumpa lebih separuh yang tidak akan menyokong MIC dan BN. Datuk Seri Samy Vellu memang sudah merasakan kemarahan masyarakat India kepada beliau sehingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa inilah penggal terakhir untuk beliau.Manakala majoriti masyarakat China pula merasa begitu tertekan dengan kelembabpan ekonomi sejak dunia dan negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 yang lalu. Sejak tahun itu hingga hari ini kedudukan ekonomi yang mampu bertahan. Sampai bila keadaan ini mampu bertahan kerana mereka yakin selepas pilihanraya harga minyak akan naik dan kenaikan harga minyak akan disusuli oleh pelbagai kenaikan barang-barang lain. Jika ini berlaku maka rakyat tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja. Jika ini terjadi maka banyak perniagaan yang akan gulung tikar. Keadaan ini boleh mengalihkan sokongan masyarakat China daripada menyokong kerajaan pemerintah.
Manakala orang melayu yang rata-ratanya hidup sekadar cukup makan dan pakai juga memikirkan kenaikan harga minyak selepas pilihanraya ini. Kenaikan harga minyak akan diikuti ken
aikan pelbagai barang lain. Jika ini berlaku kehidupan akan menjadi bertambah sempit. Dalam pada itu mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memberi janji harga minyak tidak akan di naikkan malah akan diturunkan jika barisan pembangkang memang. Tawaran Datuk Seri Anwar pasti akan menarik lebih ramai masyarakat melayu akan menyokong pembangkang.Walaupun isu yang diketengahkan ditempelak oleh Kepimpinan tertinggi kerajaan BN yang mengatakan kerajaan akan bengkrap dan sebagainya. Kebanyakan orang melayu tidak pedulikan itu yang penting mereka dapat hidup selesa tanpa menghadapi banyak tekanan ekonomi. Malah penjelasan Datuk Seri Anwar mengenai bagaimana perlaksanaannya menyakinkan masyarakat melayu diperingkat bawah. Menurut Datuk Seri Anwar beliau akan bertindak mengurangkan keuntungan petronas yang berjumlah RM80 billion setahun kepada hanya RM40 billion.
Terdapat juga suara-suara yang mengatakan bahawa rakyat tidak boleh memberikan kemenangan selesa kepada BN khususnya UMNO kerana kemenangan selesa itu akan membuatkan mereka lupa akan nasib dan masa depan orang melayu kebanyakan. Kata mereka banyak kepentingan melayu telah ditolak tepi. Siapa yang mengantikan biasiswa kepada pelajar melayu ke universiti dengan pinjaman? Siapa yang menukar bahasa pengantar bahasa melayu untuk mata pelajaran sains dan methamatik kepada bahasa Inggeris?
Malah yang paling menyedihkan kata mereka apabila BN cuba membodohkan rakyat apabila mengatakan akan memberi pendidikan percuma di mana yuaran sekolah dimansuhkan. Tapi realitinya untuk sekolah ketogori C Yuran persekolahan bernilai lebih kurang RM13.00 telah dimansuhkan tetapi dimasukan Bayararan tambahan bernilai lebih kurang RM30.00. Setelah masyarakat bising Menteri Pendidikan mengeluarkan kenyataan kalau ibu-bapa tak mahu bayar tak mengapa. Dalam waktu yang sama cikgu di sekolah telah mendesak anak-anak untuk menjelaskannya.
Analisa rambang ini menyaksikan kekecewaan majoriti rakyat yang meliputi semua bangsa. Kalau semasa pilihanraya 1999 kita hanya dapati hanya majoriti orang melayu yang tidak menyokong BN. Pilihanraya 1990 kita lihat penolakkan masyakat china khususnya di Pulau Pinang terhadap BN. Dan kali ini ketiga-tiga kaum majiriti di negara ini dilihat akan mengalihkan sokongan kepada BN. Jadi sama-samalah kita lihat akan sepak terajang dan permainan politik diantara BN dan pembangkang dalam usaha menarik sokongan. Dan kita tunggu keputusannya pada malam 8 Mac 2008.
Selamat Mengundi.
Ahad, 3 Februari 2008
BAHASA DAN BUDAYA
SURAT TERBUKA UNTUK GAPENA
GAPENA GAGAL MEMERTABATKAN GOLONGAN PENULIS
ASSALAMUALAIKUM WMT. WBKT. Keseluruhan anggota jawatankuasa GAPENA khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein yang bertindak selaku Ketua Satu GAPENA. Apa khabar semua? Apa perancangan dan program GAPENA?
Nampaknya sejak kebelakangan ini GAPENA tidak menganjurkan apa-apa program, mungkin juga GAPENA khususnya Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein sudah ketandusan idea. Maklumlah sudah berada ditahta kekuasaan GAPENA selama 38 tahun. Jika sesaorang berada ditampuk kekuasaan terlalu lama buka saja akan ketandusan idea malah boleh menjadi diktaktor dan Ketua Satu GAPENA telah menuju ke arah, ini terbukti apabila beliau menghendak Rejab FI sebelum penulis ternama dari Perlis meletak juawatan dan kini terus menyepi.
Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein telah berjaya memecah rekod berada ditahta kekuasaan pertubuhan NGO di negara ini malah mungkin di seluruh dunia. Malah keupayaan Tan Sri Prof. Emeritus Dato' (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein mengatasi keupayaan Tun Dr. Mahathir yang berada ditampuk kekuasaan negara selama 22 tahun.

Sabtu, 29 Disember 2007
UCAPAN
NURZAMAN ONLINE
INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA TAHUN 2008 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DAN BERMAKNA
DARI TAHUN LEPAS.
SELAMAT TAHUN BARU.
Sabtu, 15 Disember 2007
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha pada 20hb. Disember ini kepada seluruh umat Islam. Bagi umat Islam yang melaksanakan korban lakukanlah dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam agar pengorbanan yang dibuat mendapat keredaan Allah Azawajalla.
Daripada : Blog Master
Daripada : Blog Master
Langgan:
Catatan (Atom)