Isnin, 22 Oktober 2007

CERITA HUMAN INTEREST

RAHMAT DISEBALIK KEMALANGAN
KETENTUAN Allah yang tetapkan sejak azali atau kita faham sebagai qada & qadar Allah terdapat sejuta rahmat kalau kita benar-benar menganalisanya. Begitulah yang terjadi kepada Mohd Yuspi Mohd Dali,31, yang mengalami kemalangan jalanraya yang agak serius sehingga terpaksa memotong sebelah kakinya di atas lutut pada tahun 1998 banyak membawa rahmat kepada beliau.

Kemalangan itu telah memaksa beliau untuk tinggal dan berubat di hospital selama sebulan setengah. Pada mulanya rasa kecewa yang teramat sangat apabila sebelah kaki terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. Beliau juga kecewa peluang beliau untuk beraksi di kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia hancur berkecai, bagaikan kaca terhempas ke batu. Beliau layak untuk menyertai kejohanan tersebut setelah mmuncul sebagai Johan Mr. Kedah pada tahun 1977.

“Ketika saya merasa kecewa yang teramat sangat, kawan-kawan banyak memberikan peransang, semangat dan nasihat bahawa kecacatan bukanlah berakhirnya sebuah kehidupan. Namun begitu bukan mudah untuk kita membina semula kekuatan diri. Bak kata perpatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.“

Tiada ulasan: