Isnin, 22 Oktober 2007

CERITA PENGAKUAN & MISTERI

BEKAS AC GILA LEPAS TEMBAK KERA PUTIH

MACHANG BUBOK: KALAU anda pernah ke Machang Bubok untuk makan mee atau makan nasi terutama di kedai mee depan Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok anda pasti pernah melihat kelibat seorang lelaki yang tidak begitu terurus memakan atau menikmati minuman di situ.

Pakaiannya tidak terurus bercakap seorang diri dan memakan dan minum di mana-mana kedai di kampung Machang Bubok. Walaupun keadaannya begitu namun setiap apa yang dimakan dan minum dia akan membayar sendiri. Dia juga tidak pernah mengganggu orang ramai jauh daripada meminta sedekah. Cuma kadang-kadang dia hanya meminta daripada orang kampung yang dikenali saja.

Dia dikenali dikalangan orang kampung sebagai ‘Leh Gila’ atau nama sebenarnya Saleh Bin Lazim yang kini berusia disekitar 77 tahun. Dia pernah bertugas sebagai AC di zaman darurat dulu iaitu di sekitar tahun 1951.

Menurut rakanya En. Dahaman Awang, 77, beliau dan Saleh menyertai anggota AC pada 15 Mac 1951. Beliau memakai nombor 1490 sementara Saleh pula 1492. Kedua-dua mereka menjalani latihan di padang BMRC Bukit Mertajam sekarang telah dibangunkan menjadi pusat beli-belah yang dikenali sebagai Summit.

Tiada ulasan: