Isnin, 22 Oktober 2007

SKETSA KEHIDUPAN

Baru Jenguk Dunia Masalah Dah Menanti
Aku dilahirkan ke dunia ini oleh ibuku Yah Binti Saleh hasil perkahwinannya dengan Sulaiman @Awang Bin Ishak pada 28hb. Februari 1960. Dan ketika Sketsa Kehidupan ini aku tulis aku sudah berusia 47 tahun 7 bulan dan 20 hari. Dalam umur setua itu aku rasa pemikiranku sudah cukup matang kerana terpaksa melalui pelbagai pengalaman hidup. Aku terpaksa melalui banyak pengalam pahit daripada manis.

Memang dari sejak aku mula menjengok dunia ketika aku masih belum mengerti apa-apa masalah sudah pun menunggu aku. Ini kerana ketika aku mula dilahirkan aku sudah dikurniakan seorang kakak yang aku panggil Kak Ah. Aku juga telah dikurniakan dengan dua orang abang, abang yang tua aku panggil abang chin manakala abang yang kecil aku panggil abang chit.

Dalam waktu yang sama juga aku sudah punya seorang emak tiri yang aku panggil mak cik Esah dan tiga orang adik perempuan. Dua adik tiriku itu berumur jauh lebih tua dari aku manakala yang ketika hanya berbeza satu tajun. Akibatnya aku langsung tidak pernah mengenal erti kasih sayang seorang ayah.

Tiada ulasan: